Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, August 5, 2013

RAMADAN

RAMADAN

Kian terasa bahangnya
kemesraan yang terjalin
akan berakhir
meninggalkan seribu kenangan

Ramadan
kaumengajar aku erti kedewasaan
mendidik jiwa erti kerohanian
memandu aku ke jalan yang lurus
menanamkan kesabaran menghadapi ujian
menguatkan diriku menentang nafsu
mendekatkan aku pada Pencipta

Ramadan
bulan panas dan cabaran
dalammu seribu bulan
dalammu ganjaran berganda
dalammu ujian
dalammu limpahan rahmat
dalammu keberkatan
dalammu keredaan dan keampunan
dalammu wangian syurga
dalammu segalanya

kini di hujung usia
pertemuan dan perpisahan kita
ketentuan_NYA
syukur

yahyaisa
Segamat Johor
03082013 (25 Ramadan 1434)

No comments:

Post a Comment