TRAGEDI
Akan kujadikan kisah ini
sebagai satu tragedi
tragedi sebuah cinta
yang pernah kita bina
dari setiap rasa percaya yang ada
namun rebah bersama janji yang termungkir.
Akan kutitipkan kisah ini
di juzuk bumi ketujuh
agar ianya kekal
dan sentiasa ada di situ
di waktu-waktu
aku ingin kembali mengenangnya.
Akan kupotretkan wajah kenangan itu
dalam setiap memori hidupku
supaya pada setiap hari-hariku
kenangan itu akan sentiasa bersamaku
mengiringi akan setiap detak jantungku
kerana kenangan itu
terlalu indah untuk kulupakan.
Dan yang pastinya
di kenangan itu
ada kamu!... .
Qalam Bertinta
16032013
1049am
No comments:
Post a Comment