Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 5, 2013

IKHWAN

IKHWAN

Ikhwan
bukan kerana lemah diguling
mereka cemas
kekuatanmu digeruni
pengaruhmu disekat
dihambat

Ikhwan
kau penyatu ummah
penegak kalimah
sistem khalifah
pengaruhmu bagai udara
meresap rata

Ikhwan
dasarmu menegak syariat
berkembang sejagat
Utara, Selatan, Timur Barat
dinobat

Ikhwan
kekuatan iman
benteng pertahanan
musuh lumpuh
pusat di situ mereka serbu
kerana kau peneraju

Ikhwan
teruskan perjuangan
Allah bersamamu
Kemenangan bagimu

yahyaisa
Segamat Johor
01082013 (23 Ramadan 1434)

No comments:

Post a Comment