Cinta Bukan Untuk Memiliki
Rasa cinta itu biasa
tapi melepaskan orang yang kita cinta
itu yang luar biasa
kerana sesungguhnya
kasih, sayang dan cinta yang mulia
sanggup berkorban apa sahaja
meskipun melepaskan si dia yang dipuja
walaupun dirimu akan merana
dan tidak akan dapat memiliki dirinya.
Biarkanlah si dia bebas semahu-mahunya
seumpama ratu yang megah di atas tahta
dapat dipandang mata
namun tidak akan dapat menyentuh bayangannya.
Aku rela.
ss/spl/pm ... 02/10/2012.
kasih, sayang dan cinta yang mulia
sanggup berkorban apa sahaja
meskipun melepaskan si dia yang dipuja
walaupun dirimu akan merana
dan tidak akan dapat memiliki dirinya.
Biarkanlah si dia bebas semahu-mahunya
seumpama ratu yang megah di atas tahta
dapat dipandang mata
namun tidak akan dapat menyentuh bayangannya.
Aku rela.
ss/spl/pm ... 02/10/2012.
No comments:
Post a Comment