Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

~Balasan puisi "Di Penjara Nista"

~Balasan puisi "Di Penjara Nista" - Alang Eynna~

Nista yang merengsa sering membunuh
membunuh selaut kesabaran
kesabaran dipertahan telah tergoyah
tergoyah oleh desakan rasa yang menyiksa
menyiksa sebuah ketenangan menggugah jiwa
jiwa bersalut hampa oleh nestapa
nestapa lantaran dusta nista pedihnya dek kata-kata
kata-kata yang amat menghiris dan mengguris
mengguris hati yang terlalu mempercayai
mempercayai tanpa pernah meragui
meragui sekadar bisikan syaitan sesekali
sesekali kecewa menjerut rasa
rasa yang hampir membuat diri seakan binasa
binasa oleh kejujuran dan kepercayaan yang dipertahankan
dipertahankan oleh rasa keikhlasan dalam diri
diri yang sering dikhianati disakiti
disakiti kerana insan yang tidak tahu menghargai
menghargai erti sebuah ketulusan dan pengorbanan
pengorbanan yang akhirnya memusnahkan diri sendiri
sendiri yang terlalu menjaga hati
hati insan yang dicemari oleh iri dan dengki
dengki melihat sebuah kebahagiaan
kebahagiaan yang menewaskan dirinya untuk mendekati
mendekati diri yang semakin menjauhi
menjauhi kerana tiada pendekatan di hati
di hati yang tertanam sifat ikhlas yang dimiliki
sedangkan dirinya jauh dari segala ciri
ciri yang dicari sebagai sahabat sejati.

~Spontan dari idea yang melintasi ruang fikir di subuh hari~
♥ Nurza ♥
13102012 06:56am.

No comments:

Post a Comment