Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, March 27, 2013

KIRAM

KIRAM

Jerit tangis tidak peduli
pujuk rayu dinafi
kauragut perawan damai Sahabat
rakus tanpa simpati

Kiram
kaukejam
kaumuntahkan peluru api
api dendammu
membunuh wira-wiraku

Kiram
kauceroboh kedaulatan
kehormatanku
damai tenang dadaku dirobek
kerana angkuh sombongmu

Kiram
kaulihat tangisan balu-balu itu
jerit laung zuriat mereka
kasih sayang kauragut
kebahagian mereka kaubakar

ingat Kiram
ini sumpah kami
sumpah putera puteri kami
seinci bumiku kaunoda
sebatang tubuh kaubunuh
setiap jejakmu kami cari
anak cucumu akan tanggung
kuburmu kami gali

yahyaisa
Segamat Johor
19032013

No comments:

Post a Comment