Kerana dia cahaya(bayang).
Bayang semalam hilang seketika
seorang sahabat kugelar cahaya
tiap gelap disuluh akan hati ini.
Andai esok terbit lagi bayang
seorang sahabat kugelar cahaya
mungkinkah akan bertandang?
kerana dia:- cahaya kini jadi bayang.
1140 24022013
Tabir Khaizuran
Batu Rakit, Terengganu
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, February 24, 2013
engkaukah?
engkaukah?
engkaukah itu
dalam baris-baris disusun padu
lenggok mengesan menawan kalbu
menyampai mesej jitu
ayat-ayat Dia Yang Satu...
engkaukah itu
teranyam di layar maya bisu
tarian jemari si lidah kelu
melakar jalan ke mercu
sabda utusan penuh restu...
engkaukah
wahai puisi?
CNM
engkaukah itu
dalam baris-baris disusun padu
lenggok mengesan menawan kalbu
menyampai mesej jitu
ayat-ayat Dia Yang Satu...
engkaukah itu
teranyam di layar maya bisu
tarian jemari si lidah kelu
melakar jalan ke mercu
sabda utusan penuh restu...
engkaukah
wahai puisi?
CNM
Yang Bernama
Yang Bernama
...yang bernama sesumpah
lihat pada warna sekelilingmu
andai tercampak kamu
ke tengah pada rumput menghijau
berwarna hijaulah
andai kamu cuba
berwarna dedaun kering
maka teramat janggal lagi menjelikkan...
CNM
...yang bernama sesumpah
lihat pada warna sekelilingmu
andai tercampak kamu
ke tengah pada rumput menghijau
berwarna hijaulah
andai kamu cuba
berwarna dedaun kering
maka teramat janggal lagi menjelikkan...
CNM
RIBUT
RIBUT
Senja belum ada petanda ribut berhenti
gusar warga sejak subuh kelmarin
pepohon di puncak gunung dan bukit
kian cemas kerana reranting patah memisah diri
tunjangnya menunjuk rekah
pepohon yang pernah mengecapi cahaya
rerenek sesekali mampu mencuri
baja cahaya bebaki sisa
pepohon tinggi tidak pernah peduli
rintihanrintihan menagih simpati
saat banjir melanda ruang
renek cemas mencari perlindungan
pepohon tinggi memandang sepi
bantuan jauh sekali
muflis simpati
rerenek puas ribut tidak berhenti
gegaran tanah tunjang sekah
saat pepohon akan rebah
batuk-batuk kecil pakupakis
diikuti keladi ubi yang mengerti
menyeru semalu berkubu
senduduk senyum tunduk
belukar kian segar
esok akan cerah
yahyaisa
Segamat Johor
24022013
Senja belum ada petanda ribut berhenti
gusar warga sejak subuh kelmarin
pepohon di puncak gunung dan bukit
kian cemas kerana reranting patah memisah diri
tunjangnya menunjuk rekah
pepohon yang pernah mengecapi cahaya
rerenek sesekali mampu mencuri
baja cahaya bebaki sisa
pepohon tinggi tidak pernah peduli
rintihanrintihan menagih simpati
saat banjir melanda ruang
renek cemas mencari perlindungan
pepohon tinggi memandang sepi
bantuan jauh sekali
muflis simpati
rerenek puas ribut tidak berhenti
gegaran tanah tunjang sekah
saat pepohon akan rebah
batuk-batuk kecil pakupakis
diikuti keladi ubi yang mengerti
menyeru semalu berkubu
senduduk senyum tunduk
belukar kian segar
esok akan cerah
yahyaisa
Segamat Johor
24022013
~♥ Kaligrafi grafiti ♥~
~♥ Kaligrafi grafiti ♥~
Berkaligrafi berbentuk garfiti
eksplisit yang berkimbah
menjadi nukilan-nukilan indah
mewarisi dalam ekspresi
sebuah nagam ekstrinstik mengilhami
menyuaikan warkah buat yang dicintai
Epikarpa epilog cinta
kromatografi masa terganti
dari frasa dan fisik minda
ilusi fantasi atau realiti
Bukan ghaflah
bukan alpa
bukan edan
setiap panji berkibar bendera
kemuncah Himalaya
dengan percikan meteor memecah di angkasa
rahsia cinta dari atma
terkunci di benjan sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 23/02/2013 ~ Kota Singa
Berkaligrafi berbentuk garfiti
eksplisit yang berkimbah
menjadi nukilan-nukilan indah
mewarisi dalam ekspresi
sebuah nagam ekstrinstik mengilhami
menyuaikan warkah buat yang dicintai
Epikarpa epilog cinta
kromatografi masa terganti
dari frasa dan fisik minda
ilusi fantasi atau realiti
Bukan ghaflah
bukan alpa
bukan edan
setiap panji berkibar bendera
kemuncah Himalaya
dengan percikan meteor memecah di angkasa
rahsia cinta dari atma
terkunci di benjan sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 23/02/2013 ~ Kota Singa
Seharum Lavender
Seharum Lavender
seharum lavender menggugah rindu
hati gersang basah dipeluk wangi
lembar-lembar kelopakpun menebar
dalam temaram mimpi yang tak pernah usai
terbuai aroma harapan berpendar bintang
meninggalkan jejak pada batas seuncang janji
akan berputikkah cinta pada tangkai kesetiaan
meski dalam pasrah bersandarkan takdir
sayang tak akan tumbuh diperdunya
kerana angin sering menghantar fitnah
indahpun hanya berpuing di hujung mata.
Embi Estar - 24 Februari 2013
seharum lavender menggugah rindu
hati gersang basah dipeluk wangi
lembar-lembar kelopakpun menebar
dalam temaram mimpi yang tak pernah usai
terbuai aroma harapan berpendar bintang
meninggalkan jejak pada batas seuncang janji
akan berputikkah cinta pada tangkai kesetiaan
meski dalam pasrah bersandarkan takdir
sayang tak akan tumbuh diperdunya
kerana angin sering menghantar fitnah
indahpun hanya berpuing di hujung mata.
Embi Estar - 24 Februari 2013
Tiang yang usang.
Tiang yang usang.
Kukuhkah pegangan tiang
di kala kaki melangkah girang
ingin menyeberang titian usang
kerana di seberang,
... menantinya tersayang.
Tidakkah tiang turut bergoyang
di saat ribut datang bertandang
melanda titi nasibnya malang
reput mengundang,
... bubut bersarang.
Di bawahnya jurang memeluk tiang
menanti malang membuka ruang
bagai si helang berkuku parang
mata di belakang,
... tajam memandang.
Tiang yang usang menghidangkan peluang.
ss/spl/pm ... 24/02/2013.
Kukuhkah pegangan tiang
di kala kaki melangkah girang
ingin menyeberang titian usang
kerana di seberang,
... menantinya tersayang.
Tidakkah tiang turut bergoyang
di saat ribut datang bertandang
melanda titi nasibnya malang
reput mengundang,
... bubut bersarang.
Di bawahnya jurang memeluk tiang
menanti malang membuka ruang
bagai si helang berkuku parang
mata di belakang,
... tajam memandang.
Tiang yang usang menghidangkan peluang.
ss/spl/pm ... 24/02/2013.
Subuh sunyi.
Subuh sunyi.
Kulayarkan bahtera sepi
di subuh sunyi
tatkala langit bersatu hati
membawa cahaya melintasi.
Di subuh sunyi
kanvasku ditumpahi
diiringi
tangisan hati.
ss/spl/pm ... 23/02/2013.
Kulayarkan bahtera sepi
di subuh sunyi
tatkala langit bersatu hati
membawa cahaya melintasi.
Di subuh sunyi
kanvasku ditumpahi
diiringi
tangisan hati.
ss/spl/pm ... 23/02/2013.
akan tiba
akan tiba
ke mana?
ke hujung dunia?
ke angkasa cakrawala?
pasti akan tiba
hari bercerai jasad dan nyawa
bersedia!
CNM
ke mana?
ke hujung dunia?
ke angkasa cakrawala?
pasti akan tiba
hari bercerai jasad dan nyawa
bersedia!
CNM
~♥ Perkasaan bindu perkusi hati ♥~
~♥ Perkasaan bindu perkusi hati ♥~
Aforisme berafliasi dalam penjara
aerotropisme sebuah hati yang sepi
bukan rasian menjadikan pengganti
afelion atma memecah suasana di sini
Tenggelam mentari
bindu di hati
setiap berakral telah dipanji
mengkristalkan frasa-frasa terganti
meniti setiap langkah aku ini
dengan narwastu mengelilingi
mengharapkan cinta suci nan abadi
Siapakah memiliki hatiku ini
perkasaan bindu perkusi hati
dengan garisan-garisan membatasi
di penghujung jalanku ini
atau di hujung jemari
Aku bukan almukhalis
hanya sebuah hati berbicara
sebuah bindu menyekat
setiap langkah menjadi sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 22/02/2013 ~Kota Singa
Aforisme berafliasi dalam penjara
aerotropisme sebuah hati yang sepi
bukan rasian menjadikan pengganti
afelion atma memecah suasana di sini
Tenggelam mentari
bindu di hati
setiap berakral telah dipanji
mengkristalkan frasa-frasa terganti
meniti setiap langkah aku ini
dengan narwastu mengelilingi
mengharapkan cinta suci nan abadi
Siapakah memiliki hatiku ini
perkasaan bindu perkusi hati
dengan garisan-garisan membatasi
di penghujung jalanku ini
atau di hujung jemari
Aku bukan almukhalis
hanya sebuah hati berbicara
sebuah bindu menyekat
setiap langkah menjadi sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 22/02/2013 ~Kota Singa
Tajuk: Resah yang menghilir
Tajuk: Resah yang menghilir
cakar jiwa: penaluka kersani
23 february 2013
Ada jiwa yang menangis...
Di tunggul sepi
hanya kelopak mata
menikam di tengah arus sungai yang mengalir
jiwa berkelodak... kelam
jiwa dilayarkan
pada batu yang gering... nazak
pada reranting kayu yang gugur
pada rumput kekuningan mati
dan pada debu pasir yang memutih
lesu dipijak petang yang resah
Ada jiwa yang merintih
memintal pelangi dalam telapak jemari yang jatuh
dibawa arus yang menghilir
sejuk...
Ada jiwa yang masih bertanya... sugul
di tepian sungai yang rakus
mencabul hati dan perasaan
yang hampir mati....
sampai bila resah yang menghilir ini
kering di lubuk hati...
cakar jiwa: penaluka kersani
23 february 2013
Ada jiwa yang menangis...
Di tunggul sepi
hanya kelopak mata
menikam di tengah arus sungai yang mengalir
jiwa berkelodak... kelam
jiwa dilayarkan
pada batu yang gering... nazak
pada reranting kayu yang gugur
pada rumput kekuningan mati
dan pada debu pasir yang memutih
lesu dipijak petang yang resah
Ada jiwa yang merintih
memintal pelangi dalam telapak jemari yang jatuh
dibawa arus yang menghilir
sejuk...
Ada jiwa yang masih bertanya... sugul
di tepian sungai yang rakus
mencabul hati dan perasaan
yang hampir mati....
sampai bila resah yang menghilir ini
kering di lubuk hati...
SEPI SEBUAH RUMAH TUA
Rumah tua itu sepi
lalu mendamba rindu
jendelanya tertutup rapat
sepertinya mengurung rindu
yang telah lama hilang.
Warganya seakan terlupa
jalan dan lorong pulang
kerana waktu bagi mereka
tidak pernah mencukupi
untuk menguak daun pintunya
agar rindu lerai dalam keriuhan.
Tangisan rumah tua itu
tenggelam dalam sunyi
ketika tiang-tiangnya semakin rapuh
gelegarnya juga menggeletar
menanti rebah menyembah.
Biarpun sarat dengan rindu
rumah tua itu kian sepi.
Qalam Bertinta
21022013
2357pm
MENUNGGU WISEL BUBAR
MENUNGGU WISEL BUBAR
Perang lambang bendera berpesta
logo slogan meyakinkan
penggemar sendiri
seru menyeru sindir menyindir
pujuk rayu puji nista
lumrah siasah
kian hangat kian hampir
persaingan menunggu
wisel bubar
fikir fikir fikir
kewajipan
penentu takhta
yahyaisa
Segamat Johor
23022013
Perang lambang bendera berpesta
logo slogan meyakinkan
penggemar sendiri
seru menyeru sindir menyindir
pujuk rayu puji nista
lumrah siasah
kian hangat kian hampir
persaingan menunggu
wisel bubar
fikir fikir fikir
kewajipan
penentu takhta
yahyaisa
Segamat Johor
23022013
Yang aku surat dan yang aku siratkan.
Yang aku surat dan yang aku siratkan.
Yang aku suratkan
dirimu seperti katak di bawah tempurung
tidak bermakna aku mengatakan dirimu itu
seekor katak,
yang amat jelas bukan itu maksud bidalanku
untuk menyamakan dirimu dengan seekor haiwan
kerana aku juga seorang manusia.
Tapi yang aku siratkan
dan kumaksudkan di sebalik kata-kata itu
adalah perumpamaannya
bahawa dirimu amat picik pengetahuannya
tidak luas dan tidak menjauh pandangan akalmu
sempit di otak kamu
dan hanya berfikir di dalam kontek kekotakkan.
Janganlah kauhinakan diriku dengan mengatakan aku sebegitu.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
Yang aku suratkan
dirimu seperti katak di bawah tempurung
tidak bermakna aku mengatakan dirimu itu
seekor katak,
yang amat jelas bukan itu maksud bidalanku
untuk menyamakan dirimu dengan seekor haiwan
kerana aku juga seorang manusia.
Tapi yang aku siratkan
dan kumaksudkan di sebalik kata-kata itu
adalah perumpamaannya
bahawa dirimu amat picik pengetahuannya
tidak luas dan tidak menjauh pandangan akalmu
sempit di otak kamu
dan hanya berfikir di dalam kontek kekotakkan.
Janganlah kauhinakan diriku dengan mengatakan aku sebegitu.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
ANDAI
ANDAI
Andainya kenangan itu dapat kuusir
akan kusirnya ke lembah duka
tak akan kubenarkan ia datang
untuk menjengah kembali
biarpun sekadar
di sudut halaman hatiku.
Andai rinduku datang menyapa
tak akan kujemput ia masuk
untuk menghuni
walau di ruang kecil
di penjuru jiwaku.
Andai dirimu datang kembali
tak akan kubiarkan cintaku menemani
kerana cinta kita telah ada garis pemisah
yang engkau lakarkan
dengan warna-warna kecurangan
dan bait-bait kata perpisahan
yang engkau lafazkan
tika senduku
engkau campakkan jauh
dari ihsanmu.
Qalam Bertinta
21022013
1917pm
Andainya kenangan itu dapat kuusir
akan kusirnya ke lembah duka
tak akan kubenarkan ia datang
untuk menjengah kembali
biarpun sekadar
di sudut halaman hatiku.
Andai rinduku datang menyapa
tak akan kujemput ia masuk
untuk menghuni
walau di ruang kecil
di penjuru jiwaku.
Andai dirimu datang kembali
tak akan kubiarkan cintaku menemani
kerana cinta kita telah ada garis pemisah
yang engkau lakarkan
dengan warna-warna kecurangan
dan bait-bait kata perpisahan
yang engkau lafazkan
tika senduku
engkau campakkan jauh
dari ihsanmu.
Qalam Bertinta
21022013
1917pm
JUMAAT
JUMAAT
Bermula malam sunat
hari penuh barakah
janji nikmat
penghulu segala hari
berhimpun mukmin
hidangan khutbah lazat
dikunyah hadam
nasihat panduan
ikutan amalan
iringan zikir
makhluk langit bumi
doa rahmah
segera melangkah
genggam ganjaran hebat
jangan tersingkir
yahyaisa
Segamat Johor
22022013
Bermula malam sunat
hari penuh barakah
janji nikmat
penghulu segala hari
berhimpun mukmin
hidangan khutbah lazat
dikunyah hadam
nasihat panduan
ikutan amalan
iringan zikir
makhluk langit bumi
doa rahmah
segera melangkah
genggam ganjaran hebat
jangan tersingkir
yahyaisa
Segamat Johor
22022013
Celik Tak Bermata
Celik Tak Bermata
...sepasang mata
cantik berkilau meronakan inti dada
celik memandang alam semesta
tanpa makna
gagal mengenal Yang Esa
dipukau kepalsuan dunia...
CNM
...sepasang mata
cantik berkilau meronakan inti dada
celik memandang alam semesta
tanpa makna
gagal mengenal Yang Esa
dipukau kepalsuan dunia...
