Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 30, 2012

SUATU PERLAWANAN YANG RESAH

SUATU PERLAWANAN YANG RESAH

Sebelum pengadil meniup wisel mula
formula juara dirumus jurulatihnya
harapan pengurus misinya terlaksana
pemain yakin boleh tunjuk kehebatannya
pemain simpanan gigih mengutip stamina
penyokong tenteram di tepi arena

Wisel sepak mula ditiup sudah
pemain menggelecek lincah
jurulatih mula gundah
tiada sorakan penyokong gelisah

Pemain pendatang punya asakan
benteng kukuh pertahanan
penjaga gol penuh tumpuan
alpa yang culas
gol yang lemas

Hadiah kad merah tonggak harapan
konon mengasari pemain lawan
pincanglah sudah
penyokong semakin resah

Dentuman protes bergema
asap pekat melatari angkasa
stadium gamat seketika

FRU campur tangan
kata putus peneraju atasan
perlawanan semula di gelanggang berkecuali
angkara ganas siapa yang rugi?

Nukilan: Muhamad Amin
SMK Serian
30 November 2012

~ Sentuhan Kasih Merintih Rindu ~

~ Sentuhan Kasih Merintih Rindu ~

Bergema puing rindu bertiup
syahdu, menanti secebis
cinta, meraih aksara
kasih yang membisik
sayu di cuping telinga

sedalam rendaman airmata
menitis, sederas lautan
kasih melimpah ruah
gedung rindu membuai
asa merintih

semilir cinta yang tersimpul
menyelubungi gelombang
kasih, menitip bicara rindu
tika lakaran tercoret
di dinding jiwa kerinduan

di pohon percintaan asyik
masih segar di ingatan
kalimah kasih dan sayang
terungkap di balik germawan
rindu

kedengaran nyanyian merdu
burung-burung, berterbangan
riangnya, seperti dalam hati
berlagu kerinduan, bersenandung
cinta dambaan

masih terpahat alunan cinta
di pusaran kasih, terdetik
di sanubari kerinduan
menyapa hiba, bertamu
di wajah yang suram

dibelenggu kasih menyusup
kalbu, dibelai keresahan
tatkala penantian rindu,
sukma disapa cinta
abadi

lembayung kekasih hati
di persada rindu menggebu
mendakap lembut kasih
di jambangan cinta
kasmaran

resapan cinta menyusup
nadi rindu, bertatahkan
kasih padu, berpupuk
dalam paluan percintaan
nan suci

di setiap deraian rindu
kegersangan kasih,
merungkai sekelumit
cinta, merintih rindu
dalam taman percintaan...

'Sentuhan Kasih Merintih Rindu'...sandaran cinta terindah...

30hb Nov 2012 Jumaat
8.40pm
SNQ ♥

10pp: talian hayat

10pp: talian hayat

...wakafkan sebahagian hartamu untuk talian hayat, pada hari tiada pertolongan...

CNM

MIMBAR JUMAAT

MIMBAR JUMAAT

“Taatlah kamu pada Allah, taatlah kamu pada Rasul (Nya), taatlah kamu pada ulil amri yakni pemimpin di antara kamu. Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada al_Quran dan sunah Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagu kamu dan lebih baik akibatnya”
ingatan segar khatib di mimbar, jemaah mendengar khusyuk dan sabar

Benak terus mengasak, minda sesak dada sebak, bangsaku terus berantak dan bergolak
adakah ingatan di mimbar sekadar segar untuk didengar
dalam amalan diketepikan

Adakah al-Quran dan sunah jadi panduan ikutan
dalam mentadbir urusan harian, menunaikan tanggungjawab dan kepertanggungjawaban
pada amanah yang diserah

Kesyumulan tergugat andai hasad berselerat
limpahan hidayah rahmah tidak menjengah kehidupan ummah
jika panduannya disanggah

Mendabik juara untuk apa tika hati dipenjara duka
terpesona dengan habuan harta dunia
dengan kuasa pinjaman semantara
akan ditinggal semuanya

Syariat disekat dari limpahan nikmat
pertelagahan membejat cemburu hasad kesumat

Carilah jalan damai untuk melerai, serabut kalut dirungkai
bersatu bawah perlindungan wahyu
umat bersatu

Musuh terus bersorak, zionis terus mengasak
kuasa boneka dunia terus bersendiwara, saudara di Palestin Gaza, Myamar diseksa
diusir dari tanah tumpah terpaksa menyembah dalam hak diratah mamah

Hanya satu jalan menuju kemenangan
bersatulah umat bawah satu naungan perlindungan
naungan iman dan ketakwaan
kesyumulan Islam.

YHI
Segamat Johor
30112012

Purnama merindu

Purnama merindu

Akulah purnama merindu
yang merindukan sang pungguk
setiap waktu setiap saat
hanya dia yang kuingat
ahhh
alangkah indahnya
andainya dapat bertemu
bertentang mata
menghilang rindu

angin
bawalah rinduku ini
pada sang pungguk di sana
biar dia juga merasa
seksanya rindu ini

Sutra d'Jiwa
30112012

10pp: azan berkumandang

10pp: azan berkumandang

..ayuh sahabat kita kerjakan dulu solat, nanti sambung lagi mencoret...

CNM

Laut Kasih 242

Laut Kasih 242

kukucup
bibir rindu
hingga nafasku terkaku
wangian laut kasihmu
menyelinap menakluki sukmaku...

rindu ini kian memuncak.

CNM, 30/11/12, 6.50pm, THMK

10pp: dingin senja

10pp: dingin senja

...dingin senja mencambahkan rindu pada haruman wangian cinta kasih sayangmu.

CNM

LORONG-LORONG IMPIAN

LORONG-LORONG IMPIAN
Dalam perjalanan ini
pelbagai lorong berliku terpaksa dilalui
untuk menuju ke suatu destinasi
ada kalanya tersasar jauh
merempuh pagar kukuh
lalu tersungkur jatuh

Bangkit merangkak lesu
diiringi melodi sendu
irama gemersik syahdu
ada kalanya mendayu pilu
dengan longlainya langkah nan pincang
diiringi tarian gemalai nan sumbang

Semakin yakin kumelangkah
dari merangkak bertatih megah
jatuh-jatuh bangun berpimpin tongkat budi
bimbang tersungkur lagi

Kini barulah kutemui
lorong-lorong yang kucari
ramah di simpang sana
laluannya lurus dan rata
jalan terus mara
di hadapannya sebuah kota perkasa
di tengahnya sebuah menara waja
di belakang tampak berbalam banjaran gunung cita
subur dikelilingi pohon-pohon tinta
tekadku ingin ke sana

Semakin pantas kumelangkah
bak pendekar satria bumi bertuah
hasratku ingin ke sana
sebelum berlabuhnya tirai senja
sebelum kelam malam menerpa

Lalu kuhimpun segala pusaka
kutuai buah-buah permata
kukutip khazanah melata
kupetik karya sarjana
kucoret madah pendeta
dengan harapan semakin membara
semakin nekad untuk ke sana
kupohon doa restu Yang Maha Esa
moga hasratku ke lorong-lorong impian terlaksana

Idea:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
5 November 2010

PERSADA KEHIDUPAN

PERSADA KEHIDUPAN

Di persada pentas seribu warna
dalam meniti sebuah perjalanan mencari arah tujuan
merangkul kebahagiaan dan ketenangan kehidupan hakiki yang bererti
merempuh ranjau dan duri rebah bangun acap kali

usah kecewa kerana kegagalan
itulah perjuangan bukan karpet merah hamparan
semuanya ujian menguji ketabahan
kesabaran insani

bangkitlah dari lalai alpa
hentikan dari menadah harap bukan pada-Nya
arahkan kiblat hati tulus segenap laman nurani sukma
bukan sekadar mengeluh, tika resah membendang di hati
bukan sekadar mendabik hebat, tika pangkat harta menghisasi taman diri

pangkat harta akan kautinggal, nikmat dunia pinjaman semantara
kembalimu sekadar berbalut sekeping kain putih
di ruang sunyi gelap dan sepi

bila wajah hati ruang luas tidak pernah puas menguasai diri
bangga diri dengan apa yang dimiliki
nafsu akal yang bertingkah hawa mencengkam
jika ilmu amal tidak mampu menguasai
dengan iman dan ketakwaan
taksub riak jadi perhiasan

kita tidak mampu menongkat langit
memacak akar tunjang di perut bumi menentu pasti
kita sekadar hamba yang lemah dari seketul darah dan tanah
kembalilah rendah diri bertawakal pada Illahi
mencari keredaan dan jalan hakiki.

YHI
Segamat Johor
30112012

Penangan rindu secara tiba-tiba

Penangan rindu secara tiba-tiba

"Bila rindu bergelora di jiwa
ya Allah!
Sakitnya yang aku rasa
bagai dihimpit seketul batu di atas dada
dicengkam sebu di dalam minda
serba serbi rasa tak kena
terbayang wajahmu di mana-mana
pendek kata,
bernafas pun terhidu kewangian lavender
berperisa pudina
tubuhmu giur kasturinya
mendatangkan angau tidak semena-mena"

"Ahh!
Serba tak kena dibuatnya
bila rindu
menguasai deria".

ss/spl/pm ... 30/11/2012.

Alam Maya Yang Sunyi

Alam Maya Yang Sunyi

Sendiri
di alam maya
hanya komputer riba
berpapan kekunci
dan dendangan lagu
di dalam senarai simpanan
berkumandang
menemani
kembara di hati
berkalam
dunia sunyi dan sepi.

Merintih bersendiri.

ss/spl/pm ... 30/11/2012.

MAAF YANG TERBIAR

MAAF YANG TERBIAR

Bila engkau umpama hujan
guruh dan petir berdendang garang
seakan menyahut gema memanjang
lalu aku menjadi bumi
menyerap tiap titisanmu
dan dingin pun membungkus diri
gigil tika dinihari masih lena
dan siang pun masih mengeliat malas.

