Aku bukan sesiapa.
Tolonglah! ... aku merayu
cintailah ... ,
hanya puisi-puisiku.
Puisi gubahan dan lakaran dari hatiku
buat tatapan teman-teman semua
untuk dihayati
untuk dimengerti
untuk menghiburkan hati
di kala sunyi
... .
Puisi yang bukan aku gubah
yang bukan aku lakari
untuk menjerat hati
apatah lagi
untuk membuat aku dicintai
disanjung-sanjungi,
... aku tak mahu
aku tak inginkan
ada lagi hati yang terguris
ternoda
kerana jatuh hati
kepadaku.
Aku ini ... bukannya sesiapa
untuk dicintai.
ss/spl/pm ... 21/03/2013.
No comments:
Post a Comment