CNM
TULUS
TULUS
tiada harap terbalaskan
luka tersimpan merintih sendiri
duka yang bersembunyi
menampik raut wajah dendam
lelah membentur hati
langkah tak menghirau hujan
terkadang lari Mengejar malam
walau tertatih mengeja siang
bersembunyi diketiak rembulan
terbiar cinta penuh luka
senyum yang selalu merekah
memendam getir rindu perjalanan
maaf yang terucap
dibalik jiwa ketidak berdayaan
: maafkan aku yang tak berani mencintaimu
2;43 PM_helmijuned@jakarta.220213
tiada harap terbalaskan
luka tersimpan merintih sendiri
duka yang bersembunyi
menampik raut wajah dendam
lelah membentur hati
langkah tak menghirau hujan
terkadang lari Mengejar malam
walau tertatih mengeja siang
bersembunyi diketiak rembulan
terbiar cinta penuh luka
senyum yang selalu merekah
memendam getir rindu perjalanan
maaf yang terucap
dibalik jiwa ketidak berdayaan
: maafkan aku yang tak berani mencintaimu
2;43 PM_helmijuned@jakarta.220213
~ MASIH AKU INGIN TERUS BERCERITA ~
~ MASIH AKU INGIN TERUS BERCERITA ~
terus kata itu masih mahu menghujat
terus bicara itu masih mahu melantun
lalu terpadam seketika resah jiwa sang penyair
yang hanyut dalam lubuk paling dalam
dan masih lagi puing-puing di atma jiwa
menahan retak-retak lelangit
dalam tugu yang hampir rebah
dan serpihan kata itu
terus kukutip
lalu kukumpul dalam kantung baldu
untuk kususun nanti bila tiba waktuku
ajarkan aku
kekasih…
terus kata itu masih mahu menghujat
terus bicara itu masih mahu melantun
lalu terpadam seketika resah jiwa sang penyair
yang hanyut dalam lubuk paling dalam
dan masih lagi puing-puing di atma jiwa
menahan retak-retak lelangit
dalam tugu yang hampir rebah
dan serpihan kata itu
terus kukutip
lalu kukumpul dalam kantung baldu
untuk kususun nanti bila tiba waktuku
ajarkan aku
kekasih…
NASKAH CINTA INI
NASKAH CINTA INI
Kita susun cerita cinta ini
sehelai demi sehelai
mengikut aksara cinta di jiwa
agar tidak disalah erti si pemerhati
namun...
mampukah kita habiskan?
sempatkah kita nokhtahkan?
relung kenangan mengejar
menempatkan syahdu di bibir rindu
menggamit airmata di celah tawa
teguhlah jiwa...
demi naskah cinta kita
hingga titik akhirnya
~~danhayati~~
220213 01:33
Kita susun cerita cinta ini
sehelai demi sehelai
mengikut aksara cinta di jiwa
agar tidak disalah erti si pemerhati
namun...
mampukah kita habiskan?
sempatkah kita nokhtahkan?
relung kenangan mengejar
menempatkan syahdu di bibir rindu
menggamit airmata di celah tawa
teguhlah jiwa...
demi naskah cinta kita
hingga titik akhirnya
~~danhayati~~
220213 01:33
~♥ Hanyut ♥~
~♥ Hanyut ♥~
Menyejatkan yang tersekat
riketsia berperincian menakluk atma
sahayanda dalam berkimbah
dari kertas yang cebir tiada berwarna
mencebur dengan tangisan sendiri
melemas tanpa sedari
hanyut frasa-frasa tersemat di sini
menunggu waktu dikuburi
~Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 21/02/2013 ~ Kota Singa
Menyejatkan yang tersekat
riketsia berperincian menakluk atma
sahayanda dalam berkimbah
dari kertas yang cebir tiada berwarna
mencebur dengan tangisan sendiri
melemas tanpa sedari
hanyut frasa-frasa tersemat di sini
menunggu waktu dikuburi
~Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 21/02/2013 ~ Kota Singa
KUSUT
KUSUT
Detik kelam
jurang waktu cemburu
menghambat diri
mengusir pergi
masihkah ada esok
tenang di sini
kusut.
yahyaisa
Segamat Johor
21022013
Detik kelam
jurang waktu cemburu
menghambat diri
mengusir pergi
masihkah ada esok
tenang di sini
kusut.
yahyaisa
Segamat Johor
21022013
Korban resam
Korban resam
Santun berkalang tanah
menyusut dibedal rayap asing
usia mumbang tutur menyingkap kain
bertandang berkinja hingga dini
cerlung yang renta dikerling ujung mata...
wara' kian tumpul
wali menyeringai tumpang bercenerul
waris berbaju telanjang...
diarak megah
kembang hatinya disanjung
silu nan terkancing di gobok adap
menyembah bumi dirambah nafsi
susur galur jantina...membelit helat mata
cengkerama liar bersultan di hati
pesta jalang kudapannya
bungkam
merenung takdir
pewaris bangsaku
terkorban resamku.
imandamia 130221
Santun berkalang tanah
menyusut dibedal rayap asing
usia mumbang tutur menyingkap kain
bertandang berkinja hingga dini
cerlung yang renta dikerling ujung mata...
wara' kian tumpul
wali menyeringai tumpang bercenerul
waris berbaju telanjang...
diarak megah
kembang hatinya disanjung
silu nan terkancing di gobok adap
menyembah bumi dirambah nafsi
susur galur jantina...membelit helat mata
cengkerama liar bersultan di hati
pesta jalang kudapannya
bungkam
merenung takdir
pewaris bangsaku
terkorban resamku.
imandamia 130221
Pahit
Pahit
pahit yang kutelan
membuakkan aroma kepalsuamu
segenap sendi nadi
kian dicengkam amarah
lalu kukuburkan dendam
bernesankan pasrah dan redha...
CNM
pahit yang kutelan
membuakkan aroma kepalsuamu
segenap sendi nadi
kian dicengkam amarah
lalu kukuburkan dendam
bernesankan pasrah dan redha...
CNM
KELIRU
KELIRU
Menjaring waktu
saat denyutan nadi
terhenti
persada melambai
mungkinkah
penamat
punya sakti
keliru
yahyaisa
Segamat Johor
21022013
Menjaring waktu
saat denyutan nadi
terhenti
persada melambai
mungkinkah
penamat
punya sakti
keliru
yahyaisa
Segamat Johor
21022013
~♥ Eksplotasi ♥~
~♥ Eksplotasi ♥~
Mengeksplotasi garisan-garisan terbatas
ekstrinsik antara ekuinoks ekstrapolasi
antena elektromagnetisme bergelombang
dua hati menjadi satu
menusuk ke atma pengemulsian
esoterik sebuah bercintaan
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 21/02/2013 ~ Kota Singa
Mengeksplotasi garisan-garisan terbatas
ekstrinsik antara ekuinoks ekstrapolasi
antena elektromagnetisme bergelombang
dua hati menjadi satu
menusuk ke atma pengemulsian
esoterik sebuah bercintaan
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 21/02/2013 ~ Kota Singa
GERHANA CINTA BERSYAIR DUSTA
GERHANA CINTA BERSYAIR DUSTA
Tika belahan jiwaku dirundung pilu
terbilas lembayung cinta di senja nan merah
tika rajuk kumasih berlagu sendu
tiada tiupan bayu laut yang gemersik indah
Tiga purnama dukaku menjalar malam
tiada mimpi indah yang melakar buana hati
deraian airmata yang menghiasi persada kelam
mengukir arca dendam buat makhluk bergelar LELAKI
Ungkapan cinta berbaur nista
di sebalik bait-bait indah menabur janji
melakar gerbang cinta mahligai jiwa
kau mengheretku ke alam fantasi duniawi
Lantera merah menghiasi jutaan bintang
kautaburi juraian kasih yang merayu
tika hatiku dijemur panas jelatang
kausirami dengan cangkir kasturi biru
Kau syairkan madah seorang Laksamana
mencari Sang Ratu yang berhijab ulama
kaumemungkirkan segeluk bahagia
dari cangkir maduku yang bertatah delima
Selindungkan segala lakonan pentasmu
kauberselingkuh di balik raut wajahmu
bermadah indah di ranjang bisu
merayu rindu pada hawa yang kauseru
Angkuh kasih sayangku kaucarik
ingkar pada cintaku yang kaujentik
mungkir pada impian yang kaulirik
dusta pada azimat rindu yang berputik
Menganyam segugus bahagia di balik derita
tegar kaumukimkan segalanya di rimba jiwa
kaucampak lakaran cinta di juram liku berbisa
kaupadamkan andang cintaku tika ianya marak menyala
Pelangi indah bisa luntur warnanya
rentak hujan bisa surut rintiknya
hukum alam bisa temu pelakunya
janji YA RABB tak kan mungkir pada umatnya
~salam kasih buatmu
bahagia atas jutaan airmataku
terimakasih menghadiahkan kusejuta derita
sampai mati azimat ini kubawa~
@inurmust@qim putrajaya
20/2/2013 3.30ptg
Tika belahan jiwaku dirundung pilu
terbilas lembayung cinta di senja nan merah
tika rajuk kumasih berlagu sendu
tiada tiupan bayu laut yang gemersik indah
Tiga purnama dukaku menjalar malam
tiada mimpi indah yang melakar buana hati
deraian airmata yang menghiasi persada kelam
mengukir arca dendam buat makhluk bergelar LELAKI
Ungkapan cinta berbaur nista
di sebalik bait-bait indah menabur janji
melakar gerbang cinta mahligai jiwa
kau mengheretku ke alam fantasi duniawi
Lantera merah menghiasi jutaan bintang
kautaburi juraian kasih yang merayu
tika hatiku dijemur panas jelatang
kausirami dengan cangkir kasturi biru
Kau syairkan madah seorang Laksamana
mencari Sang Ratu yang berhijab ulama
kaumemungkirkan segeluk bahagia
dari cangkir maduku yang bertatah delima
Selindungkan segala lakonan pentasmu
kauberselingkuh di balik raut wajahmu
bermadah indah di ranjang bisu
merayu rindu pada hawa yang kauseru
Angkuh kasih sayangku kaucarik
ingkar pada cintaku yang kaujentik
mungkir pada impian yang kaulirik
dusta pada azimat rindu yang berputik
Menganyam segugus bahagia di balik derita
tegar kaumukimkan segalanya di rimba jiwa
kaucampak lakaran cinta di juram liku berbisa
kaupadamkan andang cintaku tika ianya marak menyala
Pelangi indah bisa luntur warnanya
rentak hujan bisa surut rintiknya
hukum alam bisa temu pelakunya
janji YA RABB tak kan mungkir pada umatnya
~salam kasih buatmu
bahagia atas jutaan airmataku
terimakasih menghadiahkan kusejuta derita
sampai mati azimat ini kubawa~
@inurmust@qim putrajaya
20/2/2013 3.30ptg
~♥ Ralat ♥~
~♥ Ralat ♥~
Ralat jadinya
songsang fikiran
cinta yang diperalat
membuat nafas sesak dan sendat
menghukum dan menyesat
hingga fikiran singkat
Memperjudikan bindu
melelongkan cinta
umpama bunga plastik
di pasar malam
Menduakan kasih cinta
dengan penuh alasan
asal tercapai cita-citanya
adakah itu piala yang engkau kejarkan?
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 20/02/2013 ~ Kota Singa
Ralat jadinya
songsang fikiran
cinta yang diperalat
membuat nafas sesak dan sendat
menghukum dan menyesat
hingga fikiran singkat
Memperjudikan bindu
melelongkan cinta
umpama bunga plastik
di pasar malam
Menduakan kasih cinta
dengan penuh alasan
asal tercapai cita-citanya
adakah itu piala yang engkau kejarkan?
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 20/02/2013 ~ Kota Singa
JAUH SETIA
JAUH SETIA
Bisikan itu
suara halus menggoda
lembut lidah
manis bicara
jauh setia
kupendam janji dulu
sembilu meragut
hancur luluh
tidak mungkin
berulang
yahyaisa
Segamat Johor
20022013
Bisikan itu
suara halus menggoda
lembut lidah
manis bicara
jauh setia
kupendam janji dulu
sembilu meragut
hancur luluh
tidak mungkin
berulang
yahyaisa
Segamat Johor
20022013
Puisi : Sekuntum Bunga Pura
Puisi : Sekuntum Bunga Pura
Sungguhku tak menduga
dalam siaga berjaga-jaga
masih kedapatan ada
sekuntum bunga pura
merimbun dalam buana
menagih setanggi cinta
Gamitan bak fantamorgana
petah meliuk bicara
pandai memagut rasa
melidah akujanji dusta
bijak menyulam agenda
bersimpuh lentuk di dada
membangkit ruap asmara
maruah diri dirobek bangga
Inikah sifat Hawa bijaksana?
demi tagihan sejasad cinta
demi kecapan nilaian harta
bergulung ijazah dunia
lara menggulai rasa
meluap niat durjana
melangit riak mendada
rencong menujah noda
galak membutuh makna
menyulat kesamaran fakta
berselendang gerimis berjela
menagih simpati Adam semesta
: kucupan cinta bergincukan raksa!
Nukilan :
Din Kelate
6 Rabiul Akhir 1434
17 Februari, 2013
Sungguhku tak menduga
dalam siaga berjaga-jaga
masih kedapatan ada
sekuntum bunga pura
merimbun dalam buana
menagih setanggi cinta
Gamitan bak fantamorgana
petah meliuk bicara
pandai memagut rasa
melidah akujanji dusta
bijak menyulam agenda
bersimpuh lentuk di dada
membangkit ruap asmara
maruah diri dirobek bangga
Inikah sifat Hawa bijaksana?
demi tagihan sejasad cinta
demi kecapan nilaian harta
bergulung ijazah dunia
lara menggulai rasa
meluap niat durjana
melangit riak mendada
rencong menujah noda
galak membutuh makna
menyulat kesamaran fakta
berselendang gerimis berjela
menagih simpati Adam semesta
: kucupan cinta bergincukan raksa!
Nukilan :
Din Kelate
6 Rabiul Akhir 1434
17 Februari, 2013
Serumpun Sebangsa.
Serumpun Sebangsa.
RAMPOK atau ROMPAK
dua ejaan berlainan sebutan
namun satu pengertian
satu natijahnya
iaitu KECURIAN
dicuri MALING, PERAMPOK
ataupun PEROMPAK,
... PENCURI.
Begitu juga pengertiannya
berlainan negara
berlainan bahasa dan budayanya
namun masih ada kesamaan bersama
baik di Malaysia, Indonesia
Singapura, Brunai
dan juga
Selatan Thailand
kita tetap,
... serumpun dan sebangsa.
Kekalkanlah perpaduan seNusantara.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
RAMPOK atau ROMPAK
dua ejaan berlainan sebutan
namun satu pengertian
satu natijahnya
iaitu KECURIAN
dicuri MALING, PERAMPOK
ataupun PEROMPAK,
... PENCURI.
Begitu juga pengertiannya
berlainan negara
berlainan bahasa dan budayanya
namun masih ada kesamaan bersama
baik di Malaysia, Indonesia
Singapura, Brunai
dan juga
Selatan Thailand
kita tetap,
... serumpun dan sebangsa.
Kekalkanlah perpaduan seNusantara.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
Dian di tengah hari.
Dian di tengah hari.
Persisir pantai akan goyah
bila ombak membadai
namun,
pasirnya tak akan berserakkan
walau ditarik dan disedut sedikit demi sedikit ke dalam perut laut
pasirnya akan bersatu kembali dengan pantai
dan semakin kukuh di buritan selut yang landai
utuh dan kenyal tidak tercarik,
hujan jua akan berhenti
bila sinar mentari memancar di ufuk sepi
membiaskan pelangi dengan beraneka warna-warninya
mengembalikan terang selepas gelap
awan mega di langit sunyi,
teruskanlah perjuanganmu meniti hari
usah terhenti di tengah hari,
... perjuangan itu pasti.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
Persisir pantai akan goyah
bila ombak membadai
namun,
pasirnya tak akan berserakkan
walau ditarik dan disedut sedikit demi sedikit ke dalam perut laut
pasirnya akan bersatu kembali dengan pantai
dan semakin kukuh di buritan selut yang landai
utuh dan kenyal tidak tercarik,
hujan jua akan berhenti
bila sinar mentari memancar di ufuk sepi
membiaskan pelangi dengan beraneka warna-warninya
mengembalikan terang selepas gelap
awan mega di langit sunyi,
teruskanlah perjuanganmu meniti hari
usah terhenti di tengah hari,
... perjuangan itu pasti.
ss/spl/pm ... 22/02/2013.
Entah kenapa,
Entah kenapa,
fikiranku terimbau kenangan lalu
terngiang kalimah hinaanmu
kata-katamu,
"Kerja jaga ada hati mahu memiliki orang"
aduh! ... masih tersisa
bisa bicaramu.
Entahlah!
Aku pun tak tahu
kenapa kata-katamu itu
bermain di benakku
di waktu petang
gerimis bertandang.
Di saat
yang aku rasakan
engkau sedang mengecapi kebahagiaan
di dalam pernantian
kehadiran orang baru
di dalam hidupmu.
Dan di saat gerimis mendatang ini
aku doakan kebahagiaanmu
dan berharap
agar janin di dalam rahimmu itu
akan menjadi penguat
rumahtanggamu.
Aku reda ... kebahagiaanmu.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
fikiranku terimbau kenangan lalu
terngiang kalimah hinaanmu
kata-katamu,
"Kerja jaga ada hati mahu memiliki orang"
aduh! ... masih tersisa
bisa bicaramu.
Entahlah!
Aku pun tak tahu
kenapa kata-katamu itu
bermain di benakku
di waktu petang
gerimis bertandang.
Di saat
yang aku rasakan
engkau sedang mengecapi kebahagiaan
di dalam pernantian
kehadiran orang baru
di dalam hidupmu.
Dan di saat gerimis mendatang ini
aku doakan kebahagiaanmu
dan berharap
agar janin di dalam rahimmu itu
akan menjadi penguat
rumahtanggamu.
Aku reda ... kebahagiaanmu.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Bahtera Rinduku II.
Bahtera Rinduku II.
Wahai ombak, wahai pantai, wahai laut
kembalikanlah seri
dari tiang bahtera rinduku
aku dambakan ikhsan simpatimu
bersatulah di dalam dermaga kalbuku
dan dengarkanlah!
... dengarilah!
Getaran dari rayuanku
Kembalikanlah kepadaku.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Wahai ombak, wahai pantai, wahai laut
kembalikanlah seri
dari tiang bahtera rinduku
aku dambakan ikhsan simpatimu
bersatulah di dalam dermaga kalbuku
dan dengarkanlah!
... dengarilah!
Getaran dari rayuanku
Kembalikanlah kepadaku.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Bahtera Rinduku.
Bahtera Rinduku.
Kaulihatlah pantai,
kaulihatlah bahtera rinduku
terdampar bersendirian
di pantaimu yang sunyi,
... sepi.
Kaulihatlah pantai,
kaubukakanlah pantai hatimu
kaurasailah
betapa siksanya bahteraku,
... sepi.
Wahai pantai!
Aku merayu padamu
kaurayulah ombak lautmu
agar bisa ombak kembali
membawa pergi bahtera
kerinduanku.
Wahai laut!
Aku merayu padamu
kembalikanlah pasang airmu
agar bahteraku dapat berlalu
walau tanpa kerelaan
hatiku.
Aku merayu ... kasihanilah bahteraku.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Kaulihatlah pantai,
kaulihatlah bahtera rinduku
terdampar bersendirian
di pantaimu yang sunyi,
... sepi.
