Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 28, 2013

SEBUAH HAKIKAT

SEBUAH HAKIKAT

bertemu berpisah
adalah lumrah..
setiap insan mengharapkan,
pertemuan ke dua berkekalan,
tapi.. siapalah kita nak
menentukan andai perpisahan
terjadi lagi.. harus
terima hakikat tak semua
yang kita impikan jadi
kenyataan..
terima dan reda tiap
ketentuan...

sue
28/09/13

2B7K: PERJALANAN HIDUP

2B7K: PERJALANAN HIDUP

Biar pun lelah menerpa
Hidup perlu diteruskan

Shaheen
28092013

~Ko guano Mat Yo?~

"mubodo
mubodo
mudayuh
mudayuh

aku tak bodo
aku tak bodo"

guano mukecek gitu?
tak moleh mek wei...

~Ko guano Mat Yo?~

CNM, 28/9/13

p/s loghat klate

Setiaku di pinggiran bahagiamu

Setiaku di pinggiran bahagiamu

Dunia hatiku ditelan duka
Mencari damai di lautan rindu
Ingin kupahat ukiran cinta
Pada pepohon rimbun kasihmu;
Malang hatiku bertangkup luka
Mengubat luka di daratan sendu
Ingin kupaku lakaran derita
Pada dinding-dinding setiaku;
Antara bahagia dan derita
Kaupilih bahagia bersama dia
Dan kaubiarkan derita
Membaluti setiaku bersama cinta luka.

Ini aku di pinggiran setia kasihmu....

Ilham Minda,
Precious Hope
28/09/2013

Berikan Aku Jodoh

Berikan Aku Jodoh

Kuberi separuh hatiku
Padamu kasih
Untuk kaumanjakan
Dengan belai kasihmu;
Kuberi separuh kasihku
Untukmu cinta
Demi menerangi hatimu
Yang malap;
Kuberi ulas senyumanku
Padamu jejaka hati
Untuk kauikut senyum
Di kala hatimu suram;
Tapi,
Jangan kauminta maruahku
Jangan kautuntut tubuhku
Kerana aku masih milik orangtuaku
Mintalah pada Allah
Dengan segenap jiwa ragamu
Agar aku jadi jodohmu.

Sungguh Allah mengabulkan doamu....

Ilham Minda,
Precious Hope
27/09/2013

Pesan kakak.

Pesan kakak.

Dik!
jangan suka bermain api
nanti yang melecurnya engkau juga
dik...
jangan suka menumpang
dahan yang sudah berbunga
kelak berdarah tertoreh durinya.

Engkau masih muda
hidupmu bagai pelangi
penuh warna warni
lihat lorong di hadapanmu
begitu luas terbentang
penuh cemerlang.

Mengapa pendampingku juga yang kauidam
rasa ingin ketawa bimbang kauterluka
tidakku bersedih dik
malah belas dengan rayuanmu.

Kembalilah dik
ke pangkal hidupmu
moga bahagia sentiasa milikmu.

Cahaya Laila
28 Sept 2013
Klang Selangor

Panggilan buat ibu

Panggilan buat ibu

Tetamu datang tetamu pergi
Peluk cium kasih insani
Ibu menangis lagi
Aku memandang sepi
Dua tahun engkau mengadap ilahi

Gurau senda dibuat-buat
Menghilangkan perasaan kelat
Pesan ibu jangan tinggal solat
Supaya arwah sentiasa dekat
Bawah doa sekalian malaikat
Insya allah semuanya berkat

Panggilan kaabah ibu sahuti
Namun tanpa payung disisi
Aku mengerti ibu tersakiti
Doaku utus kau pergi
Kasih Allah empunya diri

Ibu,
Anakmu terlalu menyayangimu
Sampaikan salam kepada pemilik ilmu
Doa..bercahaya ayah disitu
Sungguh aku terlalu pilu
Merindui saat-saat dia bersamaku

Syukur allah menjemputmu..ibu

281330Sep13
A.K
Kulai

RINDU YANG HADIR

RINDU YANG HADIR

Hati...
bagaikan kuntuman bunga...
yang mekar mewangi di taman hati
bagaikan sang pelangi...
yang indah menghiasi.
Rasa itu...
takkan bisa kuusir pergi
takkan bisa kumenafi
kerana...kita saling merasai.

Hadirnya tanpa diundang...
hadirnya tanpa dipaksa
lahir dari hati
yang ikhlas merasai.
Rasa itu hadir...
bersama hadirnya antara kita
lantas menjadi rindu
tika tak menyapa
seakan hilangnya dicari dan dinanti.
Begitulah...tika rindu hadir.

ZIE 28/09/2013

Manik-manik rindu.

Manik-manik rindu.

... kala ini
tatkala terpandang wajahmu
ada manik-manik rindu
menyimbah kalbu
bergelora
membadai jiwa raga

aku rindu.

Sazalee Sulaiman ... 28/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Fitrah

Fitrah

kalbu gendut
malam berdangdut
siang melurut

semalam menyedut
hari ini mengangkut
esok sangkut
terjerut.

Memboyot - mengurut
memetut - memecut
memarut - menghenjut
membuntut - mengecut
melaut - melikut
parut.

Dunia disedut akhirat dicarut
dikatakan pula mengarut
kuburnya hotel Harold
enam bintang disebut-sebut

nafsu diturut
tidak pernah nak surut
kemaluan terlucut
menyusut.

Fitrah manusia semakin merosot.

Sazalee Sulaiman ... 28/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

~Respirasi Hati~

... dari sepatah perkataan
aku bermula
melakar kata gabungan ayat
membudayakan jiwa

berkoyan-koyan suku kata menghiasi
dari kamar minda aku terjemah
di kanvas maya
aku meluahkan, rasa hati

kutambahkan pula perisa
bunga bahasa
sebagai landskap mencantikkan isi
contengan menjadi seksi

indah dirasa molek dicerna
pembaca mengerti
dapat diterima
itulah kepuasan penulis bersaksi

tercipta dari proses ... ,

~Respirasi Hati~

Sazalee Sulaiman ... 28/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

APA NAK JADI

APA NAK JADI

Lebih sudu dari kuah
kerana senduk periuk pecah
cawan retak air berkocak
pinggan berantak

cakap-cakap warung kopi
sana sini hasad dengki
tabur janji
menang jadi arang
kalah jadi abu

apa nak jadi
anak bumi
pusaka tinggal nama
salah siapa?

yahyaisa
Segamat Johor
28092013

Berikan Aku Jodoh

Berikan Aku Jodoh

Kuberi separuh hatiku
Padamu kasih
Untuk kaumanjakan
Dengan belai kasihmu;
Kuberi separuh kasihku
Untukmu cinta
Demi menerangi hatimu
Yang malap;
Kuberi ulas senyumanku
Padamu jejaka hati
Untuk kauikut senyum
Di kala hatimu suram;
Tapi,
Jangan kauminta maruahku
Jangan kautuntut tubuhku
Kerana aku masih milik orangtuaku
Mintalah pada Allah
Dengan segenap jiwa ragamu
Agar aku jadi jodohmu.

Sungguh Allah mengkabulkan doamu....

Ilham Minda,
Precious Hope
27/09/2013

Sabtu Ahad

Sabtu Ahad

siapa kata cikgu banyak cuti
selidik dulu sebelum berperi
esok ni aku ada aktiviti
majlis anugerah pelajar impian hati
juga yang cemerlang dalam kokurikulum sebagai memotivasi
tak adanya cuti...

ahadpun beraktiviti
bawa murid lawan bolasepak lagi
nun ke kelana jaya pagi-pagi
matahari masuk lubang baru berhenti
mana ada cuti?
tujuh hari seminggu pasti...

aku kuli
engkau cuti?
selamat berfamili...

