Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, September 25, 2013

Aku penjaga pintu

Aku penjaga pintu

Panggggggg!
Bergegar bilik
Kenapa dihempas pintunya?
Amarah itu durjana hati
Sedang datangmu
Sedia terbuka
Disambut dengan salam

Bilik guru
Kan milik bersama
Bilik rehat
Bilik kerja
Bilik solat
Bilik makan
Bilik lepak
Segalanya di situ

Tapi saat
Loceng akhir berdering
Kalian tinggalkan ia terbuka
Pak jaga bersuara
Laporan diterima
Aduh!
Aku jadi mangsa
Sejak bila
Aku penjaga pintu?

Sejak tidak ada orang
Belajar untuk menutupnya
Sejak semua orang berfikir
Orang itu tolong tutupkan

Kasihan kaupintu
Kawanlah engkau dengan penjaga pintu
Aku!

Cma
2.02
200913

No comments:

Post a Comment