Kaulihatlah pantai,
kaubukakanlah pantai hatimu
kaurasailah
betapa siksanya bahteraku,
... sepi.
Wahai pantai!
Aku merayu padamu
kaurayulah ombak lautmu
agar bisa ombak kembali
membawa pergi bahtera
kerinduanku.
Wahai laut!
Aku merayu padamu
kembalikanlah pasang airmu
agar bahteraku dapat berlalu
walau tanpa kerelaan
hatiku.
Aku merayu ... kasihanilah bahteraku.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Semakin dimamah tahun.
Semakin dimamah tahun.
Hai pokok!
Sebaris engkau tersusun
mengikut aluran rimbun
penuh bersopan santun
bagaikan sedang berpantun
gugurnya daun-daun
kering tiada berembun.
Bagaikan uban,
... berbaris di ubun-ubun.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Hai pokok!
Sebaris engkau tersusun
mengikut aluran rimbun
penuh bersopan santun
bagaikan sedang berpantun
gugurnya daun-daun
kering tiada berembun.
Bagaikan uban,
... berbaris di ubun-ubun.
ss/spl/pm ... 21/02/2013.
Entah le!
Entah le!
Bukak kasut melunjur kaki lagi sedap
dari memakai kasut sambil bersila di atas kerusi
menyakitkan peha,
menikmati keindahan alam
dan bersantai menghilangkan lara
dari terus bersengketa
melayan 'blues' perasaan yang hiba
entah sampai bila pun
tak akan lega.
Ahh! ... hiba tiba-tiba.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Bukak kasut melunjur kaki lagi sedap
dari memakai kasut sambil bersila di atas kerusi
menyakitkan peha,
menikmati keindahan alam
dan bersantai menghilangkan lara
dari terus bersengketa
melayan 'blues' perasaan yang hiba
entah sampai bila pun
tak akan lega.
Ahh! ... hiba tiba-tiba.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Bundar.
Bundar.
Rona-rona kehidupan ibarat roda tegar
sekejap di atas sekejap di bawah pudar
di susuan bundar
lumrah kehidupan kejar mengejar
berkanjar-kanjar
masyarakat kota kosmopolitan yang hambar
engkar,
... meredah belukar.
Berbau hapak berlingkar.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Rona-rona kehidupan ibarat roda tegar
sekejap di atas sekejap di bawah pudar
di susuan bundar
lumrah kehidupan kejar mengejar
berkanjar-kanjar
masyarakat kota kosmopolitan yang hambar
engkar,
... meredah belukar.
Berbau hapak berlingkar.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Pantun melayan mato.
Pantun melayan mato.
Pagi-pagi motong gotah,
lambek bangun gotah koghing;
apo nak jadipun ontahlah,
pagi laie dah buek doso koghing.
Ghayo bolom dok nganyam ketupat,
makan dongan kaghi dal;
udahlah tu wei dok mengumpat,
ingeklah mati sobolom kono bodal.
Buah nangko dalam paga,
ambil galah tolong jolokkan;
esei ni baghu bolaja,
kalau salah tolong tungjokkan.
Iyo!
Ontah apolah esei moghaban pagi-pagi ni.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Pagi-pagi motong gotah,
lambek bangun gotah koghing;
apo nak jadipun ontahlah,
pagi laie dah buek doso koghing.
Ghayo bolom dok nganyam ketupat,
makan dongan kaghi dal;
udahlah tu wei dok mengumpat,
ingeklah mati sobolom kono bodal.
Buah nangko dalam paga,
ambil galah tolong jolokkan;
esei ni baghu bolaja,
kalau salah tolong tungjokkan.
Iyo!
Ontah apolah esei moghaban pagi-pagi ni.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
~♥ Kelewar hati yang lara ♥~
~♥ Kelewar hati yang lara ♥~
Inulangan setiap akral
berasfalt setiap kata-kata
asfiksia setiap langkah
sumber cinta dinoda
dari warkah berkimbah
kelewang yang membelah
berkecai semua
Kelewar di wilahar
masir meninggalkan kesan
natrium atma yang bergelombang
pajal setiap langkah tiada tujuan
Di sini aku ...
sendirian tanpa berteman
meracik diri ini
di penjara sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 20/02/2013 ~ Kota Singa
Inulangan setiap akral
berasfalt setiap kata-kata
asfiksia setiap langkah
sumber cinta dinoda
dari warkah berkimbah
kelewang yang membelah
berkecai semua
Kelewar di wilahar
masir meninggalkan kesan
natrium atma yang bergelombang
pajal setiap langkah tiada tujuan
Di sini aku ...
sendirian tanpa berteman
meracik diri ini
di penjara sepi
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 20/02/2013 ~ Kota Singa
DANHAYATI
DANHAYATI
Langkah kita atur seiring
teratur menjadi janji
lenggang yang menyusun madah
gemalai irama satu hati
antara kita ada dua jiwa
termaktub untuk satu rasa
kita lagukan dengan tawa
cinta ini....
rindu ini....
hati ini....
milik kita....
milik Danhayati
Milik cinta kita
~~danhayati~~
Langkah kita atur seiring
teratur menjadi janji
lenggang yang menyusun madah
gemalai irama satu hati
antara kita ada dua jiwa
termaktub untuk satu rasa
kita lagukan dengan tawa
cinta ini....
rindu ini....
hati ini....
milik kita....
milik Danhayati
Milik cinta kita
~~danhayati~~
RAWAN
RAWAN
Menapaki kerikil-kerikil tajam
mengguris, menusuk dan menyengat
mengheret langkahan longlai
cuba merentasi batas-batas gundah
dalam kenestapaan yang membunuh.
terhela dalam sekatan nafas
membuncah segala rawan
cuba memujuk laut hati agar tenang
tika taufan gurun rasa membadai
menghimpun sisa-sisa impian
menjadi bukit-bukit harapan
goyah tanpa kekukuhan dasar
dan mata pun memandang dalam gelap
lalu tersungkur tanpa pasrah
hanya menunggu bumi memamah.
Qalam Bertinta
19022013
2331pm
Menapaki kerikil-kerikil tajam
mengguris, menusuk dan menyengat
mengheret langkahan longlai
cuba merentasi batas-batas gundah
dalam kenestapaan yang membunuh.
terhela dalam sekatan nafas
membuncah segala rawan
cuba memujuk laut hati agar tenang
tika taufan gurun rasa membadai
menghimpun sisa-sisa impian
menjadi bukit-bukit harapan
goyah tanpa kekukuhan dasar
dan mata pun memandang dalam gelap
lalu tersungkur tanpa pasrah
hanya menunggu bumi memamah.
Qalam Bertinta
19022013
2331pm
Kuucapkan selamat tinggal.
Kuucapkan selamat tinggal.
Untuk kali yang terakhir
kukatakan di sini
buat tatapan mata
dan bacaanmu
semoga engkau fahaminya.
Telah berulang kali
aku berikan peluang
untuk engkau berbaik
dan kembali semula
kepadaku.
Namun sia-sia
segala kesabaran
segala peluang
yang aku hidangkan
hanya sia-sia.
Kesabaranku
sudah mula sirna
hilang
bersama kerinduan
bertampuk masa.
Dan sekarang
aku ucapkan kepadamu
selamat tinggal
buat selama-lamanya
semoga engkau,
... berbahagia.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Untuk kali yang terakhir
kukatakan di sini
buat tatapan mata
dan bacaanmu
semoga engkau fahaminya.
Telah berulang kali
aku berikan peluang
untuk engkau berbaik
dan kembali semula
kepadaku.
Namun sia-sia
segala kesabaran
segala peluang
yang aku hidangkan
hanya sia-sia.
Kesabaranku
sudah mula sirna
hilang
bersama kerinduan
bertampuk masa.
Dan sekarang
aku ucapkan kepadamu
selamat tinggal
buat selama-lamanya
semoga engkau,
... berbahagia.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Alamat yang mencurigakan.
Alamat yang mencurigakan.
Dalam semak ada ular,
ular lidi si ular sawa;
wabak penggodam mula menular,
ditag ke semua tanpa dipelawa.
Langit merah nampak jingga,
semakin kelam di pinggir hari;
wahai kawan haruslah berjaga,
sekali terkena tak habis kenduri.
Berhati-hatilah teman-temanku semua.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Dalam semak ada ular,
ular lidi si ular sawa;
wabak penggodam mula menular,
ditag ke semua tanpa dipelawa.
Langit merah nampak jingga,
semakin kelam di pinggir hari;
wahai kawan haruslah berjaga,
sekali terkena tak habis kenduri.
Berhati-hatilah teman-temanku semua.
ss/spl/pm ... 20/02/2013.
Senyumlah kasih.
Senyumlah kasih.
Tertusuk duri kubiarkan sahaja,
melekat di hati kubiarkan beradu;
senyumanmu kasih aku memuja,
kuhiaskan cinta berjambangan rindu.
Duri semalu tajam melengkari,
berselirat durinya tidak bermata;
senyumanmu kasih menghiasi sanubari,
berlafazan suci di singahsana cinta.
Senyuman gadis yang aku cintai.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Tertusuk duri kubiarkan sahaja,
melekat di hati kubiarkan beradu;
senyumanmu kasih aku memuja,
kuhiaskan cinta berjambangan rindu.
Duri semalu tajam melengkari,
berselirat durinya tidak bermata;
senyumanmu kasih menghiasi sanubari,
berlafazan suci di singahsana cinta.
Senyuman gadis yang aku cintai.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Mati itu pasti.
Mati itu pasti.
Patah akan tumbuh
yang hilang akan berganti
namun ingatan akan tetap bersemi
kenangan akan kekal di hati
sebuah keabadian hakiki
menemani dan akan terus mewarnai
menjadi sebuah memori
yang tidak akan dapat ditukar ganti
menjadi penguat semangat rohani
di kala jasmani pasti
merindui.
Yang hidup pasti akan merasai mati.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Patah akan tumbuh
yang hilang akan berganti
namun ingatan akan tetap bersemi
kenangan akan kekal di hati
sebuah keabadian hakiki
menemani dan akan terus mewarnai
menjadi sebuah memori
yang tidak akan dapat ditukar ganti
menjadi penguat semangat rohani
di kala jasmani pasti
merindui.
Yang hidup pasti akan merasai mati.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Tuesday, February 19, 2013
MAAFKAN AKU
MAAFKAN AKU
Emosi menghambur
persis halilintar
mencerlang api kemarahan
nyalaan syaitan
Terlukis kata
tajam berbisa
dari bahasa kerawanan
jiwa yang tiada keruan
Maafkan aku
kerana menjadi aku
bukan menjadi diri
yang engkau kenali
~aniyus~teratak nak roboh~
19Feb2013 / 5.05 pm
...baik budimu tetap bersemadi di hati, tatkala mencari paksi bicara terungkap sesuka hati, maafkanlah aku...
PELIKAT RINDU II
PELIKAT RINDU II
Telah usang
dimamah waktu
kasih hilang
bilakan bertemu
Kasih hilang
bilakan bertemu
munajat panjang
dalam doa cinta bertemu
Munajat panjang
dalam doa cinta bertemu
walau jauh untuk dipandang
rindu setia tetap bertamu
Walau jauh untuk dipandang
rindu setia tetap bertamu
hanya itu kenanganmu abang
peneman setia pelikat rindu
~aniyus~teratak nak roboh~
19Feb2013 / 4.00 pm
Telah usang
dimamah waktu
kasih hilang
bilakan bertemu
Kasih hilang
bilakan bertemu
munajat panjang
dalam doa cinta bertemu
Munajat panjang
dalam doa cinta bertemu
walau jauh untuk dipandang
rindu setia tetap bertamu
Walau jauh untuk dipandang
rindu setia tetap bertamu
hanya itu kenanganmu abang
peneman setia pelikat rindu
~aniyus~teratak nak roboh~
19Feb2013 / 4.00 pm
HINGGA KE JANNAH
HINGGA KE JANNAH
Cahaya di atas cahaya
menyuluh jiwa
pelupuk tertutup
menyatu rasa
bibir bergetar
basah zikrullah
Sujud hamba
di hening waktu
titis menyemai
di sejadah cinta
sunyi terus larut
dalam munajat panjang
seorang hamba
Kasturi maghfirah
menebar harum
mengharap redha
kasih ILAHI
Hingga ke Jannah
mawaddah
mahabbah
ikatan hati
hanya kerana ALLAH
~aniyus~teratak nak roboh~
19Feb2013 / 5.03 am
~ BICARA SANG PENYAIR~
~ BICARA SANG PENYAIR~
lembar-lembar waktu …
kurajut menjadi hamparan kisah
yang bercerita tanpa suara
gurat-gurat luka …
kujadikan rona pelangi di hati
... menguak jendela pilu dalam dada
bara racun...
kucari penawarnya
buat membasahi hati yang dahaga
saat dahaga mengundang gersang dalam jiwa...
ampuh jiwaku mengendong bicara yang hadir di bibir
lantas kubiarkan jemari ini untuk terus menari
biarpun pincang nadanya
aku ingin ia bisa menggurat di bilah-bilah rasa
menyentuh hati kita-kita
yang bisa mengerti bahasa yang kueja
KERANAMU
KERANAMU
Apa erti kehidupan
jika kita berfikiran sama
dunia akan mati tanpa perubahan
perbezaan
siang tiada malam
kemarau berterusan
keranamu
aku ingin hidup
seribu tahun lagi
yahyaisa
Segamat Johor
19022013
Apa erti kehidupan
jika kita berfikiran sama
dunia akan mati tanpa perubahan
perbezaan
siang tiada malam
kemarau berterusan
keranamu
aku ingin hidup
seribu tahun lagi
yahyaisa
Segamat Johor
19022013
~♥ Abstrak ♥~
~♥ Abstrak ♥~
Komplikasi bagi yang tidak mengerti
struktur-struktur yang terbina
berdiri meneguh dari klimak yang berbeza
dengan indeks-indeks tertera
dari frasa-frasa yang tercipta
menjadikan abstrak cinta
hipnotisme panca indera
hingga menjadi alpa
tidak mendapat membezakan
antara mutia dan kaca
mengecewakan
hampa
dan merana
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 19/02/2013 ~ Kota Singa
Komplikasi bagi yang tidak mengerti
struktur-struktur yang terbina
berdiri meneguh dari klimak yang berbeza
dengan indeks-indeks tertera
dari frasa-frasa yang tercipta
menjadikan abstrak cinta
hipnotisme panca indera
hingga menjadi alpa
tidak mendapat membezakan
antara mutia dan kaca
mengecewakan
hampa
dan merana
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 19/02/2013 ~ Kota Singa
~♥ Hukum cinta? ♥~
~♥ Hukum cinta? ♥~
Permainan bibir yang manis
melumpuhkan anggota
bisanya dari suntikan lidah tiada bertulang
tanpa sedari mengalir dari nadi ke jantung
mati kekeringan tiada insan kelihatan
Frasa-frasa cinta tergantung
terapung di ambum
bukan antologi tapi realiti
menghukum tanpa hakim
membunuh tanpa di sedari
Biar dibakar sang suria
biar diabu mengikut bayu
biar hilang dari pandangan
biar mati tanpa kelihatan
Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 19/02/2013 ~ Kota Singa
Permainan bibir yang manis
melumpuhkan anggota
bisanya dari suntikan lidah tiada bertulang
tanpa sedari mengalir dari nadi ke jantung
mati kekeringan tiada insan kelihatan
Frasa-frasa cinta tergantung
terapung di ambum
bukan antologi tapi realiti
menghukum tanpa hakim
membunuh tanpa di sedari
Biar dibakar sang suria
biar diabu mengikut bayu
biar hilang dari pandangan
biar mati tanpa kelihatan
Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 19/02/2013 ~ Kota Singa
RINTIHAN SETINGGAN
RINTIHAN SETINGGAN
Diseru ke kota 70
membina desa Melayu
struktur semula ekonomi baru
merapat jurang penampilan etnik
meredah hutan mengerah keringat
membina penempatan
kini
ganas tanpa simpati
berderai tiang dinding
ranap berkecai
dilanyak jentolak
dinafi hak
merintih sedih
merayu pilu
sendu setinggan
bagai sampah dipunggah
anjing kurap diusir
demi konglomerat
kami merempat
yahyaisa
Segamat Johor
19022013
Diseru ke kota 70
membina desa Melayu
struktur semula ekonomi baru
merapat jurang penampilan etnik
meredah hutan mengerah keringat
membina penempatan
kini
ganas tanpa simpati
berderai tiang dinding
ranap berkecai
dilanyak jentolak
dinafi hak
merintih sedih
merayu pilu
sendu setinggan
bagai sampah dipunggah
anjing kurap diusir
demi konglomerat
kami merempat
yahyaisa
Segamat Johor
19022013
Izinkan aku bersendiri.
Izinkan aku bersendiri.
Telah terbukti riaknya mentari
di langit berembun di tengah nan hari
tetap menyelit menampilkan diri
walaupun embun ingin menyendiri.
Di danau hati embun berlari.
ss/spl/pm ... 19/02/2013
Telah terbukti riaknya mentari
di langit berembun di tengah nan hari
tetap menyelit menampilkan diri
walaupun embun ingin menyendiri.
Di danau hati embun berlari.
ss/spl/pm ... 19/02/2013
PANTUN RAKYAT
PANTUN RAKYAT
Mudik juragan panglima berdiri,
Jejaka tampan cemas kepalang;
Asyik bercakaran sesama sendiri,
Pusaka warisan dirampas orang.
Berkincah di paya angsa mengetis,
Sempilai berenang diperhati puteri;
Khazanah kaya bangsa mengemis,
Bagai menumpang di bumi sendiri.
Makanan basi baki semalam,
simbah ke parit dalam hujan;
umpan diberi berduri dalam,
tersalah gigit dihunjam joran.
Simpul ikatan tali terjejas,
kuat dipintal badan berdiri;
dikumpul umpan kail dilepas,
dibuat modal kekuatan diri.
yahyaisa
segamat Johor
19022013
Mudik juragan panglima berdiri,
Jejaka tampan cemas kepalang;
Asyik bercakaran sesama sendiri,
Pusaka warisan dirampas orang.
