Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 5, 2013

HATI BERSELOKA LAGI.

HATI BERSELOKA LAGI.

Malam menjelma lagi
meminggirkan siang dan mentari
mengikut hukum yang telah diberi
berlandaskan perintah Ilahi

kehadiran malam pastinya mesti
purnama tersenyum di langit tinggi
tiada menampakkan gigi
kerana tiada bergusi

seloka cengkerik di malam sunyi
di malam yang mula menyepi
hari berganti hari
selisihnya pergi berganti.

Aku berkiblatkan hati.

Sazalee Sulaiman ... 04/07/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment