Hajat tersembunyi.
Ada ketika dan waktunya
aku ingin menghilangkan diri
menyepi
bersembunyi di dalam kamar
berbelukarkan hati,
memerhati dan hanya menanti
menanti dan terus sahaja memerhati
melihat, meneropong
sekodeng,
gelagat dan aksi
kerenah-kerenah manusia bertopengkan seni
di daerah paling sunyi,
marcapada sepi.
Dunia interaksi terkini
tanpa sempadan melindungi
menyempadani.
ss/spl/pm ... 21/03/2013.
No comments:
Post a Comment