Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, October 15, 2012

SEMPORNA YANG PERMAI

SEMPORNA YANG PERMAI

Sesepi manapun rindu di hati
Esak tangis kerinduan tetap mengiringi
Melalui jalan batu-batu kelikir ini
Pasti terasa sayu meluluh kias memaki
Orang kita terlalu lama terabai
Ribuan kembang harumkan diri
Nantikan titis dingin mata air di perigi
Agihkan sisa-sisa kasih tanpa sanjung pertiwi.

Yang permai ada di setiap pelusuk
Agungkan diri dari memaki
Namun segalanya kini hati telah terusik
Gagah juangnya seperti hidup dalam mati.

Permai ada di Semporna
Enggan tonjolkan diri merona
Riak berkocak di kulit laut berupa-berupa
Malam menjadi malas mengutip suria
Aman memaut damai tak terlupa
Ingat dalam jaga di dalam tidur mimpi berbeza.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Semporna,Sabah.
151012@1126hrs(Isnin).

No comments:

Post a Comment