Tiap titismu penuh irama
tiap aliran ada makna
makna yang membawa harapan
harapan yang terbina sekian lama
dan nyata itu gagal
lalu membawa aku ke kubur kecewa
terkambus dalam lara yang tak pernah usai
dan bumi kembali kontang.

Hujanmu masih bertandang
namun dalam rinai gerimis
yang semakin menghakis
cuba membasuh semua cemar
biarpun cuma dalam segayung asa
sedangkan noda menjulang setinggi gunung
dan nyata pun kian menipis.

Pun gerimismu sejat di pinggir kata maaf!... .

Qalam Bertinta
30112012
1255

10pp

10pp

rindu
resah
debar
laguan hati
menanti detik nan satu

Cinta... :)

-LM/HN 30112012-

Semangat.

Semangat.

Semangat Jebat:
:Raja yang adil raja dijunjung
raja yang zalim raja yang disanggah
pertahankan maruah saudara
seadil-adilnya
agar terbela Tuah yang dianggap durhaka.

Semangat Tuah:
:Tidak Melayu hilang di dunia
selagi bernyawa jangan menderhaka
sekali raja dijunjung disanjung
selama-lamanya taat dan setia
tetap dilindung.

Semangat Penderhaka:
:si Mandeliar, si Kitol dan si Utimutiraja
mempunyai agenda menghancurkan bangsa
bersekongkol dengan penjajah berhati durjana
kepentingan mereka emas dan temboloknya
tanpa memikirkan nasib sanak saudara mereka.

Kekalkanlah semangat air yang ada
lambat laun akan terhiris batu berkuasa
lembut pundak ubun dititisnya,
jangan pula api dibuat saudara
tidak akan musnah zahir keujudannya
menambahkan hitam terpalit arang di dada
aib pula bersangkakala.

Semangat Melayu haruslah dipelihara.

ss/spl/pm ... 30/11/2012.

Ikhtibar Kejatuhan Melaka.

Ikhtibar Kejatuhan Melaka.

Melaka makmur
aman damai
pusat perdagangan dibangga
terkenal di seluruh dunia
sebelum kejatuhannya
ditawan Feringgi
terpalit aib zaman berzaman.

Melaka bukan jatuh kerana lemah kudratnya
bukan juga kerana keris dan lembing di tangan
ingin menentang senapang dan meriam berbesi waja
tapi kerana pembelotan
dan tamak haloba pembesar-pembesarnya
yang berhati busuk
berkepentingan di rusuk.

Wahai Melayu bukalah mata
jangan menghina kekuatan yang ada
sepatutnya bangga mempertahankannya
dengan bersatu hati sesama
dan bertolaransi di antara kita
bukannya berpecah dan berperang sesama kita
dan wujud semula
si Mandeliar, Si Kitol dan si Utimutiraja
mempunyai agenda yang direncana.

Wahai Melayu bukalah minda
bukalah mata berlapanglah dada
jangan pisang berbuah ke dua kalinya
nanti kerugian
berkurun-kurun lamanya
aib bernoda.

ss/spl/pm ... 30/11/2012.

11pp


11pp

Assallammualaikum
luangkan sepuloh minit
musnahkan tempat pembiakan nyamuk
sekitar rumah anda.

Assallammualaikum
luangkan sepuloh minit
musnahkan tempat pembiakan nyamuk
sekitar rumah anda.

PANJI-PANJI HARMONI

PANJI-PANJI HARMONI
Masihkah kauingat lagi?
cerita ngeri
13 Mei masih terpahat lesu
pada tugu yang layu

Masing-Masing dibelenggu keresahan
cuba menegak kebenaran
akibat terlalu asyik bermain emosi
membahang
bagaikan api
lalu membakar diri

Itulah cerminan kealpaan
setiap warga merdeka
yang baru mengecap angin kebebasan

Politik serta ekonomi
cuba dimonopoli
oleh mereka yang haloba
sentimen perkauman
kian menebal
lalu sukar dikawal

Hampir empat dekad kini
Melayu, Cina, India Dan Peribumi
hidup bersatu hati
demi negara bangsa
khazanah negara dikongsi bersama
dengan berpaksikan dasar ekonomi negara

Usah dinyanyikan lagi
lagu kelu tanpa nada
usah ditarikan lagi
rentak sumbang tanpa irama

Kita tegak berdiri
menyulam transformasi
kibarkan panji-panji harmoni
wawasan 2020 akan menjadi realiti


Ciptaan: Cikgu Muhamad Amin
21 April 2008

**sajak ini telah dipertaruhkan dalam karnival Lagu Puisi
peringkat Bahagian Samarahan. pada 22 April 2008.
Terima kasih kepada Cikgu Addy Shamsul atas kerja/bantuan yang diberikan.

SUATU PERTUNJUKAN SARKAS

SUATU PERTUNJUKAN SARKAS

Dalam suatu pertunjukan sarkas, seekor monyet menunjukkan kehandalannya melompat dari satu palang ke satu palang. Tiba-tiba tangannya terlepas daripada palang lalu terjatuh ke dalam kandang harimau.

Harimau itu mengaum dengan garangnya lalu cuba menerkam monyet itu. Monyet itu ketakutan lalu menjerit. “Tolong tuan, aku jatuh ke dalam kandang macan…”

Harimau itu tidak jadi menerkamnya lalu berkata, “Enggak apa-apa pak. Enggak apa-apa pak. Saya pun badut juga…”

Memenuh Sumur Bekalan

Memenuh Sumur Bekalan

andai panjang umur
tiada bertandang uzur
inginku beribadat dengan luhur
inginku selalu mengucapkan syukur
memenuhkan sumur bekalan ke alam kubur
menghadap janji-janji-Mu yang diatur
sesungguhnya hancur lebur
jika syariat-Mu gagal diakur.

Ya Rabbi kurniakan nur-Mu.

CNM, 30/11/12, 1.40am, THMK

KUALA LUMPUR : Angin-angin itu datang dari jauh

KUALA LUMPUR : Angin-angin itu datang dari jauh

Angin-angin itu datang dari jauh
membawa sebenderang khabaran dari kota yang berlumpur.

Kuala lumpur: kota mewah
begitu masyhur laksana kuala yang mengumpul lumpur
dihujani manusia-manusia yang membimbit anarki
moraliti, keilmuan dan keinsanan ditelanjangi teknologi
bersama lendir kahak liberalisasi yang membeli hati dan budi
lalu begitu lebatlah 'hujan dosa' menyinggah lewat senjanya

Kuala lumpur : kota alpa
lupa zaman buaian, orang muda melepas batuk di tangga, terlupa jasa
lupa zaman bermandi peluh, hingga hilang kudrat datang larat yang sarat
lama hanyut di tengah kota, budak mentah melihat dunia
lama terhimpit di pinggir kota, si arkordion buta menjual lagu nasihatnya
dari jauh aku menyambut berita dengan luruh rasa

Kuala lumpur : tinggal nama
di sana telah lama aku tinggalkan derita dan lara
di sini angin lebih mesra, membawa aroma jagung panas
segar dalam kehidupan petangku.


Angah Arie
Hujung Pena, Seremban
03032012 06:40

AYAH, ANAK DAN SIPUT BABI

AYAH, ANAK DAN SIPUT BABI

Seorang anak menjumpai seekor siput babi dan menunjukkannya kepada ayahnya.

Anak: Ayah, ini apa?
Ayah: Ini siput babi, nak.
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babi, sayang.
Anak: Siput apa?
Ayah: Siput babilah, sayang.
Anak: Siput apa?
Ayah: (tersasul kerana marah) Ini siputlah, babi…

BERTAPAK DI JIWA YANG LUHUR

BERTAPAK DI JIWA YANG LUHUR

Dalam kepayahan menungkik erti hidup
ada keliru yang semakin jauh
ada rindu yang semakin utuh
ada rasa yang semakin subur
berikanlah aku teduhan itu
bertapak di hati yang luhur

Perjalanan memikat cahaya, masih jauh.

.
Angah Arie
Diari Jingga Seremban
11042012 04:00

ILTIZAM



ILTIZAM

Andai berdirimu tidak sekukuh kursani
biarkan
kerana perjuangan tidak semestinya dengan kudrat
kuatkan iltizammu
pasakkan di mindamu
perjuangan akan tetap diteruskan
walaupun hanya bersendikan harapan
bertunjangkan keyakinan
namun percayalah
harapan dan keyakinanmu
pasti membuahkan kejayaan.

Qalam Bertinta
30112012
0052am.

Sedalam Kasihmu

Sedalam Kasihmu

rindu ini
hari ke hari
minggu ke minggu
bulan ke bulan
musim ke musim
tahun ke tahun
semakin mengatasi Mariana
ia sedalam kasihmu padaku...

