Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, September 23, 2013

Bergetaran.

Bergetaran.

Hati semakin bergetaran
seindah sewangi kuntuman bunga
menghirup wanginya pada hujung kelopak
dekatkan hangat pelukanmu
sesejuk embun pagi renunganmu
jangan ada duri menyucuk kasih kita
biar tertimbus dan terpendam di antara sepi.

Hati semakin resah gelisah
menanti bunga-bunga cinta
memintal dahan-dahan rindu
melilit akarnya pada janji syahdu
agar pucuk setia takkan layu
dan debaran demi debaran
semakin bergetaran
serasa seindah titik-titik gerimis
embun pagi yang menyejuk
tersenyum pada kelopak bunga
cintaku yang semakin setia.

Sabby Yusoff.
Ampang Jaya .

No comments:

Post a Comment