Berkincah di paya angsa mengetis,
Sempilai berenang diperhati puteri;
Khazanah kaya bangsa mengemis,
Bagai menumpang di bumi sendiri.
Makanan basi baki semalam,
simbah ke parit dalam hujan;
umpan diberi berduri dalam,
tersalah gigit dihunjam joran.
Simpul ikatan tali terjejas,
kuat dipintal badan berdiri;
dikumpul umpan kail dilepas,
dibuat modal kekuatan diri.
yahyaisa
segamat Johor
19022013
Terowong Cinta
Terowong Cinta
saat kumemerlukan nafas-nafas rindu
dalam perangkap terowong cinta
kau limparkan kandil cahaya harap
pada sebuah jurang bisu
yang sukar kumaknai
di denai mana harus kutapaki
mencari bait kasih yang pernah kauukir
pada dinding hati yang dipenuhi sesawang ragu.
kautega melihatku dibungkus debu
sedang kita terperangkap sama menelusuri cita
menganyam rindu pada sebuah cinta terlarang
dan dalam keterasingan terbuta hati
kita telan bersama semua yang menghalang
demi sebuah keegoan yang memamah diri.
Embi Estar - 19 Februari 2013
saat kumemerlukan nafas-nafas rindu
dalam perangkap terowong cinta
kau limparkan kandil cahaya harap
pada sebuah jurang bisu
yang sukar kumaknai
di denai mana harus kutapaki
mencari bait kasih yang pernah kauukir
pada dinding hati yang dipenuhi sesawang ragu.
kautega melihatku dibungkus debu
sedang kita terperangkap sama menelusuri cita
menganyam rindu pada sebuah cinta terlarang
dan dalam keterasingan terbuta hati
kita telan bersama semua yang menghalang
demi sebuah keegoan yang memamah diri.
Embi Estar - 19 Februari 2013
DALAM MENAFSIR
DALAM MENAFSIR
Usah kausalah tafsir
pada setiap patah kata-kataku
kerana bila tafsiranmu tersilap
andaianmu akan jauh meleset
dan kejujuran pun mula mengacum
lalu terciptalah titik-titik ragu
yang membawa kepada keputusan mudah
…perpisahan.
Dan cinta pun sekah
di dahan kesetiaan!... .
Qalam Bertinta
18022013
2319pm
Usah kausalah tafsir
pada setiap patah kata-kataku
kerana bila tafsiranmu tersilap
andaianmu akan jauh meleset
dan kejujuran pun mula mengacum
lalu terciptalah titik-titik ragu
yang membawa kepada keputusan mudah
…perpisahan.
Dan cinta pun sekah
di dahan kesetiaan!... .
Qalam Bertinta
18022013
2319pm
Gelora.
Gelora.
Di saat malam hujan bertitisan
bumi kebasahan,
... aku kecanduan.
Hangatnya sebuah sentuhan.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Di saat malam hujan bertitisan
bumi kebasahan,
... aku kecanduan.
Hangatnya sebuah sentuhan.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Kecundang.
Kecundang.
Pijar pandangan
silauan kehampaan
lesu pelayaran
kelayuan.
Ampuh kecundangan
dahulu gah mengawan
tiangnya kerapuhan
kepatahan.
Adakah keajaiban
dari lantai yang mula ketirisan
layar yang ketirusan
kekeringan.
Di tengah lautan
mengharapkan bayu dikembalikan
teroleng-oleng bergoyangan
mencari daratan.
Kecundangnya sebuah pelayaran.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Pijar pandangan
silauan kehampaan
lesu pelayaran
kelayuan.
Ampuh kecundangan
dahulu gah mengawan
tiangnya kerapuhan
kepatahan.
Adakah keajaiban
dari lantai yang mula ketirisan
layar yang ketirusan
kekeringan.
Di tengah lautan
mengharapkan bayu dikembalikan
teroleng-oleng bergoyangan
mencari daratan.
Kecundangnya sebuah pelayaran.
ss/spl/pm ... 19/02/2013.
Haluan dosa semalam.
Haluan dosa semalam.
Haluanku masih jauh
masih belum menemui perhentiannya
liku-liku berliku
berselirat di hadapanku
menggetarkanku.
Debu-debu karat, tepu
masih membelenggu perjalananku
masih berselirat
menambahkan kusam
di wajahku.
Tercalit noda,
... dosa semalamku.
Masih adakah perhentian untukku.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Haluanku masih jauh
masih belum menemui perhentiannya
liku-liku berliku
berselirat di hadapanku
menggetarkanku.
Debu-debu karat, tepu
masih membelenggu perjalananku
masih berselirat
menambahkan kusam
di wajahku.
Tercalit noda,
... dosa semalamku.
Masih adakah perhentian untukku.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
terkedu
terkedu
malam membeliak mata
terkedu
menyaksi neon menjelir cahaya
dan manusia tiada henti
beraksi
bagai tiada makna kewujudannya malam...
CNM
malam membeliak mata
terkedu
menyaksi neon menjelir cahaya
dan manusia tiada henti
beraksi
bagai tiada makna kewujudannya malam...
CNM
TOMAN
TOMAN
Dicanang merata
tidak siapa menyangkal
sungai miliknya
lepa dibaham
gugur tidak selamat
tangkas toman menerkam
rakus menggila
di penghujung usia
toman tidak bermaya
busuk kepala perut reput
sisa tenaga tua
penghuni ceria
hati lega
sungai damai kembali tenang
tebing menghijau
khazanah milik semua
yahyaisa
Segamat Johor
18022013
Dicanang merata
tidak siapa menyangkal
sungai miliknya
lepa dibaham
gugur tidak selamat
tangkas toman menerkam
rakus menggila
di penghujung usia
toman tidak bermaya
busuk kepala perut reput
sisa tenaga tua
penghuni ceria
hati lega
sungai damai kembali tenang
tebing menghijau
khazanah milik semua
yahyaisa
Segamat Johor
18022013
Berguguran
Berguguran
...dan apabila objek-objek di angkasa
mula menghentam damai alam
telah beranjak laluannya
yang memungkinkan
hujan asteroid kian lebat
menghunjam bumi
hancur lebur...
marilah berdoa
kepada Yang Esa
agar menjauhkan segala bencana
yang tak disangka-sangka
kerana janji-janji-Nya
tiada satu didustakan
bumi sudah di akhir zaman...
"Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap" : Al-Infitar
CNM
...dan apabila objek-objek di angkasa
mula menghentam damai alam
telah beranjak laluannya
yang memungkinkan
hujan asteroid kian lebat
menghunjam bumi
hancur lebur...
marilah berdoa
kepada Yang Esa
agar menjauhkan segala bencana
yang tak disangka-sangka
kerana janji-janji-Nya
tiada satu didustakan
bumi sudah di akhir zaman...
"Apabila langit terbelah dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, dan apabila lautan dijadikan meluap" : Al-Infitar
CNM
~Tanya Tanpa Jawab~
~Tanya Tanpa Jawab~
malam...
dakap kusamnya buat raga meneka-neka
pada tanya tanpa jawab
apa
kenapa
mengapa
terus tiada yang bisa hadir memberikan cahaya
meskipun hanya sependar kerdip si kunang-kunang
masih tetap kelam yang menyapa pandang....
dan kini...
hati terbelenggu dek sesal yang tak sudah
tegar aku mencari sinar di jeda malam
cuba melakar sejuta bintang di puncak rasa
dengan segala asa yang ada
merajut tiap rindu yang melukis mimpi
namun saat pelangi menegurku di hujung dini
baru kusedari, aku hanya kabut di hujung senja
yang tak pernah terkesan akan indahnya....
malam...
dakap kusamnya buat raga meneka-neka
pada tanya tanpa jawab
apa
kenapa
mengapa
terus tiada yang bisa hadir memberikan cahaya
meskipun hanya sependar kerdip si kunang-kunang
masih tetap kelam yang menyapa pandang....
dan kini...
hati terbelenggu dek sesal yang tak sudah
tegar aku mencari sinar di jeda malam
cuba melakar sejuta bintang di puncak rasa
dengan segala asa yang ada
merajut tiap rindu yang melukis mimpi
namun saat pelangi menegurku di hujung dini
baru kusedari, aku hanya kabut di hujung senja
yang tak pernah terkesan akan indahnya....
Mimpi.
Mimpi.
Kulayarkan bahtera mimpi
di lautan sepi
kompas igauanku ligat berpusing
bergetar jarumnya,
... kabut melengkari.
Apakah maksudnya mimpiku tadi.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Kulayarkan bahtera mimpi
di lautan sepi
kompas igauanku ligat berpusing
bergetar jarumnya,
... kabut melengkari.
Apakah maksudnya mimpiku tadi.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
LAPAR
LAPAR
Berirama senandung petang
nyanyian pankreas
jus lemon memedih
di puisi hati
Menjeling sesisir pandang
sematu masak meranum
pijar minyak di kuali hidup
menerbit aroma harum
Secangkir kopi pahit
berjenama cikgu
gemawan mendung
menitis manja-manja si comel
menemani sunyi petangku
bersama sepinggan
pisang goreng
dari pekebunan rindu
ayahanda tercinta
Sebenarnya aku lapar
~aniyus~
...teratak nak roboh...
18Feb2013 : 6.06 pm
~indahnya gerimis-gerimis halus-memercik ke wajah-memercik rindu kepalang tanggung~
Berirama senandung petang
nyanyian pankreas
jus lemon memedih
di puisi hati
Menjeling sesisir pandang
sematu masak meranum
pijar minyak di kuali hidup
menerbit aroma harum
Secangkir kopi pahit
berjenama cikgu
gemawan mendung
menitis manja-manja si comel
menemani sunyi petangku
bersama sepinggan
pisang goreng
dari pekebunan rindu
ayahanda tercinta
Sebenarnya aku lapar
~aniyus~
...teratak nak roboh...
18Feb2013 : 6.06 pm
~indahnya gerimis-gerimis halus-memercik ke wajah-memercik rindu kepalang tanggung~
PALIT
PALIT
Bayang semalam yang celaka
semakin menyelimuti diri
rasa yang pekat
lara yang sarat.
Mimpi semalam yang indah
semakin memeluk hati
wangi yang harum
rasa yang ranum.
Bayang dan mimpi,
kita duduk antaranya
memendam rasa.
Ini bukan ilham simpasi
mengajar kita untuk berdiri.
Akankah tiba masanya
palit ini ...
Pergi.
.
Angah Arie
Seremban 18021
Bayang semalam yang celaka
semakin menyelimuti diri
rasa yang pekat
lara yang sarat.
Mimpi semalam yang indah
semakin memeluk hati
wangi yang harum
rasa yang ranum.
Bayang dan mimpi,
kita duduk antaranya
memendam rasa.
Ini bukan ilham simpasi
mengajar kita untuk berdiri.
Akankah tiba masanya
palit ini ...
Pergi.
.
Angah Arie
Seremban 18021
GUGUR
GUGUR
Telah gugur
dedaun rasa
kering tak bermaya
Telah gugur
sejuta rasa
di perdu luka
Telah gugur
senyum sejiwa
merantai hiba
~teratak nak roboh~
18Feb2013
~gemawan petang senyum dalam mendung-apakah langit akan menangis lagi~
Telah gugur
dedaun rasa
kering tak bermaya
Telah gugur
sejuta rasa
di perdu luka
Telah gugur
senyum sejiwa
merantai hiba
~teratak nak roboh~
18Feb2013
~gemawan petang senyum dalam mendung-apakah langit akan menangis lagi~
MENCARI KEBENARAN
MENCARI KEBENARAN
Masihkah ada kebenaran
dalam lembah kepalsuan
tanpa ketelusan dan keadilan
integriti mati
amanah rebah
maruah tergadai
pusaka hilang
bertopeng
kerana nama
mendabik wira
pejuang bangsa
pusaka terlepas
bangsa menanggung
gedung ekonomi
kita canang
milik orang
mimpikah aku
atau ini realiti kehidupan
harga sebuah pembangunan
kita terkorban
yahyaisa
Segamat Johor
18022013
Masihkah ada kebenaran
dalam lembah kepalsuan
tanpa ketelusan dan keadilan
integriti mati
amanah rebah
maruah tergadai
pusaka hilang
bertopeng
kerana nama
mendabik wira
pejuang bangsa
pusaka terlepas
bangsa menanggung
gedung ekonomi
kita canang
milik orang
mimpikah aku
atau ini realiti kehidupan
harga sebuah pembangunan
kita terkorban
yahyaisa
Segamat Johor
18022013
Di sudut kaki lima (anak-anak jalanan)
Di sudut kaki lima (anak-anak jalanan)
Sepasang mata sayu
berwajah penuh lesu, kusam
bertafakur hiba dan lesu
merenung sepi hati yang walang
Anak-anak jalanan itu
duduk bersimpuh
di tebing muara lalu-lalang
hanya
berbekalkan tin kosong
dan kudrat kecil
meraih simpati santapan dini
Anak-anak jalanan itu
cekal dan tabah
tanpa rasa walang
dihimpit waktu silih berganti
rezeki itu harus diraih
dari sudut ke sudut
tanpa rasa jemu dan
jenuh.. .
MENTARI NUR
1822013
Teratak damai
NS#
Sepasang mata sayu
berwajah penuh lesu, kusam
bertafakur hiba dan lesu
merenung sepi hati yang walang
Anak-anak jalanan itu
duduk bersimpuh
di tebing muara lalu-lalang
hanya
berbekalkan tin kosong
dan kudrat kecil
meraih simpati santapan dini
Anak-anak jalanan itu
cekal dan tabah
tanpa rasa walang
dihimpit waktu silih berganti
rezeki itu harus diraih
dari sudut ke sudut
tanpa rasa jemu dan
jenuh.. .
MENTARI NUR
1822013
Teratak damai
NS#
TERPALIT
TERPALIT
Di kala akal tidak berfungsi
di hati ada prasangka
tangisan pilu dan hiba
memohon ampun dan redha
perbuatan nista dan dusta
menghiris hati nan terluka
agar diri mendapat simpati
simpati dari hati yang suci
banyak tohmahan dan benci
kita yang tidak berdosa
terpalit dalam sengsara
apakah esok masih ada
menabur budi terhapusnya dosa.
18022013 6.18 am
Di kala akal tidak berfungsi
di hati ada prasangka
tangisan pilu dan hiba
memohon ampun dan redha
perbuatan nista dan dusta
menghiris hati nan terluka
agar diri mendapat simpati
simpati dari hati yang suci
banyak tohmahan dan benci
kita yang tidak berdosa
terpalit dalam sengsara
apakah esok masih ada
menabur budi terhapusnya dosa.
18022013 6.18 am
PASTI
PASTI
Datangmu tak kuundang
Pergimu tak akan kuhalang
kerana yang datang akan pergi
yang hilang akan berganti
patah akan tumbuh lagi
cuma satu yang aku pasti
yang pergi akan sentiasa di hati.
Qalam Bertinta
17022013
2349pm
Datangmu tak kuundang
Pergimu tak akan kuhalang
kerana yang datang akan pergi
yang hilang akan berganti
patah akan tumbuh lagi
cuma satu yang aku pasti
yang pergi akan sentiasa di hati.
Qalam Bertinta
17022013
2349pm
KE MANA KAKI HARUS DILANGKAH
KE MANA KAKI HARUS DILANGKAH
Sepahit apa yang kutelan
Sedalam apa yang kurasa
Pedihnya menikam
bisanya tingkah meningkah
mengalir darah kesakitan
sehayat hidup tiada berhenti
Mengejar pelangi indah
tersadung kaki tertusuk sembilu
selumbar tajam
mengoyak kejam
sekeping hati
luluh
Ke mana kaki harus melangkah
yang terbentang hanya
permaidani kerikil tajam
Sang Pengluka
tiada belas
merobek-robek
tulus kecil hati
~teratak nak roboh~ dinihari sunyi membungkusi alam~
18Feb2013
~aniyus~
Sepahit apa yang kutelan
Sedalam apa yang kurasa
Pedihnya menikam
bisanya tingkah meningkah
mengalir darah kesakitan
sehayat hidup tiada berhenti
Mengejar pelangi indah
tersadung kaki tertusuk sembilu
selumbar tajam
mengoyak kejam
sekeping hati
luluh
Ke mana kaki harus melangkah
yang terbentang hanya
permaidani kerikil tajam
Sang Pengluka
tiada belas
merobek-robek
tulus kecil hati
~teratak nak roboh~ dinihari sunyi membungkusi alam~
18Feb2013
~aniyus~
PUSARA CINTA
PUSARA CINTA
Belati cinta menikam
terlalu dalam
kautinggalkan tanpa pesan
derita berendam airmata
memuja pusara cinta
aku tak mampu
menanggung rindu
sepi sendiri
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
Belati cinta menikam
terlalu dalam
kautinggalkan tanpa pesan
derita berendam airmata
memuja pusara cinta
aku tak mampu
menanggung rindu
sepi sendiri
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
MENIMBA RASA
MENIMBA RASA
Sepintas cuba menimba rasa
entah bagaimana…
mengali telaga jiwa
menyulam karya raga
sisa bait yang belum terjamah tersia
dengan senyum terukir resah deria
sepintas cuba menimba rasa
entah seperti apa…
sebuah karya tanpa nyawa
tanpa tarian prosa berjiwa
dahaga nada melarik mesra
melantunkan tinta tanpa putik makna
sepintas cuba menimba rasa
ingin menyapa…
sedang angin merintih hiba
malam yang wajahnya setengah luka
tiada indah merangkul sukma
tiada gerimis akan berwarna.
~ Sekadar Catatan Tinta MataPena ~
::AlangEynna::
Feb 17, 2013; 11.40 pm
Sepintas cuba menimba rasa
entah bagaimana…
mengali telaga jiwa
menyulam karya raga
sisa bait yang belum terjamah tersia
dengan senyum terukir resah deria
sepintas cuba menimba rasa
entah seperti apa…
sebuah karya tanpa nyawa
tanpa tarian prosa berjiwa
dahaga nada melarik mesra
melantunkan tinta tanpa putik makna
sepintas cuba menimba rasa
ingin menyapa…
sedang angin merintih hiba
malam yang wajahnya setengah luka
tiada indah merangkul sukma
tiada gerimis akan berwarna.