CNM, 30/11/12, 1.07am, THMK

MENCARI MELODI DAMAI

MENCARI MELODI DAMAI

Dengan dendangan irama Gangnam pencetus kebingitan
disulami deruan jentera moden pemacu pembangunan
setiap warga penghuni kota metropolitan
rimas dan lelah dengan asap kelabu
nafas sesak di celah-celah jalur berdebu
anak-anak lemas di lorong-lorong becelaru

Lalu aku bertandang ke sebatang kali nostalgia
letaknya di pinggiran sebuah desa
dengan seribu keindahan santapan jiwa
burung-burung riang berseloka
puputan bayu dingin mengusap mesra
buih-buih putih menari gemalai rentaknya
airnya berkocak santun
membentuk riak-riak kecil beralun

Bunga-bunga teratai mekar menguntum
jelingan Pak Andak mengukir senyum
tiupan serulingnya sayu menggemersik
diselangi bunyi sang cengkerik
merdunya gesekan biola Pak Senik
di sinilah tertambatnya jiwaku
hening dan damai memikat kalbuku

Aku tercari-cari
seolah-olah ada kekurangan di desa ini
anak-anakku
ke manakah geranganmu?
kusapa seorang pak tua
sebatang cerut terselit di bibirnya
lalu katanya, mereka dah lama melangkah pergi
pergi menyahut seruan Pak Menteri
menikmati keenakan ayam Kentucky
belajar menekan butang LRT
tinggallah kami di sini
mengerah kudrat yang berbaki
demi menjamah sesuap nasi

Betapa sinis pak tua berperi
menjadi lemah dan longlai langkah kaki
irama damai telah kutawan
telah rapi dalam genggaman
terpaksa kulepaskan
lantaran bebanan yang tergalas sedia menanti
dengan izin Yang Maha Esa kita akan berjumpa kembali


Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian

KERANA AKU

KERANA AKU

kerana aku malam
engkau cari bintangmu
buat menghiasi langit mimpi.

kerana aku laut
engkau cari bidukmu
buat melayari samudera kasih.

kerana aku angin
engkau cari derumu
buat menghembus nafas rindu.

kerana aku cinta
engkau cari erti bahagia
buat mengapai keindahan syurga.

SRI MAWAR
Kuala Kurau.
Perak.
30 Nov 2012
12.18 am.

Pembelot, Penghasut dan Penderhaka Moden.

Kejatuhan Empayar Melaka. Pengajaran dan yang Tersirat.
March 27, 2010
Oleh Anak Waris

Gambar hiasan - Pelabuhan Melaka Dahulu
Melaka sebelum ditawan Portugis atau Peringgi ialah sebuah pusat perdagangan yang maju di Asia Tenggara. Semua masyarakat Melayu bangga dengan Melaka kerana pernah unggul dan mencapai kemuncaknya sebelum ditawan Feringgi atau Portugis. Kehebatan Hang Tuah dan Tun Perak, pencetus wawasan empayar Melaka, memeriahkan lagi sejarah kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.

Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara atau Sang Nila Utama dari Temasek (Singapura) untuk mencari penempatan baru. Melaka dinamakan sempena pokok Melaka yang diguna Parameswara untuk berteduh. Kerajaan Melayu Melaka akhirnya berjaya dibentuk oleh Parameswara, kesenimbungan dari kerajaan Melayu di Singapura.

Kota Melaka berjaya menarik pedagang luar datang berniaga termasuk utusan Maharaja China pada tahun 1405. Melaka berjaya berkembang sebagai pusat perdagangan sehingga Maharaja Cina mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah dan negeri Melaka sebuah kerajaan yang sah. Parameswara atau nama Islamnya Raja Iskandar Shah akhirnya berjaya menjadikan Melaka sebuah pusat perdagangan yang maju dan mempunyai hubungan luar dengan Cina.

Ringkasan pemerintahan raja-raja Melaka.

1400 – 1414: Raja Iskandar Shah (nama Islam Parameswara)

1414 – 1424: Raja Megat Iskandar Shah

1424 – 1444: Sultan Muhammad Shah

1444 – 1445: Sultan Ibrahim/Sultan Abu Sayid – dibunuh oleh pembesar Melaka akibat rasa tidak puas hati dengan pemerintahannya.

1445 – 1459: Raja Kassim/Sultan Muzaffar Shah. Melaka pernah diserang sebanyak 2 kali oleh Siam. Dipatahkan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah.

1459 – 1477: Sultan Mansur Shah – zaman kemuncak Melaka. Kegemilangan Tun Perak, Hang Tuah dan Sultan Mansur Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.

1477 – 1488: Sultan Alauddin Ri’ayat Shah

1488-1511: Sultan Mahmud Shah

Melaka mencapai zaman kemuncak kuasa ketika di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah dan empayar Melaka meliputi Semenanjung Melayu, Singapura dan Sumatera. Tun Perak sebagai bendahara pada ketika itu menjadi tulang belakang dan pencetus wawasan empayar Melaka.

Kejatuhan Melaka bermula semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Beliau naik takhta setelah ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia muda. Ketika itu Hang Tuah dan Tun Perak sudah tua. Ditambah lagi dengan sikap Sultan Mahmud Shah yang tidak elok, sedikit sebanyak menyumbang kemerosotan pemerintahan Melaka ketika itu. Kedatangan Portugis ke Melaka pada pada tahun 1509 tidak disenangi banyak pihak termasuk pedagang-pedagang Arab dan India Muslim. Ini ditambah lagi dengan sikap buruk orang-orang Portugis yang suka membuat kacau.

Menurut sumber Sejarah Malaysia, kedatangan Portugis awalnya dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab mendesak sultan dan bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru itu, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Feringgi atau Portugis dan menyerang angkatan laut mereka.

Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan kepada mereka. Setelah mendapati rancangan asal telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata ketika sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.

Pada tahun 1511, satu armada Portugis kembali dan menyerang Melaka setelah beberapa siri rundingan awal gagal. Asal sebab Portugis menyerang Melaka kerana penawanan orang-orang Portugis dan kepentingan Melaka kepada mereka setelah Goa, India. Serangan pertama Portugis gagal, tetapi berjaya menawan Melaka pada serangan ke-2. Sultan Mahmud Shah telah lari ke Pahang dan kemudiannya menetap di Pagoh.

Bagaimana Melaka yang begitu kuat telah kalah dengan mudah selepas serangan kedua Portugis? Mengikut sejarah peperangan seperti U.S.yang menawan Iraq, strategi peperangan yang baik tidak akan berjaya dengan mudah jika tidak dibantu dari dalam. Dalam hal ini, tentunya Melaka mempunyai pengkhianat/pembelot yang berpaling tadah.

Penulis yakin bahawa ada fakta sejarah yang telah disorokkan. Ada pihak yang tidak mahu masyarakat Melayu Islam tahu sejarah sebenar. Bangsa Melayu sememangnya lebih hebat dari bangsa Feringgi dari segi peralatan perang dan meriam. Mana mungkin Melaka yang pernah digelar ‘Venice of East’ ditawan dengan mudah?

Ingat lagi Melaka pernah diserang oleh angkatan laut dan darat Siam ketika Sultan Muzafar Shah memerintah? Dengan kekuatan armada laut dan darat Melaka, dipimpin oleh Tun Perak, Tun Hamzah (Tok Bongkok) dan Hang Tuah, mereka berjaya menggagalkan serangan Siam. Begitu hebatnya armada laut kita sehingga tidak dapat berfungsi menghidu kehadiran Portugis malah menhalang serangan kapal Portugis. Mana menghilangnya armada laut Melaka ketika Melaka diserang? Ada pendapat mengatakan mereka berpaling tadah dan bersama-sama menyerang Melaka.

Kesian Melaka, kesian Raja Mahmud Shah dan memang patut beliau mendapat balasan demikian.. Penulis tidak berkata demikian! Apapun semuanya telah berlaku dan pengajaran yang pahit terpaksa kita telan melihat empayar Melaka jatuh dalam sekelip mata. Bayangkan kesannya setelah habis perang. Harta benda dirampas, rakyat menderita dan dibunuh, perempuan/gadis Melaka dijadikan korban perang dan banyak lagi kesan yang boleh kita fikirkan apabila perang berlaku dan berakhir..

Terakol:
Mengikut sejarah ‘rasmi’, empayar Melaka mudah tewas kerana Portugis/Barat lebih hebat. Takkan hendak berlawan hanya bekal keris dan lembing? Melayu tiada baju besi, tiada meriam atau senjata api.. Itu kata masyarakat Melayu kita sendiri yang buta sejarah dan meperlekehkan bangsa sendiri.. Kaji dahulu sebelum ketawa!

Melayu ketika itu sudah pandai membuat baju besi.. Melayu juga hebat dengan peralatan perang.. dengan perisai baju besi, pemuras, terakol, istinggar dan meriam (Lela Rentaka).

Contoh pemuras. Sumber: wikipedia
Tidak masuk akal jikalau Melaka sebuah pelabuhan perdagangan serata dunia sebelah Asia tidak terdedah kepada teknologi terkini. Kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan Melayu nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol.

Meriam Lela:
Catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara.

Portugis sebenarnya dibantu oleh kerajaan-kerajaan kecil dari Siam, Jawa dan Sumatera yang tidak berpuas hati dengan Melaka dari dahulu lagi. Ditambah dengan askar upahan dari Goa, Siam dan Jawa serta bantuan pembelot dari dalam iaitu pedagang Jawa dan Cina, menambah kejayaan Portugis menawan Melaka. Siapa tidak kenal dengan pembelot Melaka, saudagar Jawa yang bernama Utimutiraja. Disebabkan rasa tidak puas hati dan inginkan emas dalam istana, dia mengarahkan hamba-hambanya yang seramai 5000 orang memihak kepada Portugis. Pendapat mengatakan Utimutiraja akhirnya dibunuh oleh Portugis kerana bimbang beliau akan belot kali ke-2.

Sultan Mahmud Shah juga tidak mementingkan kesejateraan rakyatnya. Semua perempuan cantik hendak dipunyainya.. Tun Fatimah, anak Bendahara Melaka yang cantik dicemburui sultan, telah berkahwin dengan Tun Ali. Akibat rasa cemburu dan tidak senang hati dengan tindakan Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan Tun Fatimah terlebih dahulu kepadanya, Sultan telah murka. Terlebih dahulu Datuk Mandeliar dan Si Kitol telah menghasut Sultan Mahmud Shah – masuk jarum.. Alahai sultan, mudahnya terpengaruh!!

Mengikut penulisan Kassim Ahmad tentang sejarah Melaka dalam buku ” Kekerasan Dalam Sejarah”, hampir semua sultan Melaka mempunyai isteri dalam kalangan anak perempuan bendahara, termasuklah Sultan Iskandar, Sultan Muhammad Syah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah. Atas sebab inilah, perbuatan Bendahara Tun Mutahir telah berlawanan dengan amalan kebiasaan yang mana beliau seharusnya memaklumkan/mempersembahkan anak perempuannya, Tun Fatimah kepada Sultan Melaka terlebih dahulu.

