LIHATLAH KE DALAM DIRI
Lihatlah,
Impian yang kita ada,
Hangat tanpa benih bercambah,
Asak ke dalam diri berjiwa hamba,
Tidak mengerti menoleh,
Lantaran kebiasaan buta cinta,
Akibat jantung dan hati telah merekah,
Hentikan menyayangi saudara.
Kekadang kita alpa,
Esok adalah detik permulaan kita belajar pelupa.
Dalam samar tanpa khabar,
Ada khabar tidak dikobar,
Lebihkan kedunguan dari belajar menjadi diri pintar,
Abadikan yang honar menerjang sabar,
Mesra dan damai di laman rumah menjadi hambar.
Diri adalah api,
Indah kerana jasa,
Ramah menjadi mesra lantaran budi,
Ikhlas melihat ke dalam diri menilai jangan menjadi hamba.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
121012@0148hrs(Khamis).

No comments:
Post a Comment