CNM, 27/9/13

KEMBALI LAGI

KEMBALI LAGI

Hati berlagu riang
Bagai nyanyian unggas

Lapan jam sehari
Lima hari seminggu
Terperap di kamar berhawa dingin
Memeras tenaga
Menyalur idea
Mencari rezeki
... reda dariNya

Bila hujung minggu tiba
Hati disalut gembira

...selamat berhujung minggu
Buat semua

Shaheen
27092013

~Monolog Laptop~

"...aku
kepanasan
melekit badan
peluh masin bertetesan
jemarimu tak henti menekan
comot seluruh badan
debu-debu hapak berserakan...

tolonglah tuan
tolong sesekali bersihkan
tolong sesekali tisukan
tolong sesekali lapkan
biar suci berkilat permukaan
cantik bersih kelihatan
ideapun datang dalam nukilan"...

CELA KEHIDUPAN

CELA KEHIDUPAN

Masih basah
Setompok darah hitam
Di atas sejadah

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
28.09.13

Di sini

Di sini

Aku sampai di sini
di syurga dunia kamu
melebar senyum di wajah kamu
wahai suamiku ketahuilah
telah aku khabarkan pada sang camar
apa sahaja untuk kamu hatta ke awan putih kusanggup
telah aku bisik pada sang ombak
pasti semuanya untuk kamu walau ke laut biru kumampu
telah aku jeritkan pada sang bayu
akan semuanya untuk kamu biarpun ke gunung hijau kurela
kerana
engkaulah syurga bagi diriku.

MONOLOG DIRI 2

MONOLOG DIRI 2

Ah!
aku tidak peduli
tentang omongan
yang berbasa-basi
memalit madu
dalam racun kata
wajah syaitan
bertopengkan malaikat.

Aku hanya aku
seperti dulu
juga untuk seterusnya
masih tidak peduli
onar mungkar
pengikut Dajjal.

Hidup ini singkat
hanya sekerdip
kelipan mata
dan mati
bukan pemutus.

Qalam Bertinta
Klang
27092013
2137pm

Cinta Digerimis

Cinta Digerimis

ayat-ayat romantis
dibisik penuh puitis
rindu pun menitis...

senyuman manis
diukir buat si gadis
hatinya tercuit habis...

cinta digerimis
kasih sayang tak terhakis
menebal bak kumis abang polis...

CNM, 27/9/13

Friday, September 27, 2013

PEMERGIAN

PEMERGIAN

Tubuhnya terbujur kaku di atas katil.
Nafas terhenti, urat nadi tidak lagi berfungsi.
Suasana sekeliling amat sunyi; Sepi.
Dunia bukan lagi tempat yang layak untuk dia diami.

Telah tiba tikanya roh melangkah pergi
ke hadrat Illahi.

~Al-Fatihah.. doa dari kami di sini. Moga tenang bersemadi~

-LM/HN27092013-

Cinta Tertancap

Cinta Tertancap

dikhianat
hati disiat-siat
cakaran menyengat...

perasaan dikerat-kerat
ditipu bulat-bulat
diulat-ulat...

ralat
telah diperalat
sandiwara berhajat...

cinta tertancap dek muslihat.

CNM, 27/9/13

Cinta Merayap

Cinta Merayap

bagai bersayap
merayap-rayap
tidak menetap...

tanpa sebab
tanpa cakap
dibiar tersentap...

tak ingin dihadap
sakitnya menghempap
terbakar jiwa berasap...

cinta merayap
jangan diharap
ia hanya perangkap...

CNM, 27/9/13

Cinta Berkurap

Cinta Berkurap

tetiba putus harap
darah menyirap
hati tertiarap...

rindu meruap
kasih disentap
jiwa meratap...

terhinggap
cinta berkurap
gatalnya menyulap...

terhendap-hendap
tercungap-cungap
muka naik sembap...

CNM, 27/6/13

Tajuk:Usia Mengejar Waktu (III)

Tajuk:Usia Mengejar Waktu (III)

35 tahun berlalu
Bisa sengat mengena
Kesannya mendalam
Sakit dalam tangisan
Di tinggal dalam kenangan
Bangkit berdiri
Bahtera sudah karam
Berkubur bersama duka
Tapi kemanisan ilmu
Terus dicicipi dan dinikmati
Sampai nyawa melayang
Sisa usia meniti waktu
Bertahan selagi boleh
Mengukir dirgahayu
Kejayaan.

Aku masih hidup....

Ilham Minda,
Precious Hope
26/09/2013

RINDU KAMU

RINDU KAMU

jendela
malam kubuka,
menanti hadirnya
rindu..
yang berbisik..
ada rindu datang
bertamu..
rindu yang
kutunggu..
rindu yang
kurindu..
kamu...

sue
27/09/13

Aroma rindu di hati

Aroma rindu di hati

... telah beraroma
harum mewangi
cinta bersemi
di hati
gurindamnya sunyi
tersenyum aku bersendiri
melayan resah
rindu
dan gelisah
di kalbu
bagai bersayap
bertebaran merata
pelepah,
pelepah kasturi
di malam, sengsara.

Aroma rindu terbit di hati.

Sazalee Sulaiman ... 27/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

PANTUN LUCU (MANUSIA)

PANTUN LUCU (MANUSIA)

Kenyang sendawa sampai terbelahak,
makan keladi bersambalkan kuini;
atuk ketawa terbahak-bahak,
nenek mandi pakai bikini.

Ayam mengais cacing di beting,
terkejut sakan disergah merpati;
atuk menangis terguling-guling,
gigi palsu dilarikan oleh mak menti.

Memasang panjut di Kampung Sawah,
ketawa mengilai si orang sakai;
nenek terkejut mulalah melatah,
hingga terburai kain dipakai.

Masak kari dan sambal belacan,
untuk dibawa pergi memancing;
ayah menari berzapin sakan,
emak ketawa sampai terkencing.

Gulai nangka tumis darat,
sambil makan bermain catur;
julap disangka kepingan coklat,
di depan jamban mulalah beratur.

Mengutip kulat dan daun pegaga,
berkain pelikat memungut koko;
orang melihat mulut ternganga,
sudah bertongkat masih ke disko.

Qalam Bertinta
Klang
27092013
1113am.

PANTUN LUCU (MANUSIA)

PANTUN LUCU (MANUSIA)

Kenyang sendawa sampai terbelahak,
makan keladi bersambalkan kuini;
atuk ketawa terbahak-bahak,
nenek mandi pakai bikini.

Ayam mengais cacing di beting,
terkejut sakan disergah merpati;
atuk menangis terguling-guling,
gigi palsu dilarikan oleh mak menti.

Memasang panjut di Kampung Sawah,
ketawa mengilai si orang sakai;
nenek terkejut mulalah melatah,
hingga terburai kain dipakai.

Masak kari dan sambal belacan,
untuk dibawa pergi memancing;
ayah menari berzapin sakan,
emak ketawa sampai terkencing.

Gulai nangka tumis darat,
sambil makan bermain catur;
julap disangka kepingan coklat,
di depan jamban mulalah beratur.

Mengutip kulat dan daun pegaga,
berkain pelikat memungut koko;
orang melihat mulut ternganga,
sudah bertongkat masih ke disko.

Qalam Bertinta
Klang
27092013
1113am.

LUAHAN.

LUAHAN.

Isteri
Kekadang keenggananmu mengotakan kata-kataku
Merobek rasa cintaku
Di mana kasih
Hilangkah sayang
Hadir kekecewaan
Meronta-ronta, terkapar-kapar
Terhiris pedih sedih

Isteri
Payah suaraku bersuara
Terkelu lidah, bertalu keliru
Antara lafaz sayangmu
Jua protes keenggananmu
Manakah pilihanku
Nyata persimpangan ini
Menyesakkan, menyeksakan

Isteri
Inikah masanya membiarkan flora mesra
Mewangi di pasu hidupmu
Kering tanpa baja dan air kasihan

Isteri
Inikah masanya menyalakan api luka
Membakar selimut kasih
Di ranjang malam

Isteri
Inikah masanya memutuskan benang perjanjian
Di langsir kehidupan

Sedarlah
Masih mentah kita
Di alam rumahtangga

Isteri
Seribu keenggananmu
Tak dapat membunuh satu kalimahmu
" saya sayang abang ".