~ Sekadar Catatan Tinta MataPena ~
::AlangEynna::
Feb 17, 2013; 11.40 pm
BELENGGU
BELENGGU
Mimpi-mimpiku pudar
dalam larut malam yang panjang
tatkala lena diganggu resah
memintal segala kenangan
kusut dan mengusutkan.
Ingin kugapai puncak rasa
tika nanar di pembaringan
dalam kelambu usang berselimut duka
tak kuingin rindu bertamu
andai juraian sedih menutup ruang
bertebaran mencari astaka cinta
hinggap namun terbelenggu.
Di antara litup waktu yang terbatas
aku menitip sekadar secuil harapan
bingkas dari pembaringan
namun masih terpenjara
dalam kelambu usang.
Qalam Bertinta
17022013
2237pm
Mimpi-mimpiku pudar
dalam larut malam yang panjang
tatkala lena diganggu resah
memintal segala kenangan
kusut dan mengusutkan.
Ingin kugapai puncak rasa
tika nanar di pembaringan
dalam kelambu usang berselimut duka
tak kuingin rindu bertamu
andai juraian sedih menutup ruang
bertebaran mencari astaka cinta
hinggap namun terbelenggu.
Di antara litup waktu yang terbatas
aku menitip sekadar secuil harapan
bingkas dari pembaringan
namun masih terpenjara
dalam kelambu usang.
Qalam Bertinta
17022013
2237pm
Kembalikan Bahteraku.
Kembalikan Bahteraku.
Wahai ombak badailah pantai rinduku
wahai laut hakislah pepasir dukaku
wahai bayu tamparlah kekulit laraku.
Tetapi!
Kembalikan,
... kembalikanlah bahtera
ketenanganku.
Aku perlukan bahteraku itu.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Wahai ombak badailah pantai rinduku
wahai laut hakislah pepasir dukaku
wahai bayu tamparlah kekulit laraku.
Tetapi!
Kembalikan,
... kembalikanlah bahtera
ketenanganku.
Aku perlukan bahteraku itu.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Erti Persahabatan.
Erti Persahabatan.
Ujudkah di hatimu
erti sebuah persahabatan
di saat kaumenghilang
dan memencilkan dirimu.
Dari teman-temanmu
yang acap kali dahagakan
dan merindui
gurauan dan usikanmu.
Usik mengusik
berteras dan berlandaskan
persahabatan akrab
dan sejati.
Teman berteman
ikhlas di hati
hormat menghormati
sesama ahli.
Di saat itulah
kaumenghilangkan diri
senyap
tanpa mahu bertegur sapa.
Sedangkan kita semua tahu
akan kewujudan dirimu
di sebalik jendela kaku
dan bisu.
Ujudkah? ... erti persahabatan di hatimu itu.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
Ujudkah di hatimu
erti sebuah persahabatan
di saat kaumenghilang
dan memencilkan dirimu.
Dari teman-temanmu
yang acap kali dahagakan
dan merindui
gurauan dan usikanmu.
Usik mengusik
berteras dan berlandaskan
persahabatan akrab
dan sejati.
Teman berteman
ikhlas di hati
hormat menghormati
sesama ahli.
Di saat itulah
kaumenghilangkan diri
senyap
tanpa mahu bertegur sapa.
Sedangkan kita semua tahu
akan kewujudan dirimu
di sebalik jendela kaku
dan bisu.
Ujudkah? ... erti persahabatan di hatimu itu.
ss/spl/pm ... 18/02/2013.
TOPENG MANUSIA
TOPENG MANUSIA
topeng- topeng insan di sekitar aku,
riaknya tulus suci laksana mata air,
yang mengalir lembut di celahan batu,
niat mereka terlindung dek kabus-kabus putih,
hingga tak terlihatkan mana permata mana palsunya,
hairan,
manusia ini bertebaran di merata,
mencari mangsa-mangsa permainan mereka,
kasihan,
siapa pendek akal pasti terkena,
siapa tanpa pengalaman dunia menangis tiada akhirnya,
bukan salah dia,
tapi mereka yang mencipta topeng-topeng itu,
mereka salah berbuat begitu,
bukankah ada ibu yang berpesan,
awasi diri dari kenakalan si topeng,
kerna bimbang kamu menjadi mangsa,
kerna bimbang kamu kecewa,
kerna bimbang kamu putus nyawa sebelum ajal menjemput,
hati-hatilah dengan si topeng,
ada yang baik ada yang jahat.
topeng- topeng insan di sekitar aku,
riaknya tulus suci laksana mata air,
yang mengalir lembut di celahan batu,
niat mereka terlindung dek kabus-kabus putih,
hingga tak terlihatkan mana permata mana palsunya,
hairan,
manusia ini bertebaran di merata,
mencari mangsa-mangsa permainan mereka,
kasihan,
siapa pendek akal pasti terkena,
siapa tanpa pengalaman dunia menangis tiada akhirnya,
bukan salah dia,
tapi mereka yang mencipta topeng-topeng itu,
mereka salah berbuat begitu,
bukankah ada ibu yang berpesan,
awasi diri dari kenakalan si topeng,
kerna bimbang kamu menjadi mangsa,
kerna bimbang kamu kecewa,
kerna bimbang kamu putus nyawa sebelum ajal menjemput,
hati-hatilah dengan si topeng,
ada yang baik ada yang jahat.
NUR DAN NAR
NUR DAN NAR
Nur dan Nar
dua wajah bertingkah
bersilih ganti
watak berbeza
destinasi tersendiri
Nur sederhana
penuh cabaran menguji keikhlasan
bukan kerana pangkat harta
panduan jelas
jalan mahmudah
tuai di sana
Nar jelita penggoda
narsisime hiasan diri
bersalut intan permata
cinta dunia fana pangkat harta
nikmat semantara
musibah ditempah
derita di sana
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
Nur dan Nar
dua wajah bertingkah
bersilih ganti
watak berbeza
destinasi tersendiri
Nur sederhana
penuh cabaran menguji keikhlasan
bukan kerana pangkat harta
panduan jelas
jalan mahmudah
tuai di sana
Nar jelita penggoda
narsisime hiasan diri
bersalut intan permata
cinta dunia fana pangkat harta
nikmat semantara
musibah ditempah
derita di sana
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
Renungan bersama.
Renungan bersama.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat
akan apa yang hamba-Nya lakukan
dan disembunyikan dari pandangan mata sekalian insan
walaupun sekecil zarah ataupun sebesar gajah
jadi ingatlah!
... sentiasalah berbuat baik
dan buangkanlah sifat dengki di hati
dan berburuk sangka
sesama kita
hamba-hamba Allah yang Esa.
Doa orang yang teraniaya tiada hijab-Nya.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat
akan apa yang hamba-Nya lakukan
dan disembunyikan dari pandangan mata sekalian insan
walaupun sekecil zarah ataupun sebesar gajah
jadi ingatlah!
... sentiasalah berbuat baik
dan buangkanlah sifat dengki di hati
dan berburuk sangka
sesama kita
hamba-hamba Allah yang Esa.
Doa orang yang teraniaya tiada hijab-Nya.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Mampukah aku.
Mampukah aku.
Mampukah aku
lari dari segala luka
lari dari seksa
yang merenyuk jiwa
menghimpit raga,
lari dari segala duka
lari dari lara
lari dari sengketa
tohmahan dan fitnah
menikam dada.
Dan kubiarkan sahaja
segala masaalah yang ada
tersungkur dengan sendirinya
di dada senja
berarak rona gelita,
sedangkan aku
di kaki langit jingga
berlunjur kaki
dan bersila panggung
menikmati senja.
Mampukah aku ... .
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Mampukah aku
lari dari segala luka
lari dari seksa
yang merenyuk jiwa
menghimpit raga,
lari dari segala duka
lari dari lara
lari dari sengketa
tohmahan dan fitnah
menikam dada.
Dan kubiarkan sahaja
segala masaalah yang ada
tersungkur dengan sendirinya
di dada senja
berarak rona gelita,
sedangkan aku
di kaki langit jingga
berlunjur kaki
dan bersila panggung
menikmati senja.
Mampukah aku ... .
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Sunday, February 17, 2013
KEAMPUNANMU KUPOHON
KEAMPUNANMU KUPOHON
Tuhanku
di tengah-tengah gemerlap langitMu
tenggelam semua mata makhluk
yang lena tertidur
tetapi pintuMu terbuka luas
untukku memohon belas kasihMu.
Aku datang menghadap
untuk memohon keampunanMu
kasihanilah daku wahai Tuhan
ketika aku melakukan maksiat
bukan kerana aku ragukanMu
bukan kerana mengabaikan seksaanMu
bukan juga menentang hukumMu
tapi aku lakukan kerana hawa nafsuku
oleh itu Engkau hulurkanlah tirai
untuk melindungi segala keaibanku.
Maha Suci Allah
Engkau dilawan seakan Engkau tiada
Engkau terlalu Pemurah
seolah-olah aku tidak pernah melawanMu
kerdilnya aku dalam melihat ciptaanMu.
Qalam Bertinta
17022013
1919pm
Kalau Tak Suka
Kalau Tak Suka
Kalau tak suka puisi
jangan kata puisi susah dimengerti
hanya mainan bahasa pemuisi
bukan realiti
bukan juga mimpi
hanya imiginasi...
jika tak suka
cari saja yang masuk minda
pilihan di tangan anda
tak perlu nak menghina
tak perlu nak mencerca
tambah dosa...
CNM
Kalau tak suka puisi
jangan kata puisi susah dimengerti
hanya mainan bahasa pemuisi
bukan realiti
bukan juga mimpi
hanya imiginasi...
jika tak suka
cari saja yang masuk minda
pilihan di tangan anda
tak perlu nak menghina
tak perlu nak mencerca
tambah dosa...
CNM
SATU TITIK
SATU TITIK
pendam peram
kumpul ilham
memaknai nilam
tingkat azam
usah gusar
dalam nanar
ilham akan mekar
menyerlah sinar
satu titik ada makna
himpunkan aksara
warna jiwa
cetusan pujangga
kalam sastera
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
pendam peram
kumpul ilham
memaknai nilam
tingkat azam
usah gusar
dalam nanar
ilham akan mekar
menyerlah sinar
satu titik ada makna
himpunkan aksara
warna jiwa
cetusan pujangga
kalam sastera
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
Pilihan
Pilihan
jika kamu tiba di satu persimpangan
yang memaksa kamu memilih antara dua
pilihlah
siapa yang menenangkan
siapa yang tidak berjeda pada persoalaan
siapa yang ada apabila memerlukan
siapa yang banyak memberi pendengaran
siapa yang mucul dalam ingatan
mudahan
pilihanmu tiada sesalan...
CNM
jika kamu tiba di satu persimpangan
yang memaksa kamu memilih antara dua
pilihlah
siapa yang menenangkan
siapa yang tidak berjeda pada persoalaan
siapa yang ada apabila memerlukan
siapa yang banyak memberi pendengaran
siapa yang mucul dalam ingatan
mudahan
pilihanmu tiada sesalan...
CNM
BAJU
BAJU
baju yang aku pakai,
bertahun ini,
sebenarnya kamu boleh pakai,
jika kamu ada segumpal hati,
berjantung sebaris senyuman yang aku beri.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
170213.
baju yang aku pakai,
bertahun ini,
sebenarnya kamu boleh pakai,
jika kamu ada segumpal hati,
berjantung sebaris senyuman yang aku beri.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
170213.
NAFSI NAFSI
NAFSI NAFSI
Nafsi nafsi
peduli orang
aku ingin hidup
seribu tahun lagi
menongkat langit
arah berbeza
kelek impian harapan
lemas terbiar
menang disanjung
topeng kehidupan
warna budaya
aku cuma aku
tuju mercu
matlamat halal cara
survival diri
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
Nafsi nafsi
peduli orang
aku ingin hidup
seribu tahun lagi
menongkat langit
arah berbeza
kelek impian harapan
lemas terbiar
menang disanjung
topeng kehidupan
warna budaya
aku cuma aku
tuju mercu
matlamat halal cara
survival diri
yahyaisa
Segamat Johor
17022013
DARI TENGAH
DARI TENGAH
terciptalah puisi ini,
dari tengah tanah huma,
berbelukar jerami padi,
bukan dari lalang berbunga,
ia mengetarkan nadi,
dari tengah jantung dan sukma,
berdarah merah permai damai,
tida lagi ragu kecuali menunggu masa,
sengsara dari tengah usai selesai.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
170213.
terciptalah puisi ini,
dari tengah tanah huma,
berbelukar jerami padi,
bukan dari lalang berbunga,
ia mengetarkan nadi,
dari tengah jantung dan sukma,
berdarah merah permai damai,
tida lagi ragu kecuali menunggu masa,
sengsara dari tengah usai selesai.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
170213.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Harapkan pagar, pagar makan padi.
Apa nak jadi dengan masyarakat zaman ini
bagaikan pagar yang diharapkan berdiri
pagar pula yang memakan padi
lalang dan semak semakin meninggi
sang unggas pergi tak akan kembali lagi.
Ibubapa di haluan khayalan sendiri
asyiknya berjoli dan ralitnya berjudi
anak-anak terbiar hidup menyendiri
makan dan pakai tidak dipeduli
persekolahan juga dipandang sepi.
Masaalah sosial semakin membanjiri
pelacuran dan maksiat semakin menjadi-jadi
tauke-tauke gendut ketawa dan menari
riang di hati mereka, suapan telahpun diberi
agar penguatkuasa mendiamkan diri.
Inikah lumrah dunia di masa ini
institusi kekeluargaan hancur di tapak kaki
keruntuhan akhlak generasi harapan pertiwi
akidah pula semakin ditolak tepi
masyarakat hilang nilai-nilai murni.
Ditutupkan mata, telinga pula dimangga dengan kunci.
ss/spl/pm ... 05/02/2013
0800 pagi, Nilai, Negeri Sembilan.
Apa nak jadi dengan masyarakat zaman ini
bagaikan pagar yang diharapkan berdiri
pagar pula yang memakan padi
lalang dan semak semakin meninggi
sang unggas pergi tak akan kembali lagi.
Ibubapa di haluan khayalan sendiri
asyiknya berjoli dan ralitnya berjudi
anak-anak terbiar hidup menyendiri
makan dan pakai tidak dipeduli
persekolahan juga dipandang sepi.
Masaalah sosial semakin membanjiri
pelacuran dan maksiat semakin menjadi-jadi
tauke-tauke gendut ketawa dan menari
riang di hati mereka, suapan telahpun diberi
agar penguatkuasa mendiamkan diri.
Inikah lumrah dunia di masa ini
institusi kekeluargaan hancur di tapak kaki
keruntuhan akhlak generasi harapan pertiwi
akidah pula semakin ditolak tepi
masyarakat hilang nilai-nilai murni.
Ditutupkan mata, telinga pula dimangga dengan kunci.
ss/spl/pm ... 05/02/2013
0800 pagi, Nilai, Negeri Sembilan.
Mimpi.
Mimpi.
Pelayaranku mudik di lautan sepi
sekali lagi mencari destinasi
ke hulu ke udik tiada bertepian pasti
belum pasti hentinya lagi,
hanya berkabut tebal sesekali
meladeni sepi
menemani kesunyian hati.
Namun pelayaranku kali ini
berlainan sekali
walau sepi
keasyikan aku dalam melayari,
sehingga kubertekad di dalam hati
pelayaranku kali ini
akan kujadikan teman sejati.
Bulan dan bintang di langit yang tinggi
telah kuusir ke tepi
tidak kuizinkan lagi untuk menemani
pelayaranku di lautan sepi.
Pelayaranku memudiki mimpi.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Pelayaranku mudik di lautan sepi
sekali lagi mencari destinasi
ke hulu ke udik tiada bertepian pasti
belum pasti hentinya lagi,
hanya berkabut tebal sesekali
meladeni sepi
menemani kesunyian hati.
Namun pelayaranku kali ini
berlainan sekali
walau sepi
keasyikan aku dalam melayari,
sehingga kubertekad di dalam hati
pelayaranku kali ini
akan kujadikan teman sejati.
Bulan dan bintang di langit yang tinggi
telah kuusir ke tepi
tidak kuizinkan lagi untuk menemani
pelayaranku di lautan sepi.
Pelayaranku memudiki mimpi.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Wahai Gadis
Wahai Gadis
kumbang jalanan
mempersembahkan sedulang janji bermadu
buat memecah liur cintamu
hati-hatilah dengan lemak santan penuh racun
kelak kelapa mudamu ditebuk tupai
diteguk manis airnya
ditinggalkan kamu gugur sebelum masanya.
CNM
kumbang jalanan
mempersembahkan sedulang janji bermadu
buat memecah liur cintamu
hati-hatilah dengan lemak santan penuh racun
kelak kelapa mudamu ditebuk tupai
diteguk manis airnya
ditinggalkan kamu gugur sebelum masanya.
CNM
KUUNDANGMU DALAM MIMPIKU
KUUNDANGMU DALAM MIMPIKU
Aku ingin lena
agar dapatku undangmu
dalam mimpi
moga kita dapat bersama
melayari malam-malam indah
dalam asyiknya asmara kita
biarpun sekadar di batasi
bunga-bunga tidur.
Qalam Bertinta
16022013
2305pm
Aku ingin lena
agar dapatku undangmu
dalam mimpi
moga kita dapat bersama
melayari malam-malam indah
dalam asyiknya asmara kita
biarpun sekadar di batasi
bunga-bunga tidur.
Qalam Bertinta
16022013
2305pm
REMPIT
REMPIT
Sunyi malam dirobek
deruman pecutan haram
tuan jalanan
merempit tanpa aturan
perah minyak lajak
meluncur kubur
pertaruh nyawa
juara nama
nahas pusara
gadis duit taruhan
bertukar tangan
punah maruah
yahyaisa
Segamat Johor
06022013
Sunyi malam dirobek
deruman pecutan haram
tuan jalanan
merempit tanpa aturan
perah minyak lajak
meluncur kubur
pertaruh nyawa
juara nama
nahas pusara
gadis duit taruhan
bertukar tangan
punah maruah
yahyaisa
Segamat Johor
06022013
Imaginasi.
Imaginasi.
Cuba kaubayangkan
gambar ini adalah gambaran isi
di dalam kepalamu
jadikan deretan banggunan itu
sebagai plaza tol otak
yang aktif
menerima dan diperah kegunaan mindanya
dan cahaya itu
adalah ilham dan buah pemikiran
yang sentiasa bertali arus
diterima
dan memasuki otakmu.
Apa yang engkau dapat darinya.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Cuba kaubayangkan
gambar ini adalah gambaran isi
di dalam kepalamu
jadikan deretan banggunan itu
sebagai plaza tol otak
yang aktif
menerima dan diperah kegunaan mindanya
dan cahaya itu
adalah ilham dan buah pemikiran
yang sentiasa bertali arus
diterima
dan memasuki otakmu.
Apa yang engkau dapat darinya.
ss/spl/pm ... 17/02/2013.
Karang ada yang aku 'bakor', baru tahu.
Karang ada yang aku 'bakor', baru tahu.
Dingin melengkar sumsumku
belikat semakin beku
kepala yang berat semakin kematu
mata yang layu semakin layu
orang kat bawah ni pun satu
"pasang tv tak pekak ke telinga 'lu'"
menyeksakan ragaku.
Aduhai! ... sakit gigiku.
ss/spl/pm ... 16/02/2013.
Dingin melengkar sumsumku
belikat semakin beku
kepala yang berat semakin kematu
mata yang layu semakin layu
orang kat bawah ni pun satu
"pasang tv tak pekak ke telinga 'lu'"
menyeksakan ragaku.
Aduhai! ... sakit gigiku.
ss/spl/pm ... 16/02/2013.
DDATANG TIDAK DIUNDANG PERGI TIDAK DISURUH
DATANG TIDAK DIUNDANG PERGI TIDAK DISURUH
dalang itu datang,
ambil sekaki payung,
terpacak di hujung tanjung,
awal-awal seperti mahu bersaing,
nafas yang kuat tersendat rapuh seperti ranting,
garang menghurung bayang-bayang pena juang.
tidak pun diundang,
ia datang,
dan baliknya menyongsong,
angan-angan tamadun lampau ulung,
kata orang tua-tua dia bertanah moyang.
dalam kekusutan,
ia mendampingi mimpi-mimpi ngeri,
ungkitkan tamadun berkurun,
nyanyian si pari-pari kisah melerai iri hati,
dan suara pun jadi rusuh meruntun,
adab meniti jambatan budi,
nyamankan diri dari segala kekotoran,
getarnya jantung sedamai denyut nadi.
pergi tidak disuruh,
elehkan hak catatan sejarah,
ronyokkan peta dunia dalam paparan nyata berhujah,
gejala kedatangannya ludah ke langit merona celah,
indah dibatasi padamnya sebuah isi sejarah.
tidak disuruh bertandang ke mari,
ibarat angin meluruh merusuh,
dalam diam ia berlari,
ambil pasir aksi mencurah,
ke dalam periuk anak-anak bistari.
disuruh,
imbangi isi sebuah gembaran kemerdekaan,
sayang yang tidak merubah mengugah indah,
ulangi merindui temasya permulaan,
rimbunkan kasih,
usir usaikan percaturan dan pergolakan,
hadirnya tidak diundang perlulah beralih arah.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Perak Darul Ridzuan.
160213
dalang itu datang,
ambil sekaki payung,
terpacak di hujung tanjung,
awal-awal seperti mahu bersaing,
nafas yang kuat tersendat rapuh seperti ranting,
garang menghurung bayang-bayang pena juang.
tidak pun diundang,
ia datang,
dan baliknya menyongsong,
angan-angan tamadun lampau ulung,
kata orang tua-tua dia bertanah moyang.
dalam kekusutan,
ia mendampingi mimpi-mimpi ngeri,
ungkitkan tamadun berkurun,
nyanyian si pari-pari kisah melerai iri hati,
dan suara pun jadi rusuh meruntun,
adab meniti jambatan budi,
nyamankan diri dari segala kekotoran,
getarnya jantung sedamai denyut nadi.
pergi tidak disuruh,
elehkan hak catatan sejarah,
ronyokkan peta dunia dalam paparan nyata berhujah,
gejala kedatangannya ludah ke langit merona celah,
indah dibatasi padamnya sebuah isi sejarah.
tidak disuruh bertandang ke mari,
ibarat angin meluruh merusuh,
dalam diam ia berlari,
ambil pasir aksi mencurah,
ke dalam periuk anak-anak bistari.
disuruh,
imbangi isi sebuah gembaran kemerdekaan,
sayang yang tidak merubah mengugah indah,
ulangi merindui temasya permulaan,
rimbunkan kasih,
usir usaikan percaturan dan pergolakan,
hadirnya tidak diundang perlulah beralih arah.
Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Perak Darul Ridzuan.
160213
~♥ Bayangan gurauan ♥~
~♥ Bayangan gurauan ♥~
Di sangkar bindu
tersimpan di benjan hati
tarian bayanganmu bermain di panca indera
gelaran Sang Puteri si gadis misteri
siapakah dikau menari di alam fantasi
Dikau hadir di mimpi
melambai-lambai padaku dan terus pergi
adakah rasian atau realiti
bermain di fikiran ini
Bayangan gurauanmu senantiasa di pandanganku
di dalam berjaga aku mencari-cari
hadirlah dikau di hadapanku
menjalinkan percintaan yang terpendam selama ini
Andai aku diberikan emas dan permata
yang mengilapkan suasana
aku tetap memilihmu
kerana senyumanmu itu menusuk kalbu
memukaukan aku dalam berjaga
Dikau bagaikan kejora
di antara berjuta bintang yang berkerdipan
di angkasa yang terbentang
wajahmu aku terbayamg-bayang
Jangan biarkan aku ternanti-nanti
kerana perasaan menghimpit menikam atma
hingga aku lupa diri
mencarimu hingga kini
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa ~ 16/02/2013
Di sangkar bindu
tersimpan di benjan hati
tarian bayanganmu bermain di panca indera
gelaran Sang Puteri si gadis misteri
siapakah dikau menari di alam fantasi
Dikau hadir di mimpi
melambai-lambai padaku dan terus pergi
adakah rasian atau realiti
bermain di fikiran ini
Bayangan gurauanmu senantiasa di pandanganku
di dalam berjaga aku mencari-cari
hadirlah dikau di hadapanku
menjalinkan percintaan yang terpendam selama ini
Andai aku diberikan emas dan permata
yang mengilapkan suasana
aku tetap memilihmu
kerana senyumanmu itu menusuk kalbu
memukaukan aku dalam berjaga
Dikau bagaikan kejora
di antara berjuta bintang yang berkerdipan
di angkasa yang terbentang
wajahmu aku terbayamg-bayang
Jangan biarkan aku ternanti-nanti
kerana perasaan menghimpit menikam atma
hingga aku lupa diri
mencarimu hingga kini
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa ~ 16/02/2013
DUA KAPAL SATU NAKHODA
DUA KAPAL SATU NAKHODA
Jiwa rentung bilang waktu
dua kapal satu nakhoda
ribut dedebu
menyeksa
giliran pada nama
hadir jasad tanpa rasa
belai kasih hampa
rendah hati
monolog sepi
sendiri
aku bantal senja
dingin terbiar
batin pendam
derita
tanpa musim janji
terus gersang
tidak henti
yahyaisa
Segamat Johor
16022013
Jiwa rentung bilang waktu
dua kapal satu nakhoda
ribut dedebu
menyeksa
giliran pada nama
hadir jasad tanpa rasa
belai kasih hampa
rendah hati
monolog sepi
sendiri
aku bantal senja
dingin terbiar
batin pendam
derita
tanpa musim janji
terus gersang
tidak henti
yahyaisa
Segamat Johor
16022013
BUNTU
BUNTU
memaknai lembah dalam
perbatasan senja
persimpangan
buntu
dalam aku
kelam
yahyaisa
Segamat Johor,
16022013
memaknai lembah dalam
perbatasan senja
persimpangan
buntu
dalam aku
kelam
yahyaisa
Segamat Johor,
16022013
GELIUNGKU
GELIUNGKU
Enau mencari sigai
aku yang ditebas
lesung bertelingkah antan
aku jua yang terluka
hanyir bicaramu dibungkus sutera
bodohnya aku
tertipu indera...
geliungku karam
di semudera angkara
tersadai di dasar rasa nan menyiksa
lemas sendirian tiada tempat berpaut
dipagut rasa kesal
tersibai di karang hampa
bodohnya aku
sering terleka...
kini hanya berserah
tiada kudrat
melawan ombak lara
tenggelam timbul kuhanya pasrah
bergantung harap
pada YANG ESA
andai disambung nyawa
kuapungkan semula
GELIUNGKU.
imandamia...
Enau mencari sigai
aku yang ditebas
lesung bertelingkah antan
aku jua yang terluka
hanyir bicaramu dibungkus sutera
bodohnya aku
tertipu indera...
geliungku karam
di semudera angkara
tersadai di dasar rasa nan menyiksa
lemas sendirian tiada tempat berpaut
dipagut rasa kesal
tersibai di karang hampa
bodohnya aku
sering terleka...
kini hanya berserah
tiada kudrat
melawan ombak lara
tenggelam timbul kuhanya pasrah
bergantung harap
pada YANG ESA
andai disambung nyawa
kuapungkan semula
GELIUNGKU.
imandamia...
Perhitungan.
Perhitungan.
Saat gemulung akar-akar berserakan
tanah terbangkit laut kecetekan
bergegar bumi langit merah kehitaman
dentuman hiruk insan kegemparan,
terdampar kaku tubuh bergelimpangan
baru mengaku Allah itu Tuhan
sedangkan lena beratus tahun hasil tuaian
beribuan zaman hidup kealpaan,
menyesal berbaldi darah dihimpunkan
tidak akan mungkin kedapatan
akar bergemulung tiadalah kegunaan
mereput terbiar ke akhiran zaman.
Di padang perhitungan dosa dihitungkan.
ss/spl/pm ... 16/02/2013.
Saat gemulung akar-akar berserakan
tanah terbangkit laut kecetekan
bergegar bumi langit merah kehitaman
dentuman hiruk insan kegemparan,
terdampar kaku tubuh bergelimpangan
baru mengaku Allah itu Tuhan
sedangkan lena beratus tahun hasil tuaian
beribuan zaman hidup kealpaan,
menyesal berbaldi darah dihimpunkan
tidak akan mungkin kedapatan
akar bergemulung tiadalah kegunaan
mereput terbiar ke akhiran zaman.
Di padang perhitungan dosa dihitungkan.
ss/spl/pm ... 16/02/2013.
Kurafak bersembah.
Kurafak bersembah.
Aura kasih tersimpul indah
terlakar madah belikat pasrah
bertebar rindu menuju arah
dibuai bayu berlingkar resah.
Kutitip kasih merafak sembah.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Aura kasih tersimpul indah
terlakar madah belikat pasrah
bertebar rindu menuju arah
dibuai bayu berlingkar resah.
Kutitip kasih merafak sembah.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Laut Kasih 251
dinda
dingin malam
tidak bisa menelan hangat cintamu
yang sering membelai jiwa raga
bagai terapung di alunan laut kasihmu...
dinda
hangatan cintamu
sering menyemarak rindu ini
dan membawaku berkhayal
menikmati ghairah pelukan asmaramu...
CNM, 15/2/2013, THMK, 9.26pm
Apa yang aku inginkan.
Apa yang aku inginkan.
Kuingin diam seketika
dari melakar kata-kata pujangga
tiada madah tiada sketsa
membisu tanpa berkata-kata.
Kuingin memetik kecapi kedamaian
di malam gelita tanpa dian
menjadikan langit sebagai teman
merawat lelah yang mendugalkan.
Kuingin mengira bintang beribu
di dada malam berlangit tepu
melepas resah gundahnya kalbu
membusung dan memualkan aku.
Kuingin lari dari sinar mentari
bersembunyi tidak tercari
di dalam almari berdiam diri
berkiam bagaikan mumia parsi.
Berselimut sawang kubelenggukan diri.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Kuingin diam seketika
dari melakar kata-kata pujangga
tiada madah tiada sketsa
membisu tanpa berkata-kata.
Kuingin memetik kecapi kedamaian
di malam gelita tanpa dian
menjadikan langit sebagai teman
merawat lelah yang mendugalkan.
Kuingin mengira bintang beribu
di dada malam berlangit tepu
melepas resah gundahnya kalbu
membusung dan memualkan aku.
Kuingin lari dari sinar mentari
bersembunyi tidak tercari
di dalam almari berdiam diri
berkiam bagaikan mumia parsi.
Berselimut sawang kubelenggukan diri.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Hanya pada-Mu.
Hanya pada-Mu.
Kuselusur jejak dan arah
kuorak rasa megah
menapak segenap denai dan lembah
meluncur dingin dan basah
kuarak segala resah
mengimbah
bergamitan pasrah
di gerak langkah
menyusun jari, aku menadah.
Ya Allah.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Kuselusur jejak dan arah
kuorak rasa megah
menapak segenap denai dan lembah
meluncur dingin dan basah
kuarak segala resah
mengimbah
bergamitan pasrah
di gerak langkah
menyusun jari, aku menadah.
Ya Allah.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
5s
5s
Sahabat
sama-sama kita beringat
agenda jahat
yahudi yang menyesat
agenda licik memesong umat;
i.
"Screen"
memaparkan cara hidup sesat
memutar pegangan umat
mengikut budaya barat
hidup tak mengikut syariat
dilaknat...
ii.
"Smoke"
jutaan ringgit dibakar
mengalir dana buat mencalar
membunuh umat Islam tanpa sedar
akhirnya dari rokok jadi penagih tegar
hidup pudar...
iii.
"Sport"
menganjurkan sukan
pergaulan bebas lelaki perempuan
seperti kaum majusi obor dinyalakan
pakaian sendat ikut badan
melalaikan...
iv.
"Sing Song"
lagu-lagu mengkhayalkan
program realiti jadi ikutan
budaya sendiri dilupakan
terkinja-kinja bagai dirasuk syaitan
menyesatkan...
v.
"Sex"
filem berusur seks dihidangkan
remaja disogok unsur memberahikan
lahir bayi tanpa ikatan
jenayah dianggap mainan
budaya songsang disuntik perlahan-lahan.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu) ". Al-Baqarah: 120.
CNM, 15/2/2013, THMK, 2.43pm.
Sahabat
sama-sama kita beringat
agenda jahat
yahudi yang menyesat
agenda licik memesong umat;
i.
"Screen"
memaparkan cara hidup sesat
memutar pegangan umat
mengikut budaya barat
hidup tak mengikut syariat
dilaknat...
ii.
"Smoke"
jutaan ringgit dibakar
mengalir dana buat mencalar
membunuh umat Islam tanpa sedar
akhirnya dari rokok jadi penagih tegar
hidup pudar...
iii.
"Sport"
menganjurkan sukan
pergaulan bebas lelaki perempuan
seperti kaum majusi obor dinyalakan
pakaian sendat ikut badan
melalaikan...
iv.
"Sing Song"
lagu-lagu mengkhayalkan
program realiti jadi ikutan
budaya sendiri dilupakan
terkinja-kinja bagai dirasuk syaitan
menyesatkan...
v.
"Sex"
filem berusur seks dihidangkan
remaja disogok unsur memberahikan
lahir bayi tanpa ikatan
jenayah dianggap mainan
budaya songsang disuntik perlahan-lahan.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu) ". Al-Baqarah: 120.
CNM, 15/2/2013, THMK, 2.43pm.
KESETIAAN CINTAKU
KESETIAAN CINTAKU
Aku tidak ingin merayu
kerana aku tahu
rayuanku tidak akan mampu
menembusi keampuhan niatmu
untuk meletakkan cinta
sekadar di kotak ingatan sahaja.
Aku terima semua ini
dengan ketabahan seorang kekasih
yang cintanya tetap ada
biarpun perpisahan yang kaupinta
walaupun aku pasti
aku akan cukup derita
dengan perpisahan ini.
Aku tidak pernah mengeluh
andai aku sekadar kaujadikan
tempat berteduh semasa hujan
dan pergi meninggalkan aku
bila mentari mula memancar
cuma aku hanya mampu berharap
agar kauakan dapat memahami
betapa terlukanya sekeping hati
seorang lelaki bernama aku.
Dan di sini
dalam sepi dan lara derita
akan terus menanti
untuk kaukembali hadir
biarpun bukan dengan cintamu
agar dapat kautahu
cintaku tdak pernah berubah
kerana bila sekali aku menyintai
cintaku akan kekal selama-lamanya.
Biarpun cintamu
semakin terhakis dari ingatanku.
Qalam Bertinta
15022013
1240pm
Aku tidak ingin merayu
kerana aku tahu
rayuanku tidak akan mampu
menembusi keampuhan niatmu
untuk meletakkan cinta
sekadar di kotak ingatan sahaja.
Aku terima semua ini
dengan ketabahan seorang kekasih
yang cintanya tetap ada
biarpun perpisahan yang kaupinta
walaupun aku pasti
aku akan cukup derita
dengan perpisahan ini.
Aku tidak pernah mengeluh
andai aku sekadar kaujadikan
tempat berteduh semasa hujan
dan pergi meninggalkan aku
bila mentari mula memancar
cuma aku hanya mampu berharap
agar kauakan dapat memahami
betapa terlukanya sekeping hati
seorang lelaki bernama aku.
Dan di sini
dalam sepi dan lara derita
akan terus menanti
untuk kaukembali hadir
biarpun bukan dengan cintamu
agar dapat kautahu
cintaku tdak pernah berubah
kerana bila sekali aku menyintai
cintaku akan kekal selama-lamanya.
Biarpun cintamu
semakin terhakis dari ingatanku.
Qalam Bertinta
15022013
1240pm
syukur
Tajuk: syukur
nukilan jiwa: Penaluka kersani
15 february 2013.
