Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 3, 2012

DEBAT

DEBAT

Orang yang suka berdebat,
Adalah orang yang suka menyakat,
Orang yang tidak suka berdebat,
Adalah orang yang pandai menghormat.

Orang yang suka berebut pangkat,
Adalah orang yang miskin adat,
Orang yang tidak suka berdebat,
Adalah orang tidak mahu mengumpat.

Orang yang suka berdebat,
Adalah orang yang hitam semangat,
Orang yang suka berdebat,
Tahu akan dirinya tidak pun hebat.

Debat,
Ada aura semangat,

Debat,
Boleh menjadi tempat mencarut,
Bagi mereka-mereka yang sakit,
Lupa arah tuju matlamat,
Gadai nilai maruah mertabat,
Berpakat buat jahat sakat mengumpat,
Sudah tengadah senandung sesat,
Munafik tulin pun enggan bertaubat.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
021012@2355 hrs.(Selasa).

No comments:

Post a Comment