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah.

FITNAH.

FITNAH.

Peluru kata
Terlontar satu-satu
Membedil dadaku
Mengalir darah pemisah
Di kaki melimpah
Busuk dan hanyir

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
27.09.13

TERPANAH GELISAH.

TERPANAH GELISAH.

Redup mata
asyik memandang
tiada kata
secantik bahasa luahan
jiwa ingin melakar
hasrat, bergarisan pusat
terpesona.

Ya Allah aku memuji-Mu
ya Allah aku mengagumi diri-Mu
ciptaan-Mu
tidak dapat aku sanggah
kecantikan seumpama mawar merah
di hati,
memanah resah.

Aku gelisah.

Sazalee Sulaiman ... 27/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

DI BAWAH BAHANG MENTARI

DI BAWAH BAHANG MENTARI

Membahang
Bukan kerna amarah

Bila...
Bahang mentari
Berserakan ke seluruh alam
Terasa lencun
Dek keringat

Mulalah terkenang
Lantas mata mendongak
Mencari awan yang berarak mendung
Menunggu hujan
Bilakan mahu turun

Shaheen
26092013

KEHILANGAN

KEHILANGAN

Tiada lagi hilai tawa
Hilang segala kata-kata manja
Yang dulu menyelubungi hati
Mengubati kerinduan ini

Bisikan kata-kata indah
Kian pudar dimamah waktu
Di mana insan dahulu
Yang sering mengubati rindu
Walaupun tiada pujuk rayu

Aku merindukan kata-kata manismu
Bahkan gurau sendamu
Membuat aku bingung
Kerna terlalu alpa dengan dunia
Yang datang hanya sementara sahaja
Datang dan pergi
Meninggalkan aku sendiri
Tercari-cari sesuatu yang tidak pasti

Yang Setia

Yang Setia

mengapa?
engkau juga yang dirindu

mengapa?
engkau juga yang datang menguja

mengapa?
engkau juga yang bermain dalam mimpi

mengapa?
rasa ini menyulit jiwa
membahang ke segenap raga...

setia tanpa makna!

CNM, 27/6/13

Rindukah kamu kepada aku?

Rindukah kamu kepada aku?

... setelah semalam yang bertamu
mula berlalu, bertemu kita melepas rindu
di aras resah lelah di kalbu
membelai cinta, dua jiwa diakadkan satu
walau hanya di batasan waktu
rindu kita bertemu.

Rindukah kamu kepada aku?

... aku rindu.

Sazalee Sulaiman ... 27/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

TAWAKAL.

TAWAKAL.

Salam selamat pagi Jumaat semoga berkat
segala yang diusahakan urat belikat
kena mengerti harus beringat
bukanlah hak kita untuk menyukat
kita hanya mampu menyikat
kita hanya mampu membetung bulat
apa yang kita buat, apa yang kita hasrat
selebihnya serahkan pada iradat dan kudrat
Ilahi Yang Maha Hebat akan menobat.

Menyimpan itu hebat, menabung itu syafaat
di masa darurat datang menghambat.

Sazalee Sulaiman ... 27/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

SALAH

SALAH

Saat pegangan agama ampuh
masyarakat pantas menuding tuduh perempuan itu lacur,
rendah maruah, bertuhankan rasa, berpaksikan nafsu
tapi
bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
lelaki juga bukan maksum, terlepas dari hukum.

Betul, bukan?

~LM/HN26092013~

Azimat buat Alisha

Azimat buat Alisha

Telah tersurat itu takdirmu
Aku menerima pilu
Sejenak diri ini bercelaru
Namun ini anugerah terindah
Untuk insan yang bergelar ibu, anakku

Alisha
Kasihku selalu untukmu
Jiwaku untukmu
Usahlah kamu ragu
Kamulah pengikat kalbu

Kamu senyumanku
Kamu sinar hidupku
Kamu jiwaku
Kamu tanggungjawabku
Kelak kamu penyelamatku

Alisha
Kuatlah untukku
Pelangikan hidupmu
Teruskan langkah itu
Dunia ini milikmu, anakku

Hanya satu pintaku
Ukirlah senyuman disepanjang hayatmu
Agar kubahagia sebagai ibu
Kerana aku terlalu menyayangimu

Alisha anakku...

262318Sep13
A.K
Lumut

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...iri, hasad dengki, busuk hati dan apa saja perkataan seerti, ini sifat keji, dibenci, tidak disukai, malah dimurkai Ilahi, jadi cuba sedaya upaya jauhi, jangan sesekali mendekati, mudahan kita tidak tergolong dalam kalangan yang rugi, tiada yang sudi menghampiri, dijauhi, dek buruknya peribadi, akhirnya bersendiri, menunggu hari membawa ke mati...

CNM, 27/9/13

Kamu Yang Utama


Kamu Yang Utama

Hancur hati ini
Hanya Dia yang tahu
Sebak jiwa ini
Tak terungkap dek perkataan
Luluh perasaan ini
Tak mampu digambarkan

Kamu yang utama
Kamu segalanya
Gagal untuk memberi
Tak mampu mengadakan
Payah untuk menzahirkan

Akulah
Penyebab kekecewaan
Bertamu di wajahmu
Akulah
Punca kekesalan
Bersarang di akalmu

Mana mungkin
Kauungkapkan
Hatiku takut kauremukkan
Puntung demi puntung
Asap berkepul di ruangan
Suduh cukup menggambarkan
Lukisan apa di dalam dada

Tidakkah kautahu
Aku terluka
Aku kecewa
Aku menderita
Aku sengsara
Kerna
Tak mampu kulonggokkan
Harta dunia untuk senangkan
Rumahtangga kita

Kamu yang utama
Kausegalanya
Menggembirakanmu
Adalah kebahagiaanku
Maafkan aku yang tak mampu...

Hangat

Hangat

masih terasa
hangatnya genggaman
saat kamu memaut jemari
teralir naluri mengasih
bertakungan ke sanubari...

kuperhangat
masa ke masa
rasa kasih di dada
biar membara
padamu duhai anakanda...

CNM, 26/9/13

Hebatnya dia

Hebatnya dia

hebatnya dia
beri satu kata
terhurai seribu makna
terlerai tanda tanya
tersampai siratannya...

hebatnya dia
ada berpuluh ribu kata
terhimpun jadi rujukan pujangga
dalam satu kata diketahui semua
kamus nama dia.

CNM, 26/9/13

Alisha

Alisha

pakcik tidak mengenali kamu
pakcik tidak mengenali wajahmu
pakcik tidak pernah mendengar suaramu
pakcik ibarat si buta: teraba-raba
pakcik ibarat si pekak: tidak mendengar
pakcik hanya orang luar: si musafir yang lalu
tidak tahu apa yang berlaku
di dalam dapur rumahtangga mummymu.

Tetapi Alisha;

pakcik dapat rasakan penderitaan di hati mummymu
pakcik dapat rasakan rapuhnya dalam keampuhan hati mummymu
dalam kekuatan diuji Yang Maha Esa
seharian bahkan selama hayatmu; mummymu
berendam si airmata
tertumpah bagai bah tidak terkira
tidak terempang
hanya kerana bersyukurnya mummy
dapat berbakti dan berkhidmat
menerima amanah kurniaan Ilahi
teruji dalam keterujaan
sangkar kasih
kasihnya terhadap dirimu.

Alisha
engkaulah permata mummymu
kaulah penguat semangat mummymu
engkaulah sumber inspirasi,
mummymu.

Senyumlah Alisha
demi kedukaan di hati mummymu
yang amat menyintai
kamu.

