Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

Di tubuhku ini

Di tubuhku ini

genta telah dipalu, bertalu
bagai halilintar selambanya lalu
tersembur dari hidungku
laju
tiada berpenebat bulu.

Pedih menyesak
bak semak dirawak
sebu dan sebak
rongga disamak
biawak.

Guruh semalam berjanji
semakin rancak memainkan bunyi
geselannya bergergaji
di malam hari
telah pun berjumpa kroni.

Kian bernafsu menjadi penghuni
bernikah dan berbini
meninggalkan lendir mani
menghurung dadaku ini
waris sang katak bernyanyi-nyanyi.

Mendatanglah bengkak di laluan sempit
berbukit kian menghimpit
berdecit-decit
hendak menelan terasa pahit
begitu rumit.

Bahang berbahang kian membahang.

Sazalee Sulaiman ... 15/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment