DAUN KERING TERAKHIR
kiranya luruhku berakhir di hujung senja
jangan kaubasahkan rerantingku
dengan gerimis hujan dingin
kerana tiada lagi puput mekar berkembang
mengundang lebah menyeri sari
tiada jua wangian harum
mewarnai rerumput hijau
untuk disematkan pada sebuah hati
yang mendamparkan aku
sehelai daun kering terakhir
di atas kerikil yang meringsa.
bahawa senja itu
adalah perjalanan yang sukar
di hadapannya ada kelam malam
yang tidak dimengerti
oleh secebis hati yang resah.
Embi Estar : 20 Mac 2013
No comments:
Post a Comment