Sazalee Sulaiman ... 26/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Keranamu Alisha

Keranamu Alisha

darimu mummy pelajari
nilai kasih memaut
nilai cinta menyimpul
nilai persaudaraan terpateri...

alisha
masa kegetiran
uji kesabaran kami
uji ketabahan kami...

mummy tak pedulikan segala
hanya kamu
hanya kamu alisha
anugerah tak ternilai...

mummy jaga kamu
sebisa termampu
kuterima tanpa keluh
kuterima dengan ampuh

alisha penyelamat mummy di sana.

CNM, 26/9/13

MUMMY DAN ALISHA.

MUMMY DAN ALISHA.

Alisha
Indah namamu
Bukan secantik harimu
Tamanmu hanyalah tilam
Awanmu adalah siling
Mentarimu ada di kamar
Bintangmu bukan di langit

Mummy
Permata hatimu
Baik pekertinya
Elok santunnya
Sopan kata bahasanya
Tiada kalimat sakitkan hati
Tiada peel hancurkan budi
Tiada tindakan mengguris luka
Tiada tengkingan merobek jiwa

Mummy
Lihat itu
Ada ibu sakit disakiti abang
Ada ayah lelah dijerkah kakak
Ada air mata darah melimpah
Ada rasa kecai berderai
Angkara anak bijak pandai

Alisha
Meski Celebral Palsy menghuni hidupmu
Aku tahu
Syukurmu selalu
Tanpanya
Mummy pasti terluka oleh kata-kata
Ayah pasti berduka hampa

Alisha
Engkaulah anugerah terindah

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
26.09.13

Alisha...

Alisha...

Wahai Mummy
Senyumlah
Moga cahaya terus menerangi hidupmu
Gembirakan hati yang walang
Duniaku hanya untukmu
Tabahlah

Mummy...

Anakku Alisha...
Bagaimana mampu tersenyum
Perkhabaran itu bagai
disiat-siat dilumat-lumat
Hancur luluh separuh jiwa
Wahai anakku
berterbangan bagai debu
Membawa sekali runtun hati ini

Anakku Alisha...
Permata
Bidadari syurga
Jantung hati
Penawar duka

Wahai nyawaku sayang
Kuatkan semangatmu
Cekalkan hati
Mummy redha
Andai nyawa galang ganti

Ya Allah
Kering sudah air mataku
Redhaku dengan ujianMu ini
Hati...Sabarlah
Tinggalkan sedikit ruang untukku bernafas
Demi Alisha!

Kak Cma
10.27
24 September 2013
Bentong

*3 malam gagal utk menyudahkan puisi ini, kerana baru nakku susun aksara..air mata mendahuluinya.....terlalu emosi...apatah lagi Norzalinda Hamzah. Semoga allah memberi ketabahan melampau buat Linda dan Poji...maafkan kak cm

Ibu

Ibu

ibu!
ibu!
engkaulah ratu hatiku...

ibu!
ibu!
engkaulah yang mengertiku...

ibu!
ibu!
engkaulah perestuku...

ibu!
ibu!
engkaulah pendoaku...

ibu! damailah di sisi Tuhan-Mu.

CNM, 26/9/13

Berikan aku.

Berikan aku.

Berikan aku sehelai sireh
bertemu urat berkapur putih
untuk aku manterakan kasih
mereneh
rindu yang aku tasbih
tersengih.

Berikan aku sekuntum mawar
usah cuak usah gusar
akan kuselitkan di sanggul ikrar
melata di tilam gebar
cinta tidak pudar
mekar.

Berikan aku sedikit waktu
untuk engkau mengenali siapa aku
dan cinta pasti bertamu
di hatimu
bersemayam seorang aku
nakhoda perindu.

Berikan aku ... hatimu.

Sazalee Sulaiman ... 26/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Haruskah?

Haruskah?

Haruskah aku berdiri kerana benar?
Haruskah aku bersuara lantang?
Haruskah aku memikul dosa mereka?
Haruskah aku mengiyakan saja?
Aku harus berfikir;
Haruskah semua dipersalahkan?
Haruskah aku diam membisu?
Haruskah aku memekak telinga?
Haruskah aku membutakan mata?
Aku harus bersuara;
Haruskah mulut menyemai fitnah?
Haruskah telunjuk lurus menuding?
Haruskah menabur wang untuk melobi?
Haruskah semua perkara tiada penyelesaian?
Aku harus redha;
Haruskah aku menghujah Allah?
Haruskah aku meninggalkan solat?
Haruskah aku lari dari amalku?
Haruskah aku akur kalah?
Aku harus beriman;
Haruskah aku menangis?
Haruskah aku bersedih?
Tidak!
Aku redha semuanya
Aku tidak pasrah
Aku harus menguatkan diriku
Allah ada
Keluargaku ada
Aku harus tabah;
Aku harus bersyukur
Harus bergembira
Harus....

Ilham Minda,
Precious Hope
26/09/2013

EMOSI SEORANG IBU

EMOSI SEORANG IBU

Sayu hati ibu
Melihat beg sekolah di atas sofa
Baju dan seluar di bawah meja
Tali leher, stokin dan kasut merata

Sebak hati ibu
Melihat pinggan di ruang tamu
Cawan dan gelas bersepah
Berselerak tulang ikan dan nasi tumpah

Pilu hati ibu
Pulang kerja letih lesu
Melihat rumah lintang pukang
Bertanya ibu sendiri
Inikah balasan anak
Atas pengorbanan yang dibiak?

Biar tubuh ditusuk letih
Jiwa dikepung sedih
Tetap jua ibu mengerah sisa tenaga
Mengutip 'sampah-sampah' berharga
Sambil berdoa
Moga anak mampu berdikari
Membantu diri sendiri

Anak-anak
Insaf dan sedarlah
Syurga itu
Ada pada seorang ibu

Padin Majid
Junjong, Kulim, Kedah
26.09.13

Lukisan hati

Lukisan hati

... awan bagai sebuah lukisan
bergurisan
bergerak dalam garisan
menampar dinding langit mengawan
memayungi alam kehidupan

bercahaya suram
terkadang terang terkadang hitam
di bawahnya kelam
berbalam
mungkinkah langit bersiram

di dada bidang ini
terhimpit sepi
berseorangan berdiri
di batasan duri
mencongak erti mimpi.

Di sebalik adunan realiti
sebuah lukisan kehidupan; di hati.

Sazalee Sulaiman ... 26/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

SENYUM DALAM PENANTIAN

SENYUM DALAM PENANTIAN

penantian itu menyeksaan,
penyeksaan itu menyakitkan,
lebih sakit bila menanti,
menanti pada yang tak sudi..

rindu itu indah,
bila rindu berbalas,
tapi jadi sakit,
bila rindu jadi tepu,
kerana yang dirindu tak tahu..

senyum itu penawar duka,
senyum juga tanda bahagia,
tapi senyum jadi hambar,
bila senyum kerana terpaksa,
bukan senyum seikhlas jiwa...

sue
26/09/13

DI LANDASAN MIMPI

DI LANDASAN MIMPI

Sebuah rindu yang ranum...
tidak dapat kukunyah dan kularutkan
dalam santapan kenangan
ia makin pantas berlari mengejarku.

Saat aku menoleh...
hanya ada keramat doa
yang mampu kutadah
demi sebuah kehadiran restu.

Jauh di sudut hati masih ada
sisa-sisa ingatan
yang tak mungkin terpadam
masih terlalu lamakah lagi
untuk kunantikan hadirnya...
ingin sekali aku berkelana lagi
menyaksikan betapa tingginya
menara perjumpaan itu
biarpun cuma di landasan mimpi.

SZA KAM Tapah 26.9.13

Selamat Hari Jadi Ybhg Prof. Lim Swee Tin

Selamat Hari Jadi Ybhg Prof. Lim Swee Tin

dari tanah cik siti wan kembang
mendaki ke puncak gemilang
rentasi padang ilalang
mengutip bunga-bunga kehidupan
buat mengharum mahligai kejayaan...

dari tanah cik siti wan kembang
kamu di puncak juang
jadi contoh teladan
menunjuk jalan
buatku menukil kalam...

