Mutiara Dalam Hujan..
Saat dan ketika ini
hujan mencurah-curah turun
hadirnya tak diundang
mengusik lamunan
Berkocakan air di tasik
berkocakan jua di hatiku
rintik mengalun indah
percikannya membias raut wajahmu
Bagai tersenyum bayang di air
memandangku
dalam diam aku duduk melihat
penuh gelora mengundang rasa
Tunggu aku di situ
jika kaumahu
nantikan sahaja di tasik itu
hayati sebening mutiara dalam hujan
kerana akan kudatang
memberikan engkau kemilau mutiara
bila hujan kembali reda
~amran azahari~
02 Okt 2012 – 05:10pm.
Berkocakan air di tasik
berkocakan jua di hatiku
rintik mengalun indah
percikannya membias raut wajahmu
Bagai tersenyum bayang di air
memandangku
dalam diam aku duduk melihat
penuh gelora mengundang rasa
Tunggu aku di situ
jika kaumahu
nantikan sahaja di tasik itu
hayati sebening mutiara dalam hujan
kerana akan kudatang
memberikan engkau kemilau mutiara
bila hujan kembali reda
~amran azahari~
02 Okt 2012 – 05:10pm.
No comments:
Post a Comment