Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, October 12, 2012

ARCA DIRI

ARCA DIRI

Ada rupa tanpa wajah,
Renyuk di hujungnya bunga-bunga panca warna,
Curahkan resah cembahkan kisah berkasih,
Ada wajah berbagai-bagai riak rona rupa.

Diri dipermainkan arca berkaca tanpa penjuru mata,
Ilusi tiada bertepi tersorok di raut wajah pepohon berakar rimba,
Ranapkan juang diri menjadi sebahagian daripada serpihan duka,
Ingat masa senang sebelum masa susah menjadi permainan arca.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
121012@0255hrs(Jumaat).

No comments:

Post a Comment