CNM, 26/9/13

IMAGI

IMAGI

Bagaimana kalau bulan tidak lagi bercahaya
lalu matahari senyum di malam gelita
kalau angin berhembus panas
mengasap liang roma yang tegak
atau kita menapak di langit
tidak kaki menjejak bumi.

Pernahkah imagi menjangkau
andai dunia boleh digenggam
lalu tangan menghempas
melihat beburung merayap
dan lipan terbang di laut dalam
atau hati dapat dibasuh
hasrat nyata tiap ketika.

Kalaulah hari dan waktu dapat berhenti
dan kita pun menyusun kembali
sedemikian sempurna.

Janji yang terlupa
mimpi yang terjaga
hasrat yang padam
puisi yang tertunda

Dan kita pun menjadi orang
tidak lagi memburu bayang
dari sekecil hama
benar-benar menjadi manusia.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
26 Sept 2013
11 23.am

Usia Mengejar Waktu (II)

Usia Mengejar Waktu (II)

35 tahun berlalu
Dunianya makin luas
Seluas samudera raya;
Terpegun sendiri untuk dimiliki
Tertarik diri untuk memiliki
Namun mata-mata tercinta
Berteriak sepantas kilat
Katanya,
‘Mana lebih penting manisnya ilmu
Atau sakitnya bisa sengat?’
Hendak menderap kaki
Tidak setuju,
Kalau diturutkan darah muda
Biar dada kosong ilmu
Asal dapat memiliki bisa sengat;
Tapi bila diingat
Memang ilmu itu manis
Dan bisa sengat itu sakit
Mata-mata tercinta prihatin
Biar diteriak,dikawal dan dibebel
Sudah cukup membalut diri;
Manis ilmu dicicip
Bisa sengat dibuang ke tepi seketika.

Sungguh ilmu itu berguna....

Ilham Minda,
Precious Hope
26/09/2013

LORONG TERANG

LORONG TERANG

Kenapa memilih jalan kelam
lorongkan langkahmu menuju sinar
sekali rebah, bangkit melangkah
hadapanmu cahaya
liku-liku cabaran ramuan kehidupan
adunkan segala rasa
kecap nikmat
sebuah kebahagiaan
menanti di sana.

yahyaisa
Segamat Johor
26092013

Seloka Tengari.

Seloka Tengari.

Mentari di ubun
mata berselaput rabun
perasaan tersagat pantun
mata mula berkebun
di bawah pepohon
buahnya merimbun, berduyun-duyun.

Sungguh anggun
atur langkahnya menghayun
jalan tersusun
pinggul beralun-alun
memegun
dadanya meruntun, santun.

Anak dara siapakah gerangannya?

Sazalee Sulaiman ... 26/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

PENCARIAN.

PENCARIAN.

Radar di hati
masih mencari lokasi
penambahan siaran
memuaskan rasa
agar mampu aku memilih
tidak hanya tertumpu
di satu siaran
yang mula membosankan
menyenakkan
kalbuku
dengan kerenah iklannya.

Memualkan jiwa.

Sazalee Sulaiman ... 23/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

PENGGANTI.

PENGGANTI.

Siang melecet
mentari mengusap tumit
letih bertopi
langit senja melaram
temaram.

Malam mengusik
rembulan mengeliat sendi
mata berjeket
bayu dingin menampar
meliar.

Suasana berganti.

Sazalee Sulaiman ... 23/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Cermin itu sudah musnah

Cermin itu sudah musnah

Menangis aku di sejadah
Melepaskan segala sembilu di hati
Pada Allah kuberserah
Rencana hidup bagaimana penyudahnya

Kauminta sesuatu yang sudah diludah
Kembali menjilat hanyir kata-katamu
Sedangkan hatiku pedih berdarah
Hancur berderai berkecai
Umpama kaca ditumbuk halus
Berterbangan menjadi debu

Katamu
Kutiplah semula kaca yang berderai itu
Cantumkan semula cebisan demi cebisan
Menjadi bahan lutsinar,
Kuat, tahan hakis dan lengai
Kembali menbentuk permukaan licin.
Bagaimana hendak kujadi cermin semula
Sedangkan silikanya punah tercemar dan rosak

Kataku
Cermin yang kucantum semula
Masih meninggalkan retak
Bila dipandang ke dalamnya
Rupanya sudah merekah, surih dan terbelah
Silica apa lagi yang kaugunakan
Untuk memujukku kembali
Menganyam kasihmu?

Andai cermin baru diganti
Masih gagal menjadi
yang dulu yang asli
Kerana hati telah mati

Pulangkan semula cermin hatiku
Kepada yang berhak.
Aku pasrah

Cma
5.25 subuh
260913

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...kukira konsep memakmurkan, idea Tun M bertepatan, boleh diterapkan, dalam kehidupan harian, ya, Tun M cuba memakmurkan negara serantau yang berjiran, dan negara turut mendapat kesan kebaikan, jadi mengapa tidak kita memakmurkan yang duduk bersebelahan atau dengan kata lain rakan-rakan, jika orang di sekeliling kegembiraan, bukahkah kita turut mendapat kesejahteraan...?

CNM ,26/9/13

KOMPAS I

KOMPAS I

Kata dia: Bukankah jalan ini yang awak telah pilih? Lantas apa perlu awak menangis, merintih? Kuatkan hati untuk harungi segala yang perlu dihadapi. Bukankah jalan ini yang awak telah pilih?

Pedih. Perit. Sakit.

Kata-katanyanya mungkin bermaksud baik, ingin mencabar naik semangat. Memotivasi dengan caranya yang tersendiri. Namun adakala sedarkah dia bahawa kata-katanya tetap berbisa, luluh segala rasa. Tertampar wajah berkali-kali. Pedih hingga ke hulu hati. Perit hingga ingin menjerit. Sakit.

Mengapa? Kerana bicara itu datang dari seorang sahabat, insan paling dekat, teman yang teramat rapat.

Pedih. Perit. Sakit.

Sendiri

Sendiri

Kembali sendiri
Menghitung hari
Menghitung diri
Menghitung hidup
Bagaikan sebuah drama
Episod demi episod
Pelakon utama
pelakon pembantu
Penulis skrip
Pengarah
Semuanya diboloti
Bilakah ceritanya akan berakhir?

Sendiri lagi
Menghitung bahagia
Menghitung derita
Neraca di hati
Terbelah dua

Aku,
Sendiri memilih jalan ini
Pasrah dan redha
Hidup sendiri sendiri
Menyendiri

Jalan ini telah kupilih
Langkah kakiku
Tidak bisa mengundur
Walaupun setapak
Izinkan kupergi
Walaupun langkahku
Sudah hilang rentak

Cma
4.30 pagi
260913

SATU MINITMU 4

SATU MINITMU 4

cuma satu minitmu aku perlu
walau hanya lintas bayangmu di hadapanku
cukup buatku melepas rindu


~danhayati~
270913 09:47am

SATU MINITMU 3

SATU MINITMU 3

Satu minitmu bersamaku kelmarin
kita sama-sama tersenyum

...entah hati siapa yang berbunga

~danhayati~
250913

SATU MINITMU 2

SATU MINITMU 2

Seharian sayang aku tunggu
terlalu mahal satu minitmu untukku

~danhayati~

SATU MINITMU 1

SATU MINITMU 1

Kurayu satu minit harimu
agar terburai semua rinduku

...tolonglah kasih

~danhayati~

DAERAH HITAM

DAERAH HITAM

Bayu keletihan di ufuk barat
pantai diasak tsunami
syair sang unggas nada kecewa
ketika bunga-bunga berguguran
dari tangkai kepalsuan
neon terus membakar jiwa
meninggalkan jeritan
dalam longgokan sampah

ada lagikah
insan yang insani
manusia ratib bahasa suci
dalam daerah hitam.

yahyaisa
Segamat Johor
25092013

WARKAH AKHIR BUATMU

WARKAH AKHIR BUATMU

warkah ini..
warkah terakhir buatmu,
usah ditanya lagi,
andai suatu saat engkau
rasa kehilangan..

tintaku telah kekeringan,
menanti balasan warkah
darimu.. tanpa jemu..
dan kini hatiku telah mati,
tak mungkin kembali..

bersama janji kubawa bersama,
berteman rindu yang terbiar,
dan warkahku yang kian pudar,
hati yang kian rawan,
engkau bukan lagi pujaan...

sue
25/09/13

masa

masa

masa meligat
karya teman tak terlihat
menguruskan laman guru bermuafakat
kongsi maklumat
kerjaya dimartabat

kongsikan sahabat
esok aku baca dan lihat
jangan rasa ralat
ukirkan baris-baris ayat
dalam indah bahasa bermartabat...

