Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, March 27, 2013

PENTAS CINTAKU BUKAN DI SINI

PENTAS CINTAKU BUKAN DI SINI

Cuba memetik daun-daun bahagia
setelah tenggelam dalam tasik duka
menangis sendu pada satu tragedi
lalu hati ini kembali kosong
dan ragu pun kembali bertandang
terkurung dalam litup persoalan
cinta pun menjadi teka-teki.

Sudah puas aku mencuba
dan menyakinkan hati
semua ini sekadar ilusi
walau selimut curiga masih tegar membalut diri
namun kerana secebis percaya yang masih ada
kugagahkan diri dalam mendamba
biarpun yang tinggal sekadar sisa.

Kini semakin kusedari
pentas cintaku bukan di sini
watakku cuma pemerhati
memerhati sandiwara lakunanmu
yang semakin sumbang
pun semakin hilang
dari mata…dari hati.

Dan mimpi pun menjadi realiti!... .

Qalam Bertinta
14032013
2231pm

No comments:

Post a Comment