Kemuncak perselisihan antara Bendahara Wan Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah berlaku akibat difitnah oleh Datuk Shahbandar Mandeliar, Si Kitol dan Laksamana Khoja Hassan. Apabila kedatangan Portugis ke Melaka dengan tujuan berdagang, mereka telah disambut baik oleh Bendahara dan ini tidak disenangi oleh Datuk Shahbandar Mandeliar. Mandeliar berjaya menyebar fitnah kononnya Bendahara Melaka mahu mengambil alih takhta Sultan Melaka dan menyebabkan Sultan Mahmud Shah tidak berfikir panjang dan mengutuskan Tun Sura membunuh Tun Mutahir sekeluarga kecuali Tun Fatimah dan Tun Hamzah (masih kecil).

Akibat dari perbalahan dalaman ini menyebabkan sebahagian pedagang-pedagang tidak puas hati dan marah. Keadaan Melaka bertambah kacau apabila Portugis datang buat kali ke-2 dan melancarkan perang ke atas Melaka. Kekalahan Melaka ditangan Portugis banyak disebabkan oleh faktor dalaman.

Akibat perbuatan Sultan, fitnah dan rasa iri hati serta tamak menonjolkan watak pelaku seperti Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja sebagai pembelot.. Mereka inilah yang membantu Portugis masuk dari pintu belakang menyerang Melaka dan tidak dijangka oleh pengawal-pengawal kota Melaka. Ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada musuh dikalangan kita!

Teringat kembali teater Tun Fatimah Srikandi Melaka yang dipentaskan tahun lepas di MaTiC..

Sumber:-

1. Sejarah Melaka – Sejarah Malaysia.

2. Wikipedia – Kesultanan Melaka
3. Penyelidikan ilmiah.

Sekian dari Anak Waris.
http://resam-melayu.com/2010/03/kejatuhan-empayar-melaka-pengajaran-dan-yang-tersirat.html
===============================

Pembelot, Penghasut dan Penderhaka Moden.

Setelah usai petikan dibaca
terdetik di minda satu pertanyaan senada
wujudkah lagi si petualang bangsa?
Sanggup berkongsi cerita yang sama.

Adakah lagi pemegang watak si Mandeliar?
Wujudkah lagi si Kitol durjana?
Dan siapakah pula si Ultimutiraja?

Di zaman moden mereka mengukir cerita
memanjangkan sejarah yang telah sedia ada
dari kejatuhan Melaka berabad lama
hingga ke era terkini mereka berkira-kra
menambahkan derita
pada agama, bangsa dan negara.

Adakah lagi mereka di dunia?
Apakah melayu masih leka dan mudah terlupa?

ss/spl/pm ... 29/11/2012.

SENYUMMU DAMAIKU

SENYUMMU DAMAIKU

Kalau engkau tanya aku
apa yang kuingat tentang dirimu
sejujurnya banyak yang kulupa
cuma satu yang tak pernah terlupa
dari fikir dan ingatanku
adalah senyummu
kerana senyummu
mengundang sejuta damai di hatiku.

Qalam Bertinta
29112012
2231pm

8PP: Bila Engkau tersenyum

8PP: Bila Engkau tersenyum

Bila engkau tersenyum, seisi alam juga akan tersenyum.

GERUH DAN GUNDAH

GERUH DAN GUNDAH

Ada geruh pada wajah
ada halilintar menerjah
warna kelabu membias resah.

Setelah embun menitis pasrah
dedaun dingin berhelah
suria menyingsing awan terbelah
hari masih memeluk gundah,

geruh pada wajah
halilintar menerjah
wajah akan membasah
tatkala airmata tertumpah

masih, geruh pada wajah
airmata menunggu tumpah.

~Sekadar Catatan TintaMataPena ~
:AlangEynna::
Nov 29, 2012; 3:45pm

10pp: hadiah

10pp: hadiah

...siang menghadiahkan kita gelap malam untuk dijadikan teman menunggu esok...

CNM

ANAK-ANAK MALAM

ANAK-ANAK MALAM

Malam semakin larut
udara semakin dingin
dan jiwa-jiwa kelam beranjak dari peraduan

mengemis nasib di atas roda-roda sedan
mengais lapar dari sisa-sisa nasi kemakmuran
Teronggok dalam tong-tong sampah kemunafikan

Malam semakin dingin
Angin sepoi menyapu keringat kepedihan
Butirannya jatuh di atas debu
Terlentang pasrah dalam arus yang membius

Malam tiada bintang
Remang cahaya semaki jauh
Gelap menyergap di batas sunyi
Kesedihannya tiada bertepi

Hujan datang kian lirih
Deras menampar wajah bumi
Kepasrahanlah senjatanya kini
Menyonsong fajar mengintip mentari

8:33 PM. LA.helmijuned.291112

10pp: umpama

10pp: umpama

...malam tanpa purnama, umpama sang uda kehilangan kasih dara jelita...

CNM

10pp: terima kasih

10pp: terima kasih

....terima kasih sahabat, sudi memeriahkan laman,
tanpa kalian sepi thmk....

CNM

LARA BONDAKU

LARA BONDAKU

Benarkah kata mereka?
kautak mampu menjalar ke jagat raya
daun-daun fonologimu
mudah layu
dek bahang era globalisasi
Ranting-ranting morfologimu
mudah kaku
dek kehangatan arus teknologi
dahan-dahan sintaksismu
jadi lesu
dek kecanggihan ICT
pohon-pohon wacanamu
layu di perdu
dan mungkin tersembam menyembah bumi

Lantas kata mereka
Kaumudah dipersenda
Oleh anak-anak watan merdeka
lidah penjajah lebih bisa
yang mampu merencana
kekusutan ilmu kira-kira
yang mampu merumus terperinci
hipotesis di bilik-bilik ujikaji

Lalu tambah mereka
kauhanya pewaris budaya bangsa
yang teratakmu hanya terseksa
di persada penuh lara

Tidak, bondaku nan perkasa!
nenek moyang pernah berkata
misi dan visi 152
jelas tertera
telah dinobat
siapa yang khianat
pasti akan menerima akibat

Betapa bangga kurasa
pendokong berjasa
gagah berani bersuara
lantas berarak ke Istana Negara
menyatakan hasrat tersurat
demi menjamin bonda dimartabat

Bondaku takkan layu!
kaumampu meneroka samudera ilmu
setiap laungan bicara
akan bergema di setiap pelosok benua
akan dirujuk oleh para pakar dan sarjana

Usah berhati walang
tepis setiap langkah sumbang
setiap petualang yang datang
kita selesaikan di gelanggang muzakarah
kita selesaikan secara bermaruah
demi survival anak-anak bangsa
demi kedaulatan bumi tercinta

Ilham:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian

*DALAM KERINDUAN INI*

*DALAM KERINDUAN INI*

Telah kucuba
Melemparkan kenangan ini
Jauh ke balik gunung

Biarkan terbenam bersama mentari
Ke peraduannya.
Di sini…
Ada angin singgah bertanya khabar
Tentang keresahan yang luruh di hujung waktu
Kerinduan segera menerpa ke dalam diri
Ketika duduk di sebuah taman
Seorang perempuan muda
Memimpin anaknya berjalan di hadapanku.
Dalam kesunyian ditelan ilusi
Aku kembali menjadi hiba
Alangkah baiknya jika perempuan itu adalah engkau
Dan anak kecil itu anak kita.
Ah, sesekali aku jadi tak menentu
Barangkali ini hanya sebuah harapan
Yang tumbuh dalam keinginan
Kemudian patah di tengah jalan
Sebelum kita mengenal diri
Dalam usia semakin dewasa…

-29112012- shah alam
~di hujung kerinduan~

10pp: jernih mengeruh

10pp: jernih mengeruh

....wajah yang jernih, belum tentu tiada kelodak mengeruh di hati...

CNM

10pp: meragam

10pp: meragam

...komputer riba saya meragam,
masih dalam pembaikan,
jenguk sekejap laman...

CNM

Thursday, November 29, 2012

AROMA BAHASA

AROMA BAHASA

Cawan retak kian merekah
Mengalir titisan pada dinding pecah
Aroma bahasa segarnya diganyah
...
Dedahan rantingnya dipatah
Tunjang dimamah ratah
Tanpa rasa bersalah

Bangkitnya seorang wira
Pejuang perkasa pencinta budaya
Mengerah berbekal minda akal yang cekal
Mengatur khittah strategi berani dengan teliti
Menghimpun warga setia pelusuk negara
Dari Timur, Barat, Selatan dan Utara
Dari desa, kota ke Putrajaya

Berhimpun cerdik fikir
Buah minda dizahir
Persetiaan diukir

Yang tidur lena
Dikejut walau terpaksa
Biar lidahnya basah wirid cinta
Pada bahasa pusaka

Perjuangan belum berakhir
Ini satu permulaan susun atur gerak langkah
Agar bahasa bertakhta di istana indah
Mekar bercambah

Bahasa penjajah
Kita usir dari membasahi bibir
Hingga bahasaku tidak disingkir si mahir
Dalam urus tadbir

Wangian aroma
Bahasa bangsa kita bangga
Kita martabat kita perkasa ke taraf dunia
Melaluinya makalah ilmiah diterjemah
Khizanatulkitab bahasa meriah

YHI
Segamat Johor
28112012

Sejarah Berkata

Sejarah Berkata

Sejarah berkata bahawa adat perlu dijaga
sejarah berkata perjuangan bangsa perlu dibangga
sejarah berkata kemerdekaan negera perlu diwarisi anak bangsa
sejarah berkata pemimpin jatuh kerana alpa dan mabuk kuasa
sejarah berkata ketamadunan bangsa rosak binasa kerana lupa budaya
sejarah berkata untuk dikenali serata dunia contohi tokoh yang berjaya
sejarah berkata peperangan adalah pemutus tali silaturrahim sesama kita.