CNM, 25/9/13

Aku Wanita

Aku Wanita

Wanita,
Apa istimewamu
Sampai engkau dicintai?
Apa tarikanmu
Sampai engkau dimiliki?
Sungguh kagum
Namamu sebagai wanita;
Wanita,
Engkau cekal dan berhati mulia
Dengan karenah benih-benihmu
Yang engkau pelihara;
Engkau teguh tidak goyah
Walau badai kencang di luar
Menerpa rumahmu berulangkali
Engkau ada pendirian
Yang tidak musnah;
Wanita,
Wujudmu bukan mencabar
Wibawa Adam
Tapi hadirmu melengkapi dunia Adam
Jangan dipijak biarpun engkau
Berjiwa lembut
Tapi bangkitlah dengan semangatmu
Membawa kedamaian yang penuh sabar
Memikul amanah lengkap
Dalam rumahmu.

Aku bangga
Kerana aku adalah wanita....

Ilham Minda,
Precious Hope
25/09/2013

Usia Mengejar Waktu (I)

Usia Mengejar Waktu (I)

35 tahun berlalu
Keluarlah mengenal cerut-cerut dunia
Membungkam rasa
Menggamit hati
Menangis menarik perhatian
Buat mata-mata tercinta;
Detik berlarian mengejar waktu
Pada kalender perhitungannya
Tercabar upaya hampir putus asa
Bila empat kaki berlari
Meratah sudut perteduhan
Namun itu fitrahnya
Sebuah kesabaran;
Bila dua kaki berlari
Seluruh alam miliknya
Mendakap setiap duri terjal;
Mata-mata tercinta mengganas
Bila tercabar wibawanya
Muntahkan bicara pedas
Menghayun cambuk rotan
Demikian mengenal dunia luar.

Indah waktu itu...

Ilham Minda,
Precious Hope
25/09/2013

badan menyerah

badan menyerah

ikut rasa
hati sentiasa muda
penuh bertenaga
boleh saja
itu di dada

tanya badan
dah lelah sakan
tak upaya meligan
usia kesenjaan
maaflah kawan...

CNM, 25/9/13

Susu

Susu

bayi minum susu ibu
ada sentuhan anak ibu
timbul rasa keakraban di situ
juga penuhi nutrisi bayi itu
bayi sihat menggebu

kauminum susu ibu?

hais! Dah tua-tua tak malu
masih nak minum susu
apa salahnya minum susu?
dah tua-tua lagi perlu
dapatkan kalsium bagi tulangmu itu

aku minum susu!!!

CNM, 25/9/13

RINDU KASIH

RINDU KASIH

kukutip serpihan kasih
kusimpan jadikan kenangan
agar bisa menjadi rindu
rindu antara engkau
dan aku...

kuanyam rindu terlerai
menjadi tali jambatan kasih
agar bisa kita lewati bersama
menuju pelamin cinta bahagia...

sue
25/09/13

Teman

Teman

... dan berkatalah sepasang burung
berbisik di telingaku
bahawa dalam hidup ini
setiap makhluk perlukan pasangan
untuk menjadi kawan di kala kesunyian
untuk menjadi peneman bicara di kala kebosanan
untuk berkasih sayang di kala kegersangan
di malam dingin
di kamar perbaringan
menambah zuriat
untuk kelangsungan warisan
tidak keseorangan.

Teman dalam beri memberi
menerima
bukan hanya tunggul kayu, kaku
layu
di dalam halaman.

Sazalee Sulaiman ... 23/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Hujan jam 8 pagi

Hujan jam 8 pagi

... riangnya sungguh hati si layang
menyusur awan membilas badan
melayang-layang menghilang rawan
sayap berpesta riang di langit.

Hujan menitis bayu menyampai
aman terasa indah suasana
pepohon membasah tanah disimbah
parit melimpah airnya bah.

Aku di bangku mata merayu
asalnya kuyu semakin melayu
sofa beralas jeket dipakai
lena sebentar minda yang nanar.

Hujan yang turun dibawa bayu
dinginnya pagi menyimbah hati
sayu dan pilu waktu terpaku
aku di bangku mimpi pun bertamu.

Damai bicara dicanai minda.

Sazalee Sulaiman ... 24/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

dalam cermin kaca

dalam cermin kaca

diserahkan
sekeping hati dengan rela
bukan untuk jadi hiasan
diperaga dalam cermin kaca hatimu
cantik terjaga tak diperguna...

diberikan
kesetiaan penuh keikhlasan
bukan untuk jadi bahan pemeran
tersimpan dalam cermin kaca nafsumu
suci terbela tak diharga...

CNM, 25/9/13

SEPTEMBER

SEPTEMBER

september..
dalam kenangan,
mengenal dunia,
penuh warna,
penuh pancaroba...

september..
dari merangkak
kini berlari..
memanjat mendaki,
jatuh bangun
tetap teguh, tak akan
goyah, walau selangkah...

september..
cekal dan tegar
makna katanya,
tenang dan sabar
pegangan utama,
senyum dan ceria
peribadinya..
semoga kebahagiaan
melingkari hidupnya...

sue
26/09/13

ANDAI

ANDAI

Sabarlah duhai hati
Andai tiada yang bertakhta di hati
Izinkan aku untuk mencari
Andai tiada yang sudi
Biarlah aku sendirian di sini

Sabarlah duhai hati
Andai hilang seribu memori
Carilah cinta nan suci
Andai tidak kutemui
Serahkan pada Allah Yang Maha mengerti

Sabarlah duhai hati
Andai tiada yang mengerti
Berdoalah kepada Ilahi
Andai dugaan yang kutempuhi
Reda dengan ketentuan Ilahi

Sabarlah duhai hati
Andai ujian yang kutempuhi
Yakinlah sesuatu yang pasti
Andai rapuh menyembah bumi
Carilah tunggak penyuluh hati.

MALAM YANG HILANG

MALAM YANG HILANG

Racun jadi penawar
meneguk maghfirah
dalam kesamaran percaya
hujan itu api
membakar malam
dingin jadi cair
subuh panas
bulan menyala deras
embun pun membeku
pagi pun menutup matanya.

Qalam Bertinta
Klang
25092013
1025am

ANDAI

ANDAI

Sabarlah duhai hati
Andai tiada yang bertakhta di hati
Izinkan aku untuk mencari
Andai tiada yang sudi
Biarlah aku sendirian di sini

Sabarlah duhai hati
Andai hilang seribu memori
Carilah cinta nan suci
Andai tidak kutemui
Serahkan pada Allah Yang Maha mengerti

Sabarlah duhai hati
Andai tiada yang mengerti
Berdoalah kepada Ilahi
Andai dugaan yang kutempuhi
Reda dengan ketentuan Ilahi

Sabarlah duhai hati
Andai ujian yang kutempuhi
Yakinlah sesuatu yang pasti
Andai rapuh menyembah bumi
Carilah tunggak penyuluh hati.

MENUNGGANG MENTARI.

MENUNGGANG MENTARI.

Mentari tersenyum kesumat
bayu membelai belikat
alam keramat bersilat
beburung girang menyukat
ubun kering bersikat.

