Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 10, 2012

Katakan Padaku

Katakan Padaku

Katakan sahaja
aku ini mengganggu ketenteraman dirimu
dengan segera akan aku berlalu pergi
dari berterusan menagih
dan mengharap simpati kasihmu
seumpama seekor sesibur
hinggap di reranting pohon
ditiup angin - bergoyanglah ranting
dengan segeralah ia, mengibaskan sayapnya
dan berlalu pergi, sejauh - selaju kibasan
dari sayap ... sayap kehampaannya.

Katakanlah sahaja.

ss/spl/pm ... 10/10/2012.

No comments:

Post a Comment