12.15 P.m
Semalam jiwaku tersungkur
jatuh...Lemah...Tiada nadi
yang membaluti ke akar umbi
terjatuh dalam diri teguh berdiri
pisau terluka di kantung hati
membunuh jiwa sarat berdiri
darah yang menitik ke hujung jemari kaki
terpercik jua ke hujung jendela
jendela itu rupa-rupanya
turut menangis
ada nyawa di situ
ada roh di situ
ada kehidupan yang kita buta selama ini
kita lupa...Alpa....
Cepat menikam diri
menusuk hingga hancur berkecai
urat dan nadi...
Di balik jendela itu
tersusun rapi
sejadah usang
yang tersenyum sendiri.........
nukilan jiwa: Penaluka kersani
15 february 2013.
12.15 P.m
Semalam jiwaku tersungkur
jatuh...Lemah...Tiada nadi
yang membaluti ke akar umbi
terjatuh dalam diri teguh berdiri
pisau terluka di kantung hati
membunuh jiwa sarat berdiri
darah yang menitik ke hujung jemari kaki
terpercik jua ke hujung jendela
jendela itu rupa-rupanya
turut menangis
ada nyawa di situ
ada roh di situ
ada kehidupan yang kita buta selama ini
kita lupa...Alpa....
Cepat menikam diri
menusuk hingga hancur berkecai
urat dan nadi...
Di balik jendela itu
tersusun rapi
sejadah usang
yang tersenyum sendiri.........
Syukur
Syukur
syukur kepada-Mu Ya Allah
memberikan daku kesihatan
menganugerahkan daku peluang
terus menikmati keindahan alam ciptaan-Mu
yang setiap satunya ada hikmah
bagi yang ingin mengerti...
dalam persinggahan
meniti kehidupan ke bawah naungan-Mu
takdirkan daku dalam limpahan rahmat-Mu
kerana aku yakin dan pasti
hanya redha-Mu
anugerah yang tertinggi...
Ya Allah
ampuni segala dosa-dosa kami
sesungguhnya janji-janji balasan-Mu tak terperi
tak tertanggung akan azab ngeri
nasib kami pada ehsan-Mu
selamatkanlah kami Yang Pengasih lagi Mengasihani.
CNM, 15/2/2013, 11.33am
syukur kepada-Mu Ya Allah
memberikan daku kesihatan
menganugerahkan daku peluang
terus menikmati keindahan alam ciptaan-Mu
yang setiap satunya ada hikmah
bagi yang ingin mengerti...
dalam persinggahan
meniti kehidupan ke bawah naungan-Mu
takdirkan daku dalam limpahan rahmat-Mu
kerana aku yakin dan pasti
hanya redha-Mu
anugerah yang tertinggi...
Ya Allah
ampuni segala dosa-dosa kami
sesungguhnya janji-janji balasan-Mu tak terperi
tak tertanggung akan azab ngeri
nasib kami pada ehsan-Mu
selamatkanlah kami Yang Pengasih lagi Mengasihani.
CNM, 15/2/2013, 11.33am
PERJALANAN INI
PERJALANAN INI
Waktu pantas berlari
tanpa kusedari
telah menghampiri
hujung waktu yang bersisa
hanya mampu menoleh
tidak mungkin kembali
ribuan sesalan
tidak memberi erti
Kutatapi lorong terbentang ini
kulaluinya dengan Bismillah
walau tidak pernah kutahu
apa yang menunggu
apa pun yang berlaku
redah dan terluka
terguris ranting kecewa
sesekali menikmati
manisnya buah berguguran
kadangkala terhidu
wangian bunga kehidupan
seketika aku tersadung
lalu tersungkur
bangun kembali
berpaut di dahan yang teguh
airmata merembas
bak mutiara yang terputus talinya
kulalui lorong ini mengikut
takdirMu ya Illahi...
Cahaya laila
15 Feb 2013
11.13am
Waktu pantas berlari
tanpa kusedari
telah menghampiri
hujung waktu yang bersisa
hanya mampu menoleh
tidak mungkin kembali
ribuan sesalan
tidak memberi erti
Kutatapi lorong terbentang ini
kulaluinya dengan Bismillah
walau tidak pernah kutahu
apa yang menunggu
apa pun yang berlaku
redah dan terluka
terguris ranting kecewa
sesekali menikmati
manisnya buah berguguran
kadangkala terhidu
wangian bunga kehidupan
seketika aku tersadung
lalu tersungkur
bangun kembali
berpaut di dahan yang teguh
airmata merembas
bak mutiara yang terputus talinya
kulalui lorong ini mengikut
takdirMu ya Illahi...
Cahaya laila
15 Feb 2013
11.13am
GERIMIS
GERIMIS
Kemarau semusim
semaian tidak menjadi
padi bunting dituai hampa
petani resah bendang kering
Khatulistiwa bumiku
hujan tidak menjadi
bumi hijau subur sangka
buah harum masam rasa
emas kuning mengalir deras
kantong bolos tiris tumpah
sesekali gerimis
bejana usang ditadah
dikutip setitik dua
dahaga tegar
haus terus
yahyaisa
Segamat Johor
15022013
Kemarau semusim
semaian tidak menjadi
padi bunting dituai hampa
petani resah bendang kering
Khatulistiwa bumiku
hujan tidak menjadi
bumi hijau subur sangka
buah harum masam rasa
emas kuning mengalir deras
kantong bolos tiris tumpah
sesekali gerimis
bejana usang ditadah
dikutip setitik dua
dahaga tegar
haus terus
yahyaisa
Segamat Johor
15022013
TITISAN DINAR
TITISAN DINAR
Hujan rahmat
titisan dinar melimpah
lembah gunung laut merasa
membersih pepasir gumpalan selut
ringan beban ceria wajah
banjir ditadah
putik senyum mekar
kemarau berlalu
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
Hujan rahmat
titisan dinar melimpah
lembah gunung laut merasa
membersih pepasir gumpalan selut
ringan beban ceria wajah
banjir ditadah
putik senyum mekar
kemarau berlalu
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
PESONA SENYUMMU
PESONA SENYUMMU
Senyummu ribuan pesona
mencipta damai yang hening
akulah yang selalu leka
mengintai senyummu
dari sudut mataku
lalu tenggelam
dalam asyik yang panjang.
Biarpun cuma selarik
punya rahsia yang sukar diungkap
sepertinya lautan di waktu subuh
pun tergetar bibirku dalam menafsir
dan tak kan kutabur bunga alpa
agar malamku bisa membenih mimpi
untuk kurebah di ujung kuntum senyummu.
Bangkit dari lembar-lembar hari
mengimbau risau dalam ketakutan
tika segaris senyummu
seakan mengguris garis-garis kelabu
dalam detik masa yang seakannya berlari
tanpa sempat kuucapkan
bahasa putih cintaku
terpendam di pesona senyummu
yang semakin mendebarkan.
Qalam Bertinta
14022013
2307pm
Senyummu ribuan pesona
mencipta damai yang hening
akulah yang selalu leka
mengintai senyummu
dari sudut mataku
lalu tenggelam
dalam asyik yang panjang.
Biarpun cuma selarik
punya rahsia yang sukar diungkap
sepertinya lautan di waktu subuh
pun tergetar bibirku dalam menafsir
dan tak kan kutabur bunga alpa
agar malamku bisa membenih mimpi
untuk kurebah di ujung kuntum senyummu.
Bangkit dari lembar-lembar hari
mengimbau risau dalam ketakutan
tika segaris senyummu
seakan mengguris garis-garis kelabu
dalam detik masa yang seakannya berlari
tanpa sempat kuucapkan
bahasa putih cintaku
terpendam di pesona senyummu
yang semakin mendebarkan.
Qalam Bertinta
14022013
2307pm
MUAFAKAT BERKAT
MUAFAKAT BERKAT
Corong api bergema
saban waktu tanpa noktah
panas menggelegak
rentung jiwa erat longgar
retak membelah
cantum koyak
tampal damai jabat salam
jalin bunga ukhuwah
anyam maujadat perpaduan
bukan menang jadi arang
kalah jadi abu
sepakat meja bulat
muafakat bawa berkat
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
Corong api bergema
saban waktu tanpa noktah
panas menggelegak
rentung jiwa erat longgar
retak membelah
cantum koyak
tampal damai jabat salam
jalin bunga ukhuwah
anyam maujadat perpaduan
bukan menang jadi arang
kalah jadi abu
sepakat meja bulat
muafakat bawa berkat
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
~Bisik tanda tanpa jawab~
~Bisik tanda tanpa jawab~
Sendirian melukis rembulan di kamar malam
ranting-ranting rasa menggaru hati
masih kau pinta jawab-jawab yang tak pasti
lalu kubisikkan soal-soal yang benderang
bagaikan menyapa mentari di dada siang
namun
masih belum mampu kita jelaskan
tentang hati
tentang rasa
tentang mau
siapalah kita untuk memberi jawab
hinggakan ombak-ombak resah
terus berlagu di bibir pantai
maka sandarkan lenamu di bahuku
biar angin masih mau menjemput mimpi-mimpi kita
bersama menyelusuri damai biru laut
mencecahkan jejari di luas samudera
untuk terus kita cari
tanda-tanda yang membisikkan rasa
Sendirian melukis rembulan di kamar malam
ranting-ranting rasa menggaru hati
masih kau pinta jawab-jawab yang tak pasti
lalu kubisikkan soal-soal yang benderang
bagaikan menyapa mentari di dada siang
namun
masih belum mampu kita jelaskan
tentang hati
tentang rasa
tentang mau
siapalah kita untuk memberi jawab
hinggakan ombak-ombak resah
terus berlagu di bibir pantai
maka sandarkan lenamu di bahuku
biar angin masih mau menjemput mimpi-mimpi kita
bersama menyelusuri damai biru laut
mencecahkan jejari di luas samudera
untuk terus kita cari
tanda-tanda yang membisikkan rasa
PULANGKAN SEMULA SENYUMKU YANG KAURAMPAS
PULANGKAN SEMULA SENYUMKU YANG KAURAMPAS
Terlantar di sini aku
tak berdaya
tak bermaya
semua kernamu
cukuplah....
cintaku telah kauragut
hatiku telah kaurobek
pintaku cuma satu
kembalikan raut manisku
Pulangkan semula senyumku yang kaurampas itu
~~danhayati~~
140213 15:36pm
Terlantar di sini aku
tak berdaya
tak bermaya
semua kernamu
cukuplah....
cintaku telah kauragut
hatiku telah kaurobek
pintaku cuma satu
kembalikan raut manisku
Pulangkan semula senyumku yang kaurampas itu
~~danhayati~~
140213 15:36pm
KE EGOAN LELAKI
KE EGOAN LELAKI
oleh Saniah Masri pada pada 14hb Februari 2013 pukul 3.13 ptg ·
kau lelaki
derita tanpa putus asa
tak akan tumpah
airmata walau setitis.
airmata lelaki
bukan mainan
tiada tumpah
tanpa paksa'an
tewas dengan
sekelumit alasan
airmatanya
tumpah kerana kepiluan
ayah yang derita
jiwa anak melayang
airmata lelaki
tanda ke egoan
tumpahnya jua
tanda kasih sayang
ilham suri
saniah masri
felda selancar 2
segamat
joho
oleh Saniah Masri pada pada 14hb Februari 2013 pukul 3.13 ptg ·
kau lelaki
derita tanpa putus asa
tak akan tumpah
airmata walau setitis.
airmata lelaki
bukan mainan
tiada tumpah
tanpa paksa'an
tewas dengan
sekelumit alasan
airmatanya
tumpah kerana kepiluan
ayah yang derita
jiwa anak melayang
airmata lelaki
tanda ke egoan
tumpahnya jua
tanda kasih sayang
ilham suri
saniah masri
felda selancar 2
segamat
joho
BAHASAKU
BAHASAKU
Bahasaku
tidak komersial
tidak ekonomik
tidak ilmiah
jawi dimakam
dikubur tanpa nisan
oleh bangsamu
PPSMI belati tajam
merodok geram
hancur punah
152 lebur
kita jilat ludah penjajah
kita angkat megah
elaun ditambah
pusaka diratah
dibelasah
pejuang bahasa dihina
disekat dihambat
kerana cinta
setia
tidak menggadai maruah
kerana sekelumit upah
cabaran diredah
tidak goyah
bangkit!
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
Bahasaku
tidak komersial
tidak ekonomik
tidak ilmiah
jawi dimakam
dikubur tanpa nisan
oleh bangsamu
PPSMI belati tajam
merodok geram
hancur punah
152 lebur
kita jilat ludah penjajah
kita angkat megah
elaun ditambah
pusaka diratah
dibelasah
pejuang bahasa dihina
disekat dihambat
kerana cinta
setia
tidak menggadai maruah
kerana sekelumit upah
cabaran diredah
tidak goyah
bangkit!
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
PENGUPAYAAN BANGSA
PENGUPAYAAN BANGSA
Genggam erat sumpah janji
Laksana agenda pengupayaan bangsa
pertahan kedaulatan Raja-Raja payung negara
itstiqamah perjuangan
berkiblat akhirat reda dicari
keadilan jaminan saksama
bantu perlu
bebas rasuah bejat sosial
hak pribumi dijaga selia kekuatan dijana
warisan dipertahan khazanah digenggam
pendidikan kelangsungan masa depan
memasak jati diri tahan cabaran
simpul hati
demi masa depan
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
Genggam erat sumpah janji
Laksana agenda pengupayaan bangsa
pertahan kedaulatan Raja-Raja payung negara
itstiqamah perjuangan
berkiblat akhirat reda dicari
keadilan jaminan saksama
bantu perlu
bebas rasuah bejat sosial
hak pribumi dijaga selia kekuatan dijana
warisan dipertahan khazanah digenggam
pendidikan kelangsungan masa depan
memasak jati diri tahan cabaran
simpul hati
demi masa depan
yahyaisa
Segamat Johor
14022013
Seruling bambu.
Seruling bambu.
Seruling bambu bergema merdu,
ditiup pula anak gembala;
syair syahdu berlagukan rindu,
berdakap cinta kasih terhala.
Aku dan seruling bambuku.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Seruling bambu bergema merdu,
ditiup pula anak gembala;
syair syahdu berlagukan rindu,
berdakap cinta kasih terhala.
Aku dan seruling bambuku.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Apa yang engkau nampak.
Apa yang engkau nampak.
Yang tersirat
terkadang tak sama
dengan
yang tersurat,
apa yang engkau lihat
tidak sama juga
dengan
apa yang aku lihat,
yang kaulihat di gambar ini
berkemungkinan awan-gemawan
yang bergumpalan
terawang-awang di awangan,
yang aku lihat
tentang keindahan
alam ciptaan Tuhan
yang tiada tandingan,
begitulah
yang aku suratkan
di dalam maksud
yang aku siratkan,
segala yang kita pandang
tidak akan sama
dari sudut
pengertian dan kefahaman.
Cubalah kaurenungkan.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Yang tersirat
terkadang tak sama
dengan
yang tersurat,
apa yang engkau lihat
tidak sama juga
dengan
apa yang aku lihat,
yang kaulihat di gambar ini
berkemungkinan awan-gemawan
yang bergumpalan
terawang-awang di awangan,
yang aku lihat
tentang keindahan
alam ciptaan Tuhan
yang tiada tandingan,
begitulah
yang aku suratkan
di dalam maksud
yang aku siratkan,
segala yang kita pandang
tidak akan sama
dari sudut
pengertian dan kefahaman.
Cubalah kaurenungkan.
ss/spl/pm ... 15/02/2013.
Tentang kecintaan aku.
Tentang kecintaan aku.
Orang tak akan memahami diriku
tentang kecintaan aku
tentang cinta aku dalam bidang kupuisian
dalam berkarya
dan juga dalam bersastera.
Dan bila aku mendapat
sebuah gambar grafik yang indah, cantik
dan ada pula cerita yang tersembunyi di dalamnya
secara semulajadinya
ilhamku akan turut menyerlah.
Di waktu itulah
aku dan ilhamku akan bersatu
dan terlakarlah
sebuah karya yang aku madahkan indah
bersatu segenap arah.
Orang tak akan memahaminya
apa yang mereka anggap
aku mungkin sedang mabuk asmara
dan segala luahan yang tercurah
adalah luahan dari hatiku yang resah.
Tidak terfikir
yang itu adalah anugerah
dari Allah
Yang Maha Pemurah.
Ahh! Sesak nafasku sudah.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Orang tak akan memahami diriku
tentang kecintaan aku
tentang cinta aku dalam bidang kupuisian
dalam berkarya
dan juga dalam bersastera.
Dan bila aku mendapat
sebuah gambar grafik yang indah, cantik
dan ada pula cerita yang tersembunyi di dalamnya
secara semulajadinya
ilhamku akan turut menyerlah.
Di waktu itulah
aku dan ilhamku akan bersatu
dan terlakarlah
sebuah karya yang aku madahkan indah
bersatu segenap arah.
Orang tak akan memahaminya
apa yang mereka anggap
aku mungkin sedang mabuk asmara
dan segala luahan yang tercurah
adalah luahan dari hatiku yang resah.
Tidak terfikir
yang itu adalah anugerah
dari Allah
Yang Maha Pemurah.
Ahh! Sesak nafasku sudah.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Kusut.
Kusut.
Kukatakan 'A'
kaupula katakan 'B'
aku baru huruf 'C'
kautelah sampai ke huruf 'Z'
aduhai,
lajunya bacaanmu.
Kukatakan engkau keletihan ber'FB'
kaukatakan pula
yang aku mengata dirimu
keletihan akibat mabuk bercinta
dengan ramai jejaka
di halaman
muka buku ini.
Aduhai!
... kusut jikalau begini.
Bila kufikir kembali
dari sudut keterbalikan psikologi
mungkin aku
yang engkau katakan
begitu.
Aduhai! Aduhai.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Kukatakan 'A'
kaupula katakan 'B'
aku baru huruf 'C'
kautelah sampai ke huruf 'Z'
aduhai,
lajunya bacaanmu.
Kukatakan engkau keletihan ber'FB'
kaukatakan pula
yang aku mengata dirimu
keletihan akibat mabuk bercinta
dengan ramai jejaka
di halaman
muka buku ini.
Aduhai!
... kusut jikalau begini.
