Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 2, 2012

kupulangkan sarungmu semula

kupulangkan sarungmu semula

wahai keris sakti
berlok hitam
bertitik jingga
bersepuhkan emas di bingkainya! ... .

kupulangkan semula
sarung keramatmu
agar bersatu azimat dan mantara
berasap kemenyan bertepakkan bara

engkau dan dia - akral terbela
dimatrai janji ikatan setia
semuga selamanya - kamu bahagia
sentiasa berdua - ke akhir masa

kerana aku ... ,

aku sudah muak
dengan kerenah sarungmu
yang tidak tahu apa itu setia
tidak tetap - jua ... pendirian di dadanya.

spl...02102012

No comments:

Post a Comment