Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, October 20, 2012

ANAK DARA SEKAMPUNG

ANAK DARA SEKAMPUNG

menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung riang berkawan
meninggalkan halaman tanpa pesan
tanpa mengira segala rintangan
untuk harapan seribu impian
zaman wang...

menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung pergi bertandang
dari pagi hingga ke petang
membina kerja bukannya senang
jagakan diri dari rintangan
teguhkan diri dari halangan
kuatkan iman...

menganyam ingatan di sudut kenangan
anak dara sekampung pulang semalam
membawa cerita teman taulan
hidup di sana memang tak tahan
ada yang bebas lupa daratan
hidup merana di tempat orang
kerana wang
tergadai iman...

chinta waza
19/10/2012 - 11.15pm.

No comments:

Post a Comment