Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Apabila bibir ditempek lipstik

Apabila bibir ditempek lipstik

... mula terasa seksi
megah ditatap mata lelaki
bibir kecil dirasa bibir Angelina Jolie
terjuih - ditinggi
dibegakan, tidak lagi asli.

Kerana lipstik berkati-kati
nak jalan pun terasa berat di kaki
tumit dijungkit seboleh pasti
punggung ditonggek bak itik serati
digoyang ke kanan ke kiri.

Lipstik datang berwarna-warni
bagaikan pelangi, diciptai
malam merah berapi mengghairahkan lelaki
pagi pula dicolet merah hati
nak tunjuk selari dengan warna gusi

... walhal tidak gosok gigi
ingin diselindungi
badan dan mulutnya, busuk selari
tersembur air liur basi
takut pula nanti, lelaki tidak mahu mendekati.

Kerana lipstik egonya meninggi.

Sazalee Sulaiman ... 19/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment