Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, October 25, 2012

RIANG RIA PAGI RAYA

RIANG RIA PAGI RAYA

Tua muda riang ria
Baju baru aneka warna
Teluk belanga kurung kebaya
Wajah ceria segak bergaya

Hari raya menyapa lagi
Berduyun ummah pagi hari
Naik kereta berjalan kaki
Masjid surau tujuan destinasi

Gema takbir meresap di jiwa
Memuji Allah yang Maha Esa
Di kotaraya juga di desa
Sanak saudara bersalam mesra

Kambing lembu tambat di taman
Seusai solat ibadah korban
Banyak hikmah juga pengajaran
Tuntuan sabar nikmat iman

Di sudut hati terkenang bonda
Hendak balik tidak berdaya
Kerana terpisah lautan China
Cutinya singkat tidak lama.

Dari jauh kupohon ampun
Sepuluh jari anakanda susun
Dalam diam kami tekun
Restu bonda subur merimbun.

Yhi
Segamat Johor
25102012

No comments:

Post a Comment