Aku berdagang keringat
membanting si empat kerat
menyentap urat bertingkat
ulat di batu dinobat
rezeki tidak melompat.

Biat berlintah berpacat
di sawah si keli dan sepat
usaha mestilah berkat
jangan dilewat harus sepakat
mentari tidak tercegat.

Tunggang sebelum dihambat.

Sazalee Sulaiman ... 25/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

AKU KEMBALI.

1.
AKU KEMBALI.

Aku kembali di landasan ini
setelah batuk di dada mula menyepi
memberi salam di kejauhan diri
di bahang mentari Rabu, semakin meninggi

aku kembali lagi
sebagai penari jemari sepi.

Sazalee Sulaiman ... 25/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

******
2.
CUAK.

Terasa gegaran
gempa dari Pakistan
merentas benua dan lautan
menginjak buritan
tanpa sekatan
gempar tumit dan badan
hati mula meroyan
meraban.

Adakala, cuak bersemboyan.

Sazalee Sulaiman ... 25/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

Thursday, September 26, 2013

PELAMIN DUKA

PELAMIN DUKA

Kautiduri ranjangmu
atas pelamin duka
selimut kesal mencengkam
meneguk pahit hakikat
jampi bukan penawar
madu itu racun
indah cuma mimpi

tengkujuh tanpa musim
kemarau berterusan

yahyaisa
Segamat Johor
25092013

SAAT SURIA MENYAPA

SAAT SURIA MENYAPA

Saat suria menyapa...
menyapa pagi bersinar kelam
kelam suria pagi
berselindung di balik awan
awan berarak lembut
di langit luas terbentang.

Saat suria menyapa...
sendu bertamu lagi
lantas mengundang pilu
pilu enggan menjauhi
lantas menggamit duka di hati.

ZIE 25/09/2013

50pp: Motivasi Pagi

50pp: Motivasi Pagi

...ketidakpedulian, jangan diamalkan, ia memakan perasaan, rasa dipinggirkan, rasa tidak diperlukan, rasa diri tak berguna walau cuba bertahan, akhirnya bisa merosakkan sebuah perhubungan, pun mungkin sebuah ikatan, jadi berilah perhatian, berikan keprihatinan kepada pasangan, sedikit kemesraan mampu menyubur kesetiaan, memekarkan keikhlasan, berputik dan berkembang kebahagiaan, maka pilihlah jalan yang mendekatkan...

CNM, 25/9/13

Cinta Jarak Jauh.

Cinta Jarak Jauh.

Menghitung hari demi hari
resah dalam debaran demi debaran
setiap kali berikhtiar untuk bangkit berdiri
setiap waktu, sekian kali doa tanpa isyarat
hari-hari berlalu diselubungi suram dan kelam
aku bertatih dalam usaha menidakkan wujudmu
namun hati, jiwa dan rasa tetap mengamit naluriku
cinta jarak jauh yang terlanjur berlalu
kini mengetuk lagi pintu hati yang telah lama beku
yang pedih, perih tertutup terus bersinar kembali
aku pasrah dalam takdir-Mu, Ya Rabb.

Sabby Yusoff
Ampang Jaya
24092013.

~ Aku Tetap Mencintaimu ~


Haruskah aku berlari,
Mengejar cinta yang tak mungkin aku miliki,
Haruskah aku terjaga,
Menunggu cinta yang tak mungkin menemuiku...

Dan salahkah aku..?
Jika aku terlalu mencintaimu,
Meski kutahu, aku tak bererti untukmu,
Salahkah aku..?
Jika aku inginkan dirimu,
Menjadi teman hidupku...

Aku sangat mencintaimu,
Meski aku tahu kautak mencintaiku,
Aku sangat menyayangimu,
Meski aku tahu, hanya benci yang kauberikan padaku...

Biarkan aku hidup dalam cinta ini,
Meski aku akan terluka,
Kerana tak bisa memilikimu...

KEABDIAN CINTA

KEABDIAN CINTA

Letih
nyatanya aku tak pernah sempat
untuk menulis biarpun sebait puisi
ilhamku meredup
aksaraku juga kabur
di antara hiba dan ragu
cuma raga ini belum lagi mati
dan hati pun masih lagi mengerti.

Esok mungkin ada ruang lagi
untuk aku catatkan tentang hati
agar engkau akan terus menunggu
untuk aksaraku kembali berbicara
mengungkapkan semua yang terbias
lalu kembali mengucapkan sejahtera ke atasmu
dan memulakan kembali cerita kita
agar diri ini dapat hidup selamanya
dalam keabdian cinta darimu.

Qalam Bertinta
Klang
25092013
0133am

Potret Buat Puteriku

Potret Buat Puteriku

Tangisan itu sangat pilu
Menusuk jauh dalam kalbu
Sebak dadaku
Puteri tak lena beradu

Benang tebal berselirat
Seperti kusutnya mindaku
Tangisan itu kembali menyatu
Aku diam membisu
Tiada kata tiada lagu
Dodoi buat puteriku

Sebal sakit bertamu
Berlagak kuat buat kamu
Agar engkau tahu
Ayahmu menyayangimu
Lebih dari yang engkau tahu

Puteriku
Kuatlah untuk aku
Kembalikanlah senyumanmu
Agar kita kembali seperti selalu
Gelak tawa nangis bersatu
Gurau mengusik nakal ibu

Ayah rindukanmu
Allah...sembuhkanlah puteriku

250039Sep13
A.K
Lumut

Rinduku Terubat

Rinduku Terubat

Rindu bertamu di lubuk hati
Lara mencari jawapan;
Mendengar suaramu terubatlah rindu
Di kala sepi menyerang;
Kumenanti perkhabaran dari jauh
Apakah masih seperti yang dulu?
Merinduku satu kemestian?
Bertanya pada rembulan
Apakah dia merasai
Yang kurasai di saat ini?
Bertanya pada mentari
Apakah dia juga merindu
Seperti aku merinduinya?
Girang bukan kepalang
Bila hadirnya cukup bermakna
Biarpun di hatinya bukan aku
Tapi aku menghargai dirinya
Dan aku mengharap
Dia juga rasa rindu
Terima kasih kerana engkau
Ada untukku.

Rindu mendakap aku....

Ilham Minda,
Precious Hope
24/09/2013

Rindu.

Rindu.

Dengarlah suara hati, bisikan rasa
sebelum tenggelam sinar mentari menuju senja jingga
sebelum burung merpati riang terbang pulang ke sarang
juga sebelum kunang-kunang melemparkan sinar cahayanya
dengarlah suaraku dari saripati rindu teramat
kuntuman bunga-bunga berkembang harum bertasbih
menzikirkan resah gelisah butiran mutiara rintik hujan
mengaminkan doa-doa kudusku pada-MU
aku rindu , teramat rindu pada dia
benar dan pasti kembali.

Sabby Yusoff
Ampang Jaya .
23092013.

Ikut Malam

Ikut Malam

hari ini
aku terlalu banyak
ya, terlalu banyak berbicara
tanpa sedar malam telah dewasa
yang memerhati tanpa sepatah kata...

aku terfikir mengapa?

ada baiknya diam seribu bahasa
tak perlu berkata apa-apa
lihat dan dengar saja
yang baik simpan
yang buruk buang...

CNM, 24/9/13

Melambai Pulang

Melambai Pulang

senja bertandang
siang hilang bahang
unggas-unggas bersiap pulang
mencari anak-anak di sarang
hari sudah lewat petang...

senja melambai pulang
di mana dirimu seorang
ingat tak lagi jalan pulang
ingat tak orang tersayang
tersungguh malang
jika masih bermain wayang...

pulang sebelum dijemput pulang.

