Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

APA ITU CINTA

APA ITU CINTA

"Awak cintakan saya?" tanya Uda, inginkan kepastian dari kekasihnya.

"Saya..saya sayang awak" Dara menjawab dengan wajah merona merah, malu bila diminta meluahkan rasa yang tersimpan di hati.

"Sayang saja tak mencukupi. Saya mahu awak cintai saya" Uda berpaling dengan wajah kecewa.

"Apa itu 'Cinta', Uda? Ianya hanya satu istilah untuk mengungkap rasa." ucap Dara ingin memujuk.

"Dara mahu tahu apa itu 'Cinta'?

Cinta adalah memilih untuk bersama seseorang tak kira dalam apa jua situasi, walau apa jua halangan serta rintangan mendatang dan walau ianya ditentang hebat.

Cinta adalah merasakan jantung berdegup kencang bila dia ada disamping kita. Dan sebaliknya, hati pula berbisik dan mengasak rindu bila dia jauh dari pandangan

Cinta itu adalah menginginkan si dia juga turut merasakan rasa yang sama. Apa yang diucap selaras dengan apa yang termaktub dihati", jelas Uda perlahan.

Dara menundukkan wajah.

"Perasaan bukannya seperti pakaian yang boleh disarung dan ditukar ganti dalam sesaat, Dara. Perasaan juga bukannya alat permainan yang boleh kawal dan di corakkan pergerakannya mengikut kehendak tuannya. Andai cinta telah tiada, maka jujurlah, Dara. Sakitnya bila dibohongi lebih hebat dari tertusuk duri sembilu." sambung Uda menutup bicara.

Dan malam semakin suram.

No comments:

Post a Comment