Aku berkata sejarah adalah pengajar yang ternama.

CNM, 29/11/12, 9.07pm, THMK

PROFESOR DENGAN PEMANDUNYA

PROFESOR DENGAN PEMANDUNYA

Seorang profesor yang terkenal seringkali diundang oleh beberapa buah universiti untuk menyampaikan ceramah. Semasa menyampaikan ceramah, pemandunya selalu duduk di belakang dan menghayati ceramahnya.

Suatu hari, profesor itu mengalami sakit tekak lalu meminta pemandunya menggantikan tempatnya. "Saya yakin awak boleh melakukannya."
...
Profesor duduk di belakang mendengar ceramah pemandunya.

Dengan penuh yakin, pemandu tersebut menyampaikan ceramahnya dengan amat berkesan.
Pada akhir sesi, seorang pelajar bertanya satu soalan.

Pemandu itu menjawab, "Ohh...soalan itu terlalu mudah. Pemandu saya di belakang sana boleh menjawabnya."

JALUR-JALUR HITAM

JALUR-JALUR HITAM

Anak-anak watanku
lihatlah dengan mata hatimu
jalur-jalur hitam itu
...
terhampar sayu
di sudut-sudut yang haru

Anak-anak pewaris bangsa
lihatlah dengan hati dan rasa
bersama titik-titik gerimis
yang mengundang tragis
angin semilir meribut pilu
siapa melihat pasti meratap sendu

Nadinya kian lesu
nafasnya kian sebu
hamparannya kian layu

Umpama rangka bernyawa
bersama jarum-jarum luka
melata di lorong-lorong duka
ranap sebuah impian ke menara kota
membawa melodi hiba
hilang merdu tanpa nada
dan rentak tarinya
sumbang tanpa irama

Wahai peneraju sanjungan budiman
agenda proaktif perlu disegerakan
jangan hanya bersidang dimeja rundingan
turun padanglah segera
detik-detik cemas mengundang bencana
jangan biarkan sang durjana
giat menabur benih-benih luka
ke muka pengadilan penentu bicara
ke tali maut pemutus kata

ciptaan:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian

S E S E K A L I

Teratai Abadi
S E S E K A L I

Sesekali ... pulang ke rumah diri
cari telaga wangi
...
hujankan mimpi-mimpi

sesekali
simbah musim dengan erti
tekuk mengenang segala sakit
butiran kristal bersungai perih

sesekali
hati dicium sore
bisik mengundang ke pangkal takdir
pernah hadir mengukir takwil

Sesekali
aku duduk-duduk tepian kali
merenung wajah di cerah alir
dan bertanya pada tafsir
ke mana hilang tahun nan getir.

Kekasih
bulan mungkin penuh
hati jangan runtuh
belai nurani melerai keruh
Engkau yang pertama
Engkau kurayu ke akhir darwasa.