CNM, 24/9/13

50pp: Motivasi Malam

50pp: Motivasi Malam

...jujur berkata, ikhlas menyata, hindari beragenda, jauhi membawa cerita, tidak sesekali bersandiwara, elakkan sengketa, memungkinkan kita diterima, tiada syak wasangka, tidak dituduh berpura-pura, itulah sepatutnya diterima, bila mengamalkan sifat mulia, sikap boleh dipercaya, bukan bermuka-muka, mengada-adakan cerita, menokok tambah perisa, contohi junjungan besar kita, mudahan mendapat reda Yang Maha Esa...

CNM, 24/9/13

WAYANG

WAYANG

Di kanvas sirna
tinta mencanting
bayangan cerita
cerita wayang
kisah orang-orangan
menyanyi girang
lautan api meroyan
denai kesabaran
bergoncang
camar menari rawan
di lautan kasih
di birai awan
cuma lakunan
si anak wayang
melata di jalan
meniti kudrat
di panggung wayang.

NurQasehAimie II
Kemaman.Terengganu24.9.13

Laut Kasih 332



Laut Kasih 332

kupintal buih-buih rindu
yang kukutip dari pesisir pantai kalbu
kujadikan selendang cinta
buat menghiasi
ubun kesetiaanmu...

kujalinkan kuntuman kasih
yang kukutip dari kebunan hati
kujadikan kalungan cinta
untuk kukalungkan
ke leher kejujuranmu...

damailah laut kasih kita.

CNM, 24/9/13

SISI GELAP

SISI GELAP

Mengintai
di sisi gelap malam
membayang
terjahan alpa
di tabir hitam pekat.

Mengendap
di celahan kaca berderai
rumpun nikmat
sendu menambat
digertak kudrat
kerikil menduga harap.

Melihat
saat mataku membulat
bencah denai ini cuma igauan
di gurun kelat.

Nur Qaseh Aimie II
24.9.13

KATAK-KATAK YANG HILANG

KATAK-KATAK YANG HILANG

Mencari aku jawaban
ke mana hilangnya katak-katak
suatu ketika berpesta di bendang
menyanyi lagu hujan
juara lompat dan jerit
mempertahan jerami hampas padi
kencing berak bendang pak Aji

mungkinkah
habuan juara pesta nyanyi
padi berbuah emas

atau
terhempap jerami mereka diri
lemas dalam hampas
dibelit ular dalam sangkar

suara itu
aku rindu
kita damba
pertahan juara

yahyaisa
Segamat Johor
24092013

Penangan Kari Kambing

Penangan Kari Kambing

malam tadi cicah roti canai
dengan kari kambing
enaknya tergeleng-geleng,

pagi tadi cicah roti bakar
dengan kari kambing
lazatnya tergeleng-geleng,

petang ni
terumbang-ambing
panas di dalam melembing
penangan kari kambing...

CNM, 24/9/13

DI TAMAN SERI MEWAH INI CINTAKU ABADI

DI TAMAN SERI MEWAH INI CINTAKU ABADI

Taman ini
membendung berbagai cerita
menyulam kisah hidup
yang dilakar dan terlakar
lalu menjadikan taman ini
sepertinya naskah novel
yang akan dibaca berulang-ulang
kerana ceritanya tidak pernah tamat.

Taman ini
aku semakin larut di dalamnya
melewati setiap hari-hariku
tanpa batasan waktu yang berhenti
kerana di taman ini
kisahku juga banyak yang telah tertulis
dan dalam pahit maung serta suka dukanya
yang pernah tercatat di sini
cintaku pada taman ini
tidak pernah mati.

Aku akan terus di sini
bermesra dengan belaiannya
menghirup aroma taman ini
dan meresapkan segala keunggulan cinta ini
di sini…
di Taman Seri Mewah.

Qalam Bertinta
Klang
24092013
1503pm

BUKAN BENCI

BUKAN BENCI

aku lepaskan kauburung
bebas terbang mencari teman
bukan aku tidak sayang
benci pun bukan

aku lepaskan kauburung
dari sangkar yang mahal
belas kauterkurung
cari teman bina Taj Mahal

aku lepaskan kauburung
bila hati teranjut
pada sepi nan murung
cuma jangan terkejut

aku lepaskan kau burung
kerana aku rasa kaulemas
merengkok macam mengkarung
terpaksa dalam bekas

aku lepaskan kau burung
dari rasa murung
dari rasa terkurung
dari rupa macam mengkarung

aduhai bukan benci...

HONEY
MUAR
2492013

SIMPANG ITU

SIMPANG ITU

Simpang itu telah lama ada
dulu belukar di kiri kanannya
lampunya pun cuma dari andang daun kelapa kering
nyamuk dan agas setiap malam kekenyangan darah
suara-suara semangat berkemundang di situ
dengusan dan keluhan silih berganti
yang marahnya memanah akal bangun menghentak penumbuk dan berlalu
yang sabar terus menunggu, pendapat dan hujahan harus ditebarkan lagi
keputusan mesti ada, bukan untuk sesiapa tetapi untuk semua.

Dan sekarang pun simpang itu masih ada
cuma belukar telah digantikan dengan jalan berturap
andang kelapa kering telah digantikan dengan tiang lampu letrik
nyamuk dan agas pun sudah lupa akan siang dan malamnya
yang ada cuma suara-suara itu, masih bergema dan bersemangat
namun gema dan semangatnya sudah berubah nada
nada yang tidak lagi bercerita tentang negara
juga tidak ada lagi cerita tentang masyarakat
apa lagi tentang masjid, tentang amal makruf nahi mungkar.

Yang ada hanyalah anak-anak muda
yang bercerita tentang kehebatan motosikal masing-masing
yang bercerita tentang ice, syabu dan bermacam jenis lagi
bercerita tentang berapa orang bohsia yang telah mereka bawa ke ranjang
nada mereka juga bersemangat hinggakan syaitan pun turut hadir
untuk memberi sokongan dan menyemarakkan lagi semangat pada mereka.

Dunia ini pantas berubah, sepantas perubahan generasi demi generasi
dan untuk abad yang akan datang, generasi ini akan terus berubah
mungkin lebih teruk atau mungkin juga lebih bagus
siapa tahu?
kita juga tidak akan tahu kerana waktu itu
mungkin nama kita juga sudah tidak wujud lagi.

Qalam Bertinta
Klang
24092013
1427pm

Ilmu Tidak Akan Berakhir

Ilmu Tidak Akan Berakhir

Damai kurasa
Menghimpun sejuta penantian
Mengharungi onak duri
Merentangi di depan
Kaki-kakiku;
Biarpun rapuh dipijak
Tapi kutahu segalanya akan berlalu
Tidak akan menyinggah lagi
Dalam gubuk hati
Tenang;
Aman kutitip dalam pencarian
Meredah belukar rimbun
Jatuh tersandung
Menitis darah;
Biarpun rebah dicantas
Tapi kuduga semuanya akan pergi
Tidak akan menghuni lagi
Dalam taman hati
Syukur;
Indah menghijau
Subur berbaja
Biar segala ulat bermusim
Datang memusnah;
Tapi kehijauannya terserlah
Bila cukup waktunya
Akan membuahkan hasil
Lumayan;
Cukup hasil maka banyaklah
Yang meminta
Satu-persatu diberi;
Hanya Allah yang tahu
Apa lebihnya
Apa kurangnya.

Mencari ilmu takkan pernah habis....

Ilham Minda,
Precious Hope
24/09/2013

♥~ Rawan si hati Penawan ~♥

♥~ Rawan si hati Penawan ~♥

Bukan ditawan
atau tertawan
yang cukup menawan
hingga hati tidak tertahan
cuba melawan
namun tetap kekalahan
hingga menjadi sawan
rawan si hati sang penawan

~ Nukilan Pena Ilhamku - 24/09/2013

Laut Kasih 331



Laut Kasih 331

laut mana tak bergelora
laut mana tak dibadai taufan
namun pesisir pantai cinta
terjaga dek bakau kepercayaan
terlidung dek pulau kesefahaman
dan delta-delta rindu bercantum
menjadi kasih sayang subur
menghiasi laut kasih kita...

CNM, 24/9/13