Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 7, 2012

ALI BABA

ALI BABA

Ini kisah Ali dan Baba,
Sahabat lama dalam niaga,
Anugerah projek juta-juta
Baba kaya Ali di mana?

Ali bergaya sana sini,
Semua projek Baba kendali,
Baba segar Ali basi
Makhluk bumi ternganga lagi

Banyak lorong sana sini
Denai sungai tidak peduli
Lautan dalam juga digali
Kalau boleh jejak mentari

Pandai tidak ilmu kurang
Sana sini cari peluang
Semua disambar bagai helang
Asal jangan dimiliki orang

Penduduk rimba terus menjerit
Kerana semua juga terpalit
Keliling pinggang hutang melilit
Tampung kehidupan kian sempit

Desa kota tambah lemas
Milik semua kena rampas
Isi diragut tinggal hampas
Warga rimba terus diperas.

Nukilan
YHI
Segamat Johor
06102012

No comments:

Post a Comment