Rindu!

~~~~~~~~~
:20121129,TA

Kembalilah

KEMBALILAH

Wajah redup langit
Suram membungkam kelam
Tanpa senyuman riang mentari
...
Membungkam sebalik selimut gelap awan
Bersama pekikan amarah guruh yang menakutkan
Sabung menyabung percikan api kemarahan halilintar
Pertarungan dendam kesumat awan
Pertembungan haluan

Limpahan tangisan kesedihan alam
Dalam kedukaan mengenang nasib anak bangsa
Sering bercakaran kerana takhta dan kuasa semantara
Hilang santun mulia warisan keperibadian mulia

Hangat kesat
Pertikaman lidah berhujah
Mengundang pecah belah dan rebah
Warga gelabah resah

Tuding menuding
Bagai satu dikri yang mesti
Kehilangan santun budi pekerti
Hasad dengki menjadi-jadi

Bangsaku
Baliklah ke pangkal
Keharmonian kita tabal
Kecapilah kebahagiaan dan kerukunan
Janakan perpaduan
Kembali kepada as-sunnah dan al-Quran
Sebagai panduan

Agamaku
Bahasaku dan budayaku
Kita pangku dan pacu maju
Kekeruhan dan kemelut kita sertu

Kembalilah
Kita cantum perca-perca pecah
Tegakkan panji-panji ini bawah naungan Illahi
Bawah payung wahyu
Kita bersatu


YHI
Segamat Johor
29112012

Malam yang muram.

Malam yang muram.

Petang indah
suasana kembali ceria
redup
...
awan bergulungan
bak payung
menaung ubun-ubun,

dedaunan berguguran
menutupi bumi
gugurnya kekeringan
petanda hujan
pasti akan bertitisan
menyiram,

menemani malam
dingin
menggigit tulang temulang
malam indah
malam berkasih sayang
bumi kebasahan.

Ahh!
Aku bersendirian lagi di pembaringan
muram.

ss/spl/pm ...29/11/2012.

~Renjisan Azimat Cinta ~

~Renjisan Azimat Cinta ~

Di pohon cinta merimbun
dedaunan rindu, mekar
di jambangan, disirami
...
keabadian yang tulus
dibelai dengan manja

di persada alunan buaian
cinta, bertiup sang bayu
menyapa kasih, di jendela
rindu, terbuka luas
menanti mentari

terpancar sirnanya kasih
germawan kerinduan
menerpa aksara, membisik
kalimah-kalimah cinta
syahdunya

bernoktahkan genggaman
rindu, menitip ruang kalbu
menghulur resapan cinta
menggapai impian, tika
renjatan cinta di lubuk jiwa

bersaksikan mega-mega cinta
akur janji kulafazkan, agar
irama nyanyian kasih, terpahat
sejati di hatimu, membuncah
angan rindu bersatu

mengintai di balik tirai
kasih, berseloka asyik dalam
kebahagiaan, mengucup
rindu di bahu asmara
cinta tersimpul rapi

di lautan cinta bersemarak
megah, bunga-bunga kasih
menguntum mewangi, dibajai
rindu, menganyam buih-buih
di permukaan percintaan

awana langit rindu berkasih
di bawah cahaya kejora
cinta, kesuma rindu menyelinap
sayu, tatkala usapan kasih
dalam dambaan

cinta fatarmorgana indah
menghiasi gedung rindu
yang mengunci kasih ini
dalam hati, menyentuh
sanubari

hamparan kasih lakaran
rindu, tercoret di dinding
cinta, merungkai gelisah
di dada, melerai sepi
kesunyian...

'Renjisan Azimat Cinta'...yang terindah di dakapanmu...

29hb Nov 2012 Khamis
5.15pm
SNQ ♥

*Matinya seorang aku

*Matinya seorang aku

aku tak peduli
Bara meleleh di telapak kaki
Pedih terasa tak terperi
...
Asal mati sebagai muslim sejati

Tahukah kamu,
dimana pun nyawa berhenti
yang tak dapat ditakar dan dibeli
Pasti di sisi Tuhan-lah semuanya kembali

Tujuanku hanyalah Allah,
kerelaan dan ridhanya yang kuharapkan
Keinginanku adalah surga,
sedang ia sudah dekat dari kedua pelupuk mataku
Karena itulah aku tidak peduli.

2:34 PM. LA.helmijuned 291112
* Judul diberi oleh Pendeta Bahasa

Terlanjurkah Aku Mencintaimu

Terlanjurkah Aku Mencintaimu

Dalam gerimis hatiku menghiris
Kenangan lalu mengabit deras bernak fikiranku
Saat bersamamu kini terukir hiba
...
Dalam sendu aku pasrah dirimu menjelma kembali

Mengapa diriku tak bisa melupakan kenangan bersamamu
Bersama susah dan senang dalam segala kemungkinan
Kerana diriku telah berjanji untuk mencintaimu selamanya
Namun sekadar janji yang tak mungkin menjadi realiti

Janjimu padaku sanggup mengharungi
Samudera dalam gelombang menghempas
Tapi ianya sekadar janji yang tiada penghujungnya
Rupanya gerimis mengundang hiba dalam kabus kelam

Kaucalarkan keikhlasan dengan keegoaanmu
Kaumeninggalkan diri ini disaat kasih sayangku mekar
Sakitnya..pedihnya..sampai hatimu
Mengapa diriku yang menjadi mangsa dalam percintaan

Aku akur dengan ketentuan itu
Susah untukku sangkal dugaan menghimpit diriku
Dan kini biarlah aku sendiri meneruskan hidup ini
Bersama hati yang terluka

Ketahuilah menyesalnya diri ini menyintai insan sepertimu
Dengan mudahnya kau melupakan diriku
Izinkan aku dengan relanya mengundurkan diri
Akan aku bawa hati ini jauh darimu

Selamat tinggal cintaku
Kudoakan agar engkau bahagia
Maafkan aku yang terlanjur mencintaimu..

..izasya..

Aku

 
‎~♥ Aku ♥~

Inilah aku
bercerita sendiri
berdiri tanpa tongkat
...
menagis tiada berlagu
gelisah menatap portretmu
melagukan setiap nukilanku
berlirikkan dengan di kelilingku
ingin aku engkau mengerti
semuanya hanya untukmu

Inilah aku
tiada yang peduli
seperti nisan tiada bernama
seperti bunga tiada harumnya
seperti kolam tiada penghuninya
seperti mana ...
dikau nilaikan
apa jua..
aku tetap dengan pendirianku jua ..

~ Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa
~ 29/Nov/2012
~ 02:13pm

Kadangkala

KADANGKALA

Dalam telaga penghidupan
terkadang jaringku menjerat alpa
melewati kegusaran nasib
...
mengaut sejuta rasa
pahit madu rencah dunia.

Kekadang aku berlari
mengejar masa yang lewat
kehampaan menambat
menjerat langkah
tersungkur di kalbu gundah.

Kadangkala lupa memagar diri
jauh dari prasangka
sandiwara hidup
adalah penentu segala
lakonan di pentas dunia.

Bila segalanya mungkin
kepahitan menjadi penawar
simpulan getir
menguat pegangan
kala lelayang jiwa mulai melayah.

SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
29 Nov 2012
12.38 pm

Mengintai Ilusi Mimpiku

MENGINTAI ILUSI MIMPIKU

Jendela mimpi
itu datang menghimpit
rindu yang tertusuk
...
merusuh di hati

kucuba mengintai kembali
ingatan mimpiku
tidak pernah terhenti
dari lelah jiwa
ilusi itu menjerat diri
dari lenaku
terus menjeruk rasa
bersama ritma alam

nyanyian malam
mengejutkan diri
dari melingkari mimpi
cuba mengurai siksanya
sebuah imaji yang tak pasti

Eytajms
29/11/12

Pantun darah mendidih

Pantun darah mendidih

Dedaun gugur jatuh berselerak,
embun menitis membelai pipi;
nafsu bergelora semakin marak,
...
menanti hadirmu di kamar sepi.

Dedaun gugur pepohon getah,
di atas bumi si anak benih;
tidak terkata hilanglah betah,
bila sang nafsu datang menyengih.

Aduhai!
Panas mendidih
aliran kasih.

ss/spl/pm ...29/11/2012.

(MENTARI DI HIJRAHMU)

‎(MENTARI DI HIJRAHMU)

Berat lagi mataku
saat mentari mengintai jendela hidupku
marahnya kedegilanku
...
pada sinarnya yang menyentap malasku
hujan kemarau melekangkan pudak tulang belulang
gagal aku menumpahkan kuah tradisimu moyang

aku yang mentah mentelaah hitunganmu
kukira kerasku dijalur warisanmu
rupanya rapuh berkepuh tiada teresap untungmu
aku yang akur terus terbuai kelekaan
tulang belulang takmampu kutongkat
makin berat keringat takbersuara
menitik takberhasil
cuma bertaik mata
tidur bagaikan ular sawa

sering terasa bagaikan dedaunan dialur sungai
bersandaran di bahu batuan
menunggu masa reput di hujung muara

untung mentari menyinari
menjerkah rakus
meronta katanya
seakan berkata seumpama wasiatmu
bangkitlah anakku buangkan degilmu
"setiap hari ada hari barumu
juangkan seterik mentari
ku doakan esok dan esok mentari hadir dalam hijrahmu"...

DARI: MAZZ C CARRY CINTA
D JENGKA12,PAHANG.

Dinda Bistari

DINDA BISTARI

debaran di hujung hati,
imbangi sunyi,
nan sepi,
...
di dalam dada ingati,
antunnya dinda bistari.

belaian jiwa nan murni,
indah berkalang sayang duhai dinda bistari,
seminggu dinda bistari menyepi diri,
tinta tangis di mata berkaca mengilaui,
aura pilu di kalbu dan rindu pun melambai,
resah kugamit tidak sekali terabai,
ingin jumpa dengan mu duhai dinda bistari.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Semporna,Sabah.
291112.

Selamat Pagi Dunia Seni

Selamat Pagi Dunia Seni

Salam ceria
salam seindah mentari pagi
menyinari
...
di jiwa sanubari
indah bersemi
di hati
digelangi pelangi
tatkala ubun-ubun masih kebasahan
dek dinginnya embun sunyi
melembabkan pundak yang masih basi
waima sang mentari
mula menari
membakar naluri
minda berilusi
melakarkan karya imaginasi.

Di jendela sepi
kulakarkan sebuah puisi
berungkapan salam
berucapan
selamat pagi dunia seni.

ss/spl/pm ...29/11/2012.

GANJILNYA KAMU

GANJILNYA KAMU

kalau kamu,
diminta berkata benar,
apa-apa perkara yang kamu tahu,
...
segalanya putih berkobar,
lalu kamu ikut jalan mendungu,
kemudian kamu ukir fikir meliar,
ganjilnya diri kamu,
memilih jalan ingkar,
kerana kamu sudah tahu,
apa yang benar,
yang kamu sembunyikan itu,
dari fakta benar membasi menjadi honar,
ganjilnya kamu,
ikhlas yang sajikan baik kamu pilih meliar.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu.
Semporna,Sabah.
291112.

PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB

PERSOALAN YANG BELUM TERJAWAB

Berhenti
mencari arah dalam paksi perjalanan
ketika kudrat upaya tinggal sejengkal
...
menyeret semua rasa kepayahan
yang terbeban di bahu persoalan
dan hidup pun semakin payah.

Melihat
perca-perca kehidupan
berserakan menjadi dosa
yang merantai setiap langkah
dan mimpi ngeri pun terulit
dalam jaga yang cuba menghimpun doa
doa yang hanya menjadi harapan.

Rebah
dalam sisa yang semakin ke penghujung
sekadar memerhati daun-daun dosa
bergentayang sambil bertepuk sinis
sedang doa masih dieja satu demi satu
dan di akhir kerlipannya mata
ada persoalan yang belum terjawab.

Qalam Bertinta
29112012
0943am

~ Titisan Cinta Seindah Rindu ~

~ Titisan Cinta Seindah Rindu ~

Dendangan kasih syahdu
menyingkap seribu kenangan
mengolah tenunan rindu
...
dalam tandu cinta, di jiwa
paluan sukma

cinta kasmaran bersinar
dalam pelupuk rimbasan
rindu, terbuai dalam keasyikkan
meronai warna pelangi kasih
berseminya di hati

di puncak kasih teguhku
di sini menanti, memintal
anyaman cinta agar
semarak kerinduan terus
menyelubungi asamu asaku

titipan terpupuknya rindu
terpahat di sanubari
tatkala gelodak kasih
membenam gelisah
kerinduan bertakhta

andainya gelung rindu
melimpah ruah kasih
yang disemai, benih
cinta kian mekar
di kalbu

bernoktah kerinduan
menjalar, menyusuri
dalam setiap hembusan cinta
menggapai impian di lubuk
kasmaran kasih

di hujung percintaan
resapan kasih bersulamkan
kesetiaan padu, kupetik
bunga-bunga rindu, lalu
kusematkan di pelabuhan ini

cinta bertitik-kan ketulusan
di persada rindu membuak
jendela kasih kubuka
menghiasi indahnya dalam
mahligai impian...

'Titisan Cinta Seindah Rindu'...bersatu jua di muara kasih...

29hb Nov 2012 Khamis
4.40am
SNQ ♥

Istikharah ~

~ Istikharah ~

Kutasdikan di sini
inilah yang sedang terjadi
ada rasa yang berbolak-balik
...
tarik-menarik, ketawa dan jerit pekik
antara hati dan perasaan
antara hasrat dan fikiran
diam, undur atau melangkah ke hadapan

Kuberi ruang laluan
hati, perasaan dan fikiran
bermuzakarah setelus dan sesempurna munkin
mencari hanya dan cuma satu
rumusan yang jitu dan padu
namun yang ditemui jalan buntu
dilitupi kabus berjerbu membuatku benak dan bisu

Hanya dan cuma kepadaNya
Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
akan kulaksanakan istikharah.

~msa:29.11.12 sk443 ~

DIALOG SETINGGAN

DIALOG SETINGGAN

Berperi sang isteri penuh sendu
lelah dengkurmu sesak nafamu
udara sebu biarku lap peluhmu
...
dengan tuala bacinmu

Antara pejam dan celik matanya
sang suami bertanya manja
masih jaga kenapa ditahan matanya?
nanti ketinggalan subuhnya

Tunggu sekejap lagi
resah anak kita bergolek kanan dan kiri
susunya habis sebentar tadi
hutang lama masih berbaki

Susu cap junjung kan masih ada?
bancuhlah dulu buat sementara
sarapan kita roti keringpun tak apa
esok jumpa tauke Baba

Abang, nasib kita sampai bila akhirnya?
sabarlah, pintu usaha masih terbuka
kita cubalah nasib di sana
Insyaallah, selagi kudrat masih ada
derita kita hanya sementara

ilham:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
29 November 2012
See more
DIALOG SETINGGAN

Berperi sang  isteri penuh sendu
lelah dengkurmu sesak nafamu
udara sebu biarku lap peluhmu
dengan tuala bacinmu

Antara pejam dan celik matanya
sang suami bertanya manja
masih jaga kenapa ditahan matanya?
nanti ketinggalan subuhnya

Tunggu sekejap  lagi
resah anak kita bergolek kanan dan kiri
susunya  habis sebentar tadi
hutang lama masih berbaki

Susu cap junjung kan masih ada?
bancuhlah dulu buat sementara
sarapan kita roti keringpun  tak apa
esok jumpa tauke Baba

Abang, nasib kita sampai bila akhirnya?
sabarlah,  pintu usaha masih terbuka
kita cubalah nasib di sana
Insyaallah, selagi kudrat masih ada
derita kita hanya sementara

ilham:
Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
29 November 2012

 
 
 

MEREDAH LANGKAH BAYANGAN

MEREDAH LANGKAH BAYANGAN

Surutkan langkah
dalam jerat mengheret
debu jalanan bertaburan
...
tempias menjadi luka
kaku terhenti

Langkah kian goyah
meniti rasa
tanpa menduga
bisikkan malam
menyapa
menyingkap bayangan
tersimpan
nada sendu
tersembunyi

meredah tanpa peduli
walau ribut mendayung diri
dalam kemarau beralih musim
hilang kewarasan
jejak menghilang

Eytajms
HAKCIPTA
Mashitah Dahalan
29/11/12
JAM 1.10 AM

CATATAN ORANG KECIL

CATATAN ORANG KECIL

Kuyup jiwamu direnyai pandangku
tangan nafsu terharus jauh menenggek rimbun
hayat senafas diam tertusuk satu persatu
...
pun, masin tegarmu membidai hidup

di mimbar kuasa kaumenyeru si bala tentera
memanggang takdir dengan gaya nan penuh pesona
vokal mendayu berkepak ranting di tinggi mahu
intan pun melentur, arah telunjuk tidak tercebur

duhai betara orang budiman
memasang hasrat jangan tergadai kampung halaman
telanjanglah hari tuturmu simpan dalam acuan
tolehlah kelmarin manalah tahu anakmu tertinggal?

Di tengah rimba puisi
aku cuma pucuk hijau melata sendiri
selirat akar telahku sepuh menduga hakiki
semoga tuan tidak tersentak dalam naluri

cuma katakulah
kata orang kecil
di balai rong sedang diskusi
di pojok sunyi mata menatap menatah ambisi

kita tunggu saat berdebur
hitung terpalung dendamnya ampun!