Bila kufikir kembali
dari sudut keterbalikan psikologi
mungkin aku
yang engkau katakan
begitu.
Aduhai! Aduhai.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Boneka.
Boneka.
Bagaikan kostum pakaian
diriku diperlakukan
sewenang-wenangnya
semahu-mahunya
bila mahu aku dipakai olehmu
bila rimas aku dibuang
tidak terkemas
terbiar
hingga mendatangkan hapak
berhama
tiada kegunaannya.
"Bonekakah aku?"
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Bagaikan kostum pakaian
diriku diperlakukan
sewenang-wenangnya
semahu-mahunya
bila mahu aku dipakai olehmu
bila rimas aku dibuang
tidak terkemas
terbiar
hingga mendatangkan hapak
berhama
tiada kegunaannya.
"Bonekakah aku?"
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Dakwalah aku.
Dakwalah aku.
Cinta:
Kalau mencintai itu salah
maka bersalahlah aku
ingin menggapai sinar cinta
yang berkilauan
ibarat permata berkilauan
bersinar cahaya.
Rasa cinta:
Kalau rasa cinta itu bersalah
maka bersalahlah aku
ingin merasai kenikmatan cinta
dalam keterlanjuranku
mencintai
dirimu sayangku.
Oleh itu, ... dakwalah aku
kerana aku akui akan kesalahanku
mandatori,
... dalam menyintai kamu.
Aku bersalah.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Cinta:
Kalau mencintai itu salah
maka bersalahlah aku
ingin menggapai sinar cinta
yang berkilauan
ibarat permata berkilauan
bersinar cahaya.
Rasa cinta:
Kalau rasa cinta itu bersalah
maka bersalahlah aku
ingin merasai kenikmatan cinta
dalam keterlanjuranku
mencintai
dirimu sayangku.
Oleh itu, ... dakwalah aku
kerana aku akui akan kesalahanku
mandatori,
... dalam menyintai kamu.
Aku bersalah.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Mengorak langkah diulit mimpi.
Mengorak langkah diulit mimpi.
Kulabuhkan tirai mimpi
sebelum mentari memuncak tinggi
setelah usai tanggungjawab diri
di fajar menyepi,
.... embun di rumput berlari
jeriji besi berapi
bumbungku berjerami.
Hamisnya ketiak peluh membasahi.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Kulabuhkan tirai mimpi
sebelum mentari memuncak tinggi
setelah usai tanggungjawab diri
di fajar menyepi,
.... embun di rumput berlari
jeriji besi berapi
bumbungku berjerami.
Hamisnya ketiak peluh membasahi.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Bunga rindu.
Bunga rindu.
Bunga rindu yang mati
mekar berbunga kembali
bertunas di jambangan hati
beraroma sanubari.
Bunga rindu yang kembali
menyentap lamunan sepi
tatkala embun meniti
berselimut sunyi.
Bunga rindu yang sepi
berteman embunan pagi
menyapa hati bermimpi
bercincin jari.
Bunga rindu yang ini
kubelai asyik sekali
seolah engkau menemani
bergesel kaki.
Bunga rindu ghairah di hati.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
Bunga rindu yang mati
mekar berbunga kembali
bertunas di jambangan hati
beraroma sanubari.
Bunga rindu yang kembali
menyentap lamunan sepi
tatkala embun meniti
berselimut sunyi.
Bunga rindu yang sepi
berteman embunan pagi
menyapa hati bermimpi
bercincin jari.
Bunga rindu yang ini
kubelai asyik sekali
seolah engkau menemani
bergesel kaki.
Bunga rindu ghairah di hati.
ss/spl/pm ... 14/02/2013.
SYAIR-MAJLIS BERSANDING
SYAIR-MAJLIS BERSANDING
[khas buat bakal pengantin]
Intai bebintang dapat kejora,
diselam tiram dapat mutiara,
petik kembang dapat bunga,
di sudut hati berbunga cinta.
Tepak sireh menjunjung adat,
dalam majlis memaknai hajat,
sudah termeteri kata sepakat,
hubungan intim terjalin erat.
Sudah dilamar kasih bercambah,
usah lambat mengundang resah,
eloklah bersegera diakad nikah,
jumpa tok kadi jangan berlengah.
Cincin disarung di jari manis,
senyum ceria wajah terlukis,
gembira bonda hingga menangis,
sambil mengucup mawar direnjis.
Majlis diseri pengantin bersanding,
sabahat kerabat berserta mengiring,
kerenah mempelai suka menjeling,
cerianya hadirin gusinya tak kering.
Berinai sudah bersanding sudah,
tetamu dijamu pelbagai juadah,
pulut kuning daging berempah,
menjilat jari sedikit tak tumpah.,
Mempelai diarak keliling kota,
duduk berganding dalam kereta,
tangan dilambai senyum merata,
perasaan girang tidak terkata.
Majlis terindah dalam kenangan,
moga bahagia sepanjang zaman,
impian sudah menjadi kenyataan,
berkasih sayang mengukuh ikatan.
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
[khas buat bakal pengantin]
Intai bebintang dapat kejora,
diselam tiram dapat mutiara,
petik kembang dapat bunga,
di sudut hati berbunga cinta.
Tepak sireh menjunjung adat,
dalam majlis memaknai hajat,
sudah termeteri kata sepakat,
hubungan intim terjalin erat.
Sudah dilamar kasih bercambah,
usah lambat mengundang resah,
eloklah bersegera diakad nikah,
jumpa tok kadi jangan berlengah.
Cincin disarung di jari manis,
senyum ceria wajah terlukis,
gembira bonda hingga menangis,
sambil mengucup mawar direnjis.
Majlis diseri pengantin bersanding,
sabahat kerabat berserta mengiring,
kerenah mempelai suka menjeling,
cerianya hadirin gusinya tak kering.
Berinai sudah bersanding sudah,
tetamu dijamu pelbagai juadah,
pulut kuning daging berempah,
menjilat jari sedikit tak tumpah.,
Mempelai diarak keliling kota,
duduk berganding dalam kereta,
tangan dilambai senyum merata,
perasaan girang tidak terkata.
Majlis terindah dalam kenangan,
moga bahagia sepanjang zaman,
impian sudah menjadi kenyataan,
berkasih sayang mengukuh ikatan.
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
Di bawah sepohon kayu.
Di bawah sepohon kayu.
Kisah semalam terlukis sadis
melakar tragis di hati menangis
diibaratkan bagai seorang pengemis
datangnya gerimis merenjis-renjis,
sepohon kayu sebagai saksi
aku kautinggalkan seorang diri
basah lencun menjilat hati
berlagu sepi di jiwa bernyanyi,
hujan gerimis bertambah hebat
semakin lebat tidak terhambat
hingga bah datang menghambat
tiada kudrat mahu menyekat,
hujan gerimis bersatu tangisan
menambah lencun dalam kebasahan
sendiri menangis aku kehujanan
membawa raung tidak kedengaran.
Pohon itu menjadi saksi.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Kisah semalam terlukis sadis
melakar tragis di hati menangis
diibaratkan bagai seorang pengemis
datangnya gerimis merenjis-renjis,
sepohon kayu sebagai saksi
aku kautinggalkan seorang diri
basah lencun menjilat hati
berlagu sepi di jiwa bernyanyi,
hujan gerimis bertambah hebat
semakin lebat tidak terhambat
hingga bah datang menghambat
tiada kudrat mahu menyekat,
hujan gerimis bersatu tangisan
menambah lencun dalam kebasahan
sendiri menangis aku kehujanan
membawa raung tidak kedengaran.
Pohon itu menjadi saksi.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
GENGGAM REALITI
GENGGAM REALITI
Pentas seribu janji
gemuruh tepukan bebayang
biasan halunisasi
muak mereka ulangan cerita purba
tukang karut wayang kulit skrip lama
opera bertopeng warna watak serupa
hidangan sajian basi
hampas tanpa pati
kerak tanpa nasi
kuah tanpa isi
dengar tanpa rasa
lihat pandang saja
pijak bumi nyata
genggam realiti
hidup bukan mimpi
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
Pentas seribu janji
gemuruh tepukan bebayang
biasan halunisasi
muak mereka ulangan cerita purba
tukang karut wayang kulit skrip lama
opera bertopeng warna watak serupa
hidangan sajian basi
hampas tanpa pati
kerak tanpa nasi
kuah tanpa isi
dengar tanpa rasa
lihat pandang saja
pijak bumi nyata
genggam realiti
hidup bukan mimpi
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
~♥ Butiran bintang untukmu ♥~
~♥ Butiran bintang untukmu ♥~
Butiran bintang memecah di angkasa
berkilauan bak ratna
mengilapkan panca indera
memukau aku sementara
sungguh indah .....
sungguh mempersona .....
Hatiku pula berbicara
ingin aku mencapainya
ingin dijadikan sebuah hadiah
buat yang tersayang dan aku cinta
Dapatkah aku melaksanakannya
untuk Sang Puteri yang aku puja
yang melunsur di teja
menari-nari di taman cinta
berpancawarna berbunga indah
Mengelamun aku tanpa bicara
adakah aku berkhayal sahaja
untuk memiliki hasrat tersemat di dada
potretmu dilakar di atma
berkimbah dengan ukiran cinta
hanya untukmu sahaja ....
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa ~ 13/02/2013
Butiran bintang memecah di angkasa
berkilauan bak ratna
mengilapkan panca indera
memukau aku sementara
sungguh indah .....
sungguh mempersona .....
Hatiku pula berbicara
ingin aku mencapainya
ingin dijadikan sebuah hadiah
buat yang tersayang dan aku cinta
Dapatkah aku melaksanakannya
untuk Sang Puteri yang aku puja
yang melunsur di teja
menari-nari di taman cinta
berpancawarna berbunga indah
Mengelamun aku tanpa bicara
adakah aku berkhayal sahaja
untuk memiliki hasrat tersemat di dada
potretmu dilakar di atma
berkimbah dengan ukiran cinta
hanya untukmu sahaja ....
~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa ~ 13/02/2013
Gurindam bayang-bayang gemawan.
Gurindam bayang-bayang gemawan.
Bayang-bayang masih melingkar
walau tengah hari berkabut engkar,
awan-gemawan tebal bersidang
hitam memekat memayungi siang,
bagai mengerti hati merajuk
di kamar dingin semakin menjeruk,
dalam merenung dan mencongak
adakah bayangan akan bergerak.
Bayangan rindu di bawah awan-gemawan.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Bayang-bayang masih melingkar
walau tengah hari berkabut engkar,
awan-gemawan tebal bersidang
hitam memekat memayungi siang,
bagai mengerti hati merajuk
di kamar dingin semakin menjeruk,
dalam merenung dan mencongak
adakah bayangan akan bergerak.
Bayangan rindu di bawah awan-gemawan.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
NODA SEMALAM
NODA SEMALAM
Malam menung tanpa noktah
menyingkap lembaran kehidupan
gusar waktu melambai
pakaianku kotor
lumuran noda semalam
titik-titik hitam
masih di situ
Kembalikan pada lahir
fitrah suci sebelum kembali
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
Malam menung tanpa noktah
menyingkap lembaran kehidupan
gusar waktu melambai
pakaianku kotor
lumuran noda semalam
titik-titik hitam
masih di situ
Kembalikan pada lahir
fitrah suci sebelum kembali
yahyaisa
Segamat Johor
13022013
Sepi seorang perindu.
Sepi seorang perindu.
Sayup
ayam berkokok
kokokannya
sayu
bersahut,
sahut bersahutan.
Lembut
menampar kalbuku
bermatakan hati
yang tak mahu layu
radu,
malu beradu.
Aroma kamarku
menghilangkan nafsu
tidak menentu
celaru
terus bercelaru.
Kokokan ayam terus berlagu.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Sayup
ayam berkokok
kokokannya
sayu
bersahut,
sahut bersahutan.
Lembut
menampar kalbuku
bermatakan hati
yang tak mahu layu
radu,
malu beradu.
Aroma kamarku
menghilangkan nafsu
tidak menentu
celaru
terus bercelaru.
Kokokan ayam terus berlagu.
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Jawablah.
Jawablah.
Satu persoalan
berpuluh
malah beribu jawapan
akan kauberikan
namun segalanya berkemungkinan
tiada kepastian
tergantung
dan akhirnya terbiar
tanpa satu pun jawapan
yang pasti.
Berikanlah aku,
berikan aku satu jawapan
dari satu
pertanyaan ... ,
"Benarkah kamu mencintai aku?"
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
Satu persoalan
berpuluh
malah beribu jawapan
akan kauberikan
namun segalanya berkemungkinan
tiada kepastian
tergantung
dan akhirnya terbiar
tanpa satu pun jawapan
yang pasti.
Berikanlah aku,
berikan aku satu jawapan
dari satu
pertanyaan ... ,
"Benarkah kamu mencintai aku?"
ss/spl/pm ... 13/02/2013.
MELAKA SIRI 2
MELAKA SIRI 2
Terlakar sebuah sejarah
asal pohon nama Melaka
seekor pelanduk tangkas
anjing tewas
negeri berkembang
pusat dagang terbilang
bersilih ganti pemimpin cemerlang
seantero dunia bibir meniti
pentadbiran cekap mengurus negeri
pemimpin datang dan pergi
Sultan Alauddin Riayat Syah
pemimpin bestari
adil bijaksana perintah negeri
Raja berjiwa rakyat
perintah Tuhan baginda taat
keluar merisik malam gelap
pemimpin celik hati
mengejar pencuri seorang diri
rakyat kagum setia diberi
musuh tidak sunyi
kalangan saudara iri hati
mengintai takhta negeri
akan kurnia empat zuriat
dua permaisuri mengintai darjat
pembesar keliling punya muslihat
Sultan Mahmud naik takhta
bukan ditabal cara biasa
pentadbiran lemah pembesar punca
hidup berpuak hilang takhta
1511 Portugis menyerang
pembesar dalam jadi petualang
kepada musuh dibuka ruang
Melaka tewas daulat hilang
Sejarah dalam kenangan
Jadikan teladan.
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
Terlakar sebuah sejarah
asal pohon nama Melaka
seekor pelanduk tangkas
anjing tewas
negeri berkembang
pusat dagang terbilang
bersilih ganti pemimpin cemerlang
seantero dunia bibir meniti
pentadbiran cekap mengurus negeri
pemimpin datang dan pergi
Sultan Alauddin Riayat Syah
pemimpin bestari
adil bijaksana perintah negeri
Raja berjiwa rakyat
perintah Tuhan baginda taat
keluar merisik malam gelap
pemimpin celik hati
mengejar pencuri seorang diri
rakyat kagum setia diberi
musuh tidak sunyi
kalangan saudara iri hati
mengintai takhta negeri
akan kurnia empat zuriat
dua permaisuri mengintai darjat
pembesar keliling punya muslihat
Sultan Mahmud naik takhta
bukan ditabal cara biasa
pentadbiran lemah pembesar punca
hidup berpuak hilang takhta
1511 Portugis menyerang
pembesar dalam jadi petualang
kepada musuh dibuka ruang
Melaka tewas daulat hilang
Sejarah dalam kenangan
Jadikan teladan.
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
MELAKA SIRI 1
MELAKA SIRI 1
Menggerak sisa kudrat
perlahan menyusur kota warisan
membelek helaian intan
Kota sejarah
pelabuhan singgah
punggah tukar muatan
ekonomi dijana
Pusat tamadun bangsa
perkembangan ilmu wahyu
tesebar di situ
istana peneraju
perkahwinan membantu
Laksamana gagah perkasa
bendahara bijaksana
masyur seantero dunia
pentadbiran cekap
disegani kawan lawan
Berguru akan Raja
Sultan Alaudddin Riayat Shah
alim ulama
pemerintahan adil saksama
kanun laut, kanun jenayah dilaksana
aman makmur rakyat jelata.
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Menggerak sisa kudrat
perlahan menyusur kota warisan
membelek helaian intan
Kota sejarah
pelabuhan singgah
punggah tukar muatan
ekonomi dijana
Pusat tamadun bangsa
perkembangan ilmu wahyu
tesebar di situ
istana peneraju
perkahwinan membantu
Laksamana gagah perkasa
bendahara bijaksana
masyur seantero dunia
pentadbiran cekap
disegani kawan lawan
Berguru akan Raja
Sultan Alaudddin Riayat Shah
alim ulama
pemerintahan adil saksama
kanun laut, kanun jenayah dilaksana
aman makmur rakyat jelata.
yahyaisa
Segamat Johor
11022013
Katik
Katik
katik bukan sebarang katik
katik jangan diherdik
nanti engkau kena balik...
katik bukan sebarang katik
katik badan melentik
harga sikit punya baik...
katik bukan sebarang katik
katik bulu cantik ekor menaik
tertarik dan menarik...
CNM
katik bukan sebarang katik
katik jangan diherdik
nanti engkau kena balik...
katik bukan sebarang katik
katik badan melentik
harga sikit punya baik...
katik bukan sebarang katik
katik bulu cantik ekor menaik
tertarik dan menarik...
CNM
BAHAGIAMU BUKAN BERSAMAKU
BAHAGIAMU BUKAN BERSAMAKU
Kulepaskan airmata ini
bersama sendu yang panjang
agar tiap titisannya
akan dapat membasuh
sebuah kelukaan yang engkau tinggalkan
tika cintaku hanyut
dalam kata-kata rindu
yang sering engkau ucapkan
di waktu cinta kita
menjulang megah di persada asmara
Dengan sendu yang tertahan
dan dalam izin keterpaksaan
kurelakan perpisahan ini
untuk engkau mencari kebahagiaanmu
kerana katamu
bahagiamu sudah tidak engkau temui lagi
di dalam diriku
Cahaya laila
12 Feb 2013
8.36pm
Kulepaskan airmata ini
bersama sendu yang panjang
agar tiap titisannya
akan dapat membasuh
sebuah kelukaan yang engkau tinggalkan
tika cintaku hanyut
dalam kata-kata rindu
yang sering engkau ucapkan
di waktu cinta kita
menjulang megah di persada asmara
Dengan sendu yang tertahan
dan dalam izin keterpaksaan
kurelakan perpisahan ini
untuk engkau mencari kebahagiaanmu
kerana katamu
