Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

Aku Hanya Seorang Jaga.

Aku Hanya Seorang Jaga.

Perlukah kita mendabik dada
memandang tinggi riak terbina
membangga diri kitalah raja
bermahkota megah di atas dunia

sedangkan kita hanyalah hamba
tiada beza sesama kita
berdarah merah bukannya jingga
sama taraf sama kedudukannya

aku tahu aku hanyalah jaga
tiada apa untukku berbangga
cari makan seikhlas-ikhlasnya
kais pagi pulangnya senja

untuk santapan isteri dan anakanda
agar terbela masa hadapan mereka
mendapat didikan semuga sempurna
rela kuatur biarlah, aku sengsara

kepada semua inginku berkata
janganlah aku dipandang sebelah mata
apatah lagi dimaki dihina
dinista, dihamun sebegini rupa

mungkin sudah, suratan tertera
pekerjaanku menjaga harta bangsa
tetapku, rela amanah kujaga
selagi nyawa masih di dada

kerana semut santan binasa
kerana mulut badan binasa.

ss/spl/pm ... 09/10/2012.

No comments:

Post a Comment