Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, March 27, 2013

SINAR DI HUJUNG DERITA

SINAR DI HUJUNG DERITA

Cukuplah....
sayangku ternokhtah telah
kala setiaku kau belah dengan belati lidah
sakitnya tak termadah
walau tak berdarah
guris lukanya parah

kini....
hatiku beku untukmu
padamkan irama janji itu
tinggalkan lagu rayumu
telah kualun zikir baru
zikir rindu tanpamu
kerana aku percaya
ada sinar di hujung derita
...di sana

tak perlu kau pujuk lagi

~~danhayati~~
170313 16:05pm

No comments:

Post a Comment