~~~~~~~~~
:20121128,TA

~ Bisikan Kasih Sendu ~

 
‎~ Bisikan Kasih Sendu ~

Di malam yang dingin sepi
menyelinap rindu semalam
menghembus kasih aksara
...
membuai telapak cinta
kasmaran

berjurai tangisan sendu
menongkah renjatan pilu
menerjah kesuma cinta
membisik azimat rindu
disapa kasih bertamu

dipenjara dalam relung
rindu yang mencengkam
merintih kesunyian, saat
bayangan cintamu, masih
kunanti

di mana harus kujejaki
cinta yang dulu, mendakap
mesra kasih, di pintu rindu
kala renjisan-renjisan
percintaan, menyelubungi
asa resahku

di lautan perkasihan ini
diduga onak berliku, diterjah
biasan rindu, menusuk belati
hati, teresak sendu dibiar
sendirian

kelesuan meniti hari tanpamu
seolah tiada lagi denyutan
nadi, keindahan cinta jadi
suram dan kelam, tanpa
irama senandung kasihmu

di pohon rendangnya kasih
kejora cinta ini tetap berseri
biarpun didera rindu bertalu
tabah jua kuhadapi, berkasih
di istana impian...

'Bisikan Kasih Sendu'...diselimuti cinta saktimu...

28hb Nov 2012 Rabu
11.46pm
snq ♥

Kita yang terlupa tentang janji tetapi menuntut janji bila mata terlihat yang indah kerana kita sering lupa.

Tajuk Puisi : Kita yang terlupa tentang janji tetapi menuntut janji bila mata terlihat yang indah kerana kita sering lupa.

Yang terindah tak akan mampu terakam dek mata
kerana ianya milik sanubari bertatu pujian pada Ilahi.
Kadang mata menipu fikiran yang dikendalikan nafsu
...
kadang nafsu pula membohongi mata, meracuni fikiran
dan perasuk mulai berseronok.

Lalu kita di sini, masihkah memateri janji?
Atau telah luput tentang satu cerita
tercatit rapi pada helaian kertas kanji
berkepuk di atas gobok mungkin,
ya, kita lupa di mana letaknya.
Ingatlah si perasuk tak lupakan janjinya!

2342 28112012
Tabir Khaizuran
Kg Tengah Puchong

Wednesday, November 28, 2012

NAFAS SETINGGAN

NAFAS SETINGGAN

Suatu malam nan kelam
tiada kilauan lampu neon
ku selusuri denai dan lorong
hamis dan bacin menusup hidung
longgokan kantung-kantung hancing
berpesta riang sang anjing

Amat membingitkan deruan generator
dapat menikmati dinginnya air refrigerator
dapatlah menghayati rancangan ASTRO
terlepas rimas dek nyamannya pendingin udara
namun, tidurnya resah dibuai mimpi lara

Di ruang tamu anak-anak bersorak keriangan
lapar dahaga semua di atas meja sajian
dapat menghayati saluran kegemaran
namun, di luar sana semua dilanda keresahan
nafas sebu dek udara persekitaran

Kami bukan papa kedana
ruang tamu kami semuanya ada
setiap sudut aneka rupa
setakat vios atau camry
semuanya mampu kami miliki
cuma kerenah birokrasi
setiap borang lengkap diisi
namun, mereka hanya berperi
tunggu sain Pak Menteri
kini sibuk di luar negeri

Beginilah nasib kami
menumpang kasih di negeri sendiri

Ilham:
Muhamad Amin

Puisi : Pabila Ratu Malam Menitah Rasa

Puisi : Pabila Ratu Malam Menitah Rasa

Kenapakah entah semena?
bintang melangit redup cahaya
kelu membisu seribu bahasa
tatkala ratu malam hadir bicara
mencelak malam bertatah pesona

menutur hikayat purbani untuk dirasa
melaksa gebuk rindu alam semesta
berkias madah mendamai sukma
berdiksi asyik belaian asmara
hingga merona para dewi cemburu buta

sekian lama hadirmu kupinta
hanya kini bersimpuh manja
menyulam cindai mahar berharga
melarik madah menggunung asmara
bersemi nawaitu mahligai bahagia

pada cinta yang kini bertakhta di mata
fatwa serikandi pujangga menoktah makna
tertib mencerapi tanpa silau bersangka
agar senandung rindu yang melaut bergema
melabuhkan mimpi terindah menyapa lena….

Nukilan :
Din Kelate
13 Muharram 1434 H
28 November, 2012 M

BAHTERA KEHIDUPAN

BAHTERA KEHIDUPAN

Hidup bagai bahtera
Belayar meredah lautan luas
Dalam tenang dan gelora mengganas
Siang atau malam kelam
Dingin dan panas

Nakhoda
Perananmu besar
Kendali dengan sabar
Haluan jangan tersasar
Hilangkan gusar

Pelabuhan
Destinasi tujuan
Punggah masuk muatan
Bekalan makanan

Kelasi yang cekap
Berilmu lengkap mantap
Mampu diharap
Kerja siap

Pasang surut mainanmu
Bulan bintang dipandu
Tengah lautan biru
Tiada ragu di kalbu

Tika gelisah
Pada-Nya berserah
Ikhtikad jangan pecah
Iman digugah
Cambah.

YHI
Segamat Johor
28112012

Salam selamat malam

Salam selamat malam

aku mulakan dengan salam berpantun,

Salam muhibah salam perpaduan,
Salam seiring salam sesama Islam;
Salam ukhuwah salam seperjuangan,
Salam diiring salam selamat malam.

Aku sambungkannya dengan bersyair,

berjumpa lagi di lain hari
di waktu mentari menampilkan diri
di fajar pagi embun meniti
andai diizini Allah SWT sehari lagi.

Dan kuakhiri dengan ucapan,

assalamualaikum
izinkan aku mengundurkan diri
semuga dapat
kita bersua di lain hari.

ss/spl/pm ... 28/11/2012.

RESAH SETINGGAN

RESAH SETINGGAN

Tolonglah kami wahai Tuan Penguasa
Kami perlu ruang dan masa
cukuplah seminggu cuma
kami perlu cari tumpangan sementara

Harta kami bukannya ada
hanya peti sejuk yang kurang dinginnya
mesin basuh yang kurang putarnya
set TV yang kurang warnanya
tanpa ASTRO dan parabola
tempat cangkung dan bersiram di luar sana

YB dan menteri sudah kami jumpa
cuma kata mereka
sabarlah dulu
kami akan buat apa yang perlu
akan dibincang dalam mesyuarat
bersama ahli korporat

Lalu kata mereka
ada konglomerat luar negara
mahu melabur wang berjuta
mahu membina kilang baja urea
anak-anak kita pasti gembira
ada peluang dapat kerja

Esok datang jentolak raksasa
operasi perlu dibuat semerta
kalau tidak rugi wang berjuta
kemaslah apa yang ada
sedialah berpindah segera
kalau lewat musnahlah semua

Ilham:
Muhamad Amin
SMK Serian
31 Mac 2012

Biar Kupugar Hanyir Hatimu

Biar Kupugar Hanyir Hatimu

Andai dilahir busuk hatimu
cucikanlah...

Andai dididik buruk lakumu
ubahkanlah...

Andai diserap hasad batinmu
bersihkanlah

Andai tercemar budi luhurmu
cerminkanlah
rawatilah
belaikanlah
sematkanlah
...keutuhan jiwa yang tenang

semoga dirimu sentiasa diberkati
kuiringi doaku bersama atur langkahmu teman
kerana engkau adalah pelengkap bagiku
terusik dirimu
sakitlah juga hatiku...temanmu.

ICT~berlagu sugul di hatiku...Espie

SEKETIKA DI PANGKALAN FERI SUNGAI BULOH

SEKETIKA DI PANGKALAN FERI SUNGAI BULOH

Feri berlepas
di celah-celah arus deras
air mengalir ganas

Para penumpang silih berganti
tenang berdiri
menggalas seribu harapan

Destinasi idaman
selamat sampai tanpa rintangan
Itulah nikmat politik pembangunan
kalimat keramat menjadi pegangan
setiap peneraju budiman
hasil perancangan berstrategi

Umpama sebuah ilusi
persada luas mampu diharungi

Serangkap madah penghargaan
ikhlas kami utuskan
cetusan rasa rakyat berwawasan

Karya:Muhamad Amin
Pengkalan Feri Sungai Buloh
22 mac 2008

Bunga-bunga Cinta

Bunga-bunga Cinta

salam rindu buatmu sayang
salam kubingkis bersama harapan
bunga-bunga mekar hiasi taman
cantik, indah dan menawan

bunga-bunga cinta diutuskan
pada bayu sore kukirimkan
bersama segugus harapan
moga ikatan kita berpanjangan

isma_iaf .. 28/11.2012

Kadang-kadang.

Kadang-kadang.

Kekadang aku pelik dengan sikap manusia
bila kita ajak melakukan kebaikan
menyeru dalam penulisan berbunga kebahasaan
bermadah dalam tulisan berlapis-lapisan
dipandang sepi bagai tiada pahala yang akan kedapatan
namun bila dikongsikan pula
bahasa-bahasa dan madah kecintaan
berduyunlah pula datangnya mereka bertebaran
bertaburan
terkadang tanpa kita beri undangan,

ahh!...pelik aku
dengan nilai-nilai tatasusila zaman sekarang.

Jom!...kita makan dulu.

ss/spl/pm ... 28/11/2012.

22pp: K.T.M Bukan Keretapi Tanah Melayu yang ingin kukata tapi umum mengetahuinya Kuda Toto Magnum hari ini cabutannya, orang-orang jabatan agama segeralah meninjau premisnya. ss


22pp: K.T.M

Bukan Keretapi Tanah Melayu yang ingin kukata tapi umum mengetahuinya Kuda Toto Magnum hari ini cabutannya, orang-orang jabatan agama segeralah meninjau premisnya.

ss

Bukan Keretapi Tanah Melayu yang ingin kukata tapi umum mengetahuinya Kuda Toto Magnum hari ini cabutannya, orang-orang jabatan agama segeralah meninjau premisnya.

ss

CERITA KUDA

CERITA KUDA

Kisah kuda kita paparkan
Menarik perhatian juga tumpuan
Di dada akhbar kita saksikan
Peranan kuda jadi sajian

Binatang besar berkaki empat
Pantas gerak tangkas cepat
Kenderaan tunggangan penglima hebat
Dalam peperangan sukar disekat

Kuda kepang penyeri majlis
Dibuat dari buluh yang nipis
Kuda-kudaan penunggang magis
Keadaan mabuk berwajah bengis

Jangan jadi kuda kayu
Kias umpama orang yang dungu
Mampu bergerak tetapi kaku
Mata bebas berminda beku

Kuda menguda bukan cereka
Satu realiti di alam nyata
Punya muslihat punya agenda
Hilang sopan hilang susila

Lumba kuda sukan saranan
Bina kesihatan bina ketangkasan
Jangan sampai salah tujuan
Jika diselit unsur perjudian

YHI
Segamat Johor
28112012

Persambungan bulan-bulan cinta

Persambungan bulan-bulan cinta
hanya satu bulan mengecewa…

~♥ Bulan Cinta Bulan Asmara ♥~

J angan jangan jagan dikau bermain kata-kata
A ndai kata cinta itu benar aku terima seadanya
N escaya itu yang dikau mahukan
U ntuk mencapai mahligai bersama
A ku dan engkau kita bersama menempuh dugaannya
R ela aku korban kerana cinta
I tulah batara cinta setiaku buatmu



F alsafah cinta bukan di bibir atau di kertas putih sahaja
E ngkaulah senantiasa menjadi pelita di hati kosongku
B induku amat ketara hingga kini
U untuk menyunting sebuah hati yang aku sanjungi
A tas nama cinta
R intangan akan kita lalui
I tulah dinamakan cinta setia kita bersama



M ungkin ini diperlihat mereka bertapa edannya aku
A tas segala perlaku dan sifatku kerana cinta terhadapmu
C etusan setiap hembusan lafasan itulah kata hatiku sebenarnya



A pakah harus dikau nantikan
P erlukah dikau nantikan sebuah bukti
R isilah sebuah cinta nan suci dan murni
I si kandungan sudah dikau mengerti
L aksanakanlah dengan abadi …





M esranya bagaikan menari di awangan
E stika cinta bak sebuah rubsyah tidak dapat diimaginasikan
I stilah cinta dan bakti Romi buat keksaihnya Juli



J entera kasih mengayuh tanpa hentinya
U mpama enjin ferrari berdesut dengan lajunya
N escaya inilah dikatakan cinta cinta cinta



J eram yang jujai
U pam bak permata
L ingsir sang suria
A nyar wulan bagaikan pelita hatiku
I nikah dinamakan cinta?



O bor cinta dinyalakan di sana dan di sini
G haflahkah dengan setia janji diberi
O h kekasih hatiku yangku puja
S esuci embun pagi tidak dapat dibandingi



S eruling emas bercanang tiga
E dan bukan alpa juga tidak
P asrah dalam setiap langkahku
T empias dalam kata-kata cinta murni
E ngkaulah yang aku puja
M elambai-lambai daku di sini aku terbayang
B ertapa berat aku rasakan
E mpunya jiwa bak kasturi
R ubsyah bukan realitiku inginkan



O h kekasih Aria Ningsun
K au kupuja di atas altar
T aburan mewangi kelopak kasturi
O bor dibakar kelilingi penjuru kasih
B erikan waktu kita menyelam
E ngkau dan aku kita bersama
R isilah cinta restui hakikat sebenar



N escaya dikau permainkan cinta
O leh itu dikelilingi dusta dan nista
V ery good aku berkata
E mpunya diri apa aku kesah
M emperolehi pelajaran namun cetek fikiranmu
B erilmu tinggi tapi rendah aku lihat kini
E ntahlah ini dinamakan CINTA?
R indu? Aku tidak mahu lagi



D I sinilah aku menanti
I ntaikan cinta abadi
S ejanak aku menyeru namamu
E ngkau terkhayal sementara
M emberi maksud di dalam jiwa
B eribu tahun tidak akan gugurnya cinta
E ngkau akan tahu apa maksudku
R embulan bercahaya menyinar segalanya



~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa

~ 28/Nov/2012
Namamu Di hatiku..

Izinkan namamu selamanya terpatri di jiwaku
Andai itu suratan dan kebetulan
Melanda antara engkau dan aku
Hadirmu tidak pernah aku mahukan

Pergimu tidak pernah aku relakan 
Kerana sesuatu yang indah pasti tidak kekal lama
Kerana seringkali bertukar musim
Namun percayalah hati dan jiwaku

Tetap seperti adanya aku
 Kerana aku tetap aku yang engkau kenali dahulu
..izasya..

Aku Bahagia

Aku Bahagia

Setahun duka
hilang sesaat detiknya
engkau menjelma
di hadapan mata jua
bahagia
di hati bergema
berona cinta
bak titian hasrat bergelora
berdakapan kita
mesra
berkucupan minda
bertali arus tiada hentinya
deras alirannya
sehingga
lenyap bebatuan tajam meluka
hilang sekelip mata
di dada
yang pernah terluka.

Engkaulah yang aku puja.

ss/spl/pm ... 28/11/2012.

PERANTAU DI BUMI ARABELLA

PERANTAU DI BUMI ARABELLA
(BUAT NUR AMALINA DI JORDAN)
Setelah sekian lama
menyemai benih-benih cita
lantas bercambah tunas-tunas cinta
di pintu sanubarimu sudah kukuh bertakhta
sudah terpahat megah pada tugu bersendi permata
sehingga lunas sebuah program penjana minda
secara diam-diam kausiram dan baja
segugus impian waja
berbekalkan secebis nota
dengan segulung diploma
kaunekad mahu ke sana

Seribu liku payah kauharungi
onak dan duri tabah kautempuhi
jagat raya megah kaurentasi
samudera luas mudah kau renangi
gagah berani persis pejuang serikandi
semangat kental jiwa Mahsuri

Bertarunglah wahai puteriku
pena mutiara itulah senjatamu
medanmu dilatari hamparan permaidani ungu
berdiri megah di persada IPT
menara Yarmouk bisa kau takluki
keringat lelah bersulam dedikasi

Dengan iringan sejambak doa
bersama rindu dendam adik-adik manja
usahlah dipersiakan harapan mereka
setelah kaugenggam segala nilam permata di bumi Arabella
kembalilah dikau semula
menyahut lambaian bumi satria
menabur bakti semampunya
kemurnian restu ayah dan bonda
memohon limpah keredhaan Yang Maha Esa

Ilham:
Muhamad Amin Bin Bacho
KLIA Sepang,
17 September 2010

Bahagia Selamanya.

Bahagia Selamanya.

Semalam akhirnya janji dikota
berdua berganding duduk di pelamin
sambil menjeling kita bersanding
senyuman terukir cinta terzahir,

kompang dipalu tanda mengiring
berpimpin tangan jalan seiring
sepasang pengantin ikatan terjalin
diarak saudara bersorak gembira,

usai bersanding turun pelamin
menuju ke meja acara seterusnya
makan beradap tanpa berhijab
suapan pertama terjalin mesra,

penat bersanding tidak terkira
selesai acara sanak saudara mengena
periuk belanga berbunyi bersuara
bersingsing tangan pengantin bergelumang,

sebagai simbolik
rumahtangga tidak digoyah
diduga.

Pelaut Malang...281112.

TABIAT MIMIE

TABIAT MIMIE
Mimie mempunyai tabiat suka menghisap jari. Walaupun selalu ditegur oleh ibunya, namun Mimie tetap dengan tabiatnya. Lalu, kata ibunya.
Ibu : Kalau Mimie selalu hisap jari, perut Mimie akan jadi buncit lalu meletup.
Mendengar kata ibunya itu, Mimie terus mendapatkan kakaknya yang sedang mengandung tujuh bulan.
Mimie: Haaaaa….Mimie tau apa yang telah kakak buat, sebab itulah perut kakak jadi macam yang mak cakap tadi.……
Kakak terpinga-pinga.

Fakta bukan Auta 6



...kedukaan yang berlarutan tidak akan mengubah apa-apa, ia hanya menambah buruk keadaan...

CNM

Dia



Dia

dia
anak istimewa
suka duka
tawa ria
jadi penawar meniti masa...

dia
anak istimewa
anugerah yang Esa
amanah kujaga
selagi ada nyawa...

dia
anak istimewa
harta kami sekeluarga
amanat kubela
selagi ada upaya...

CNM, 27/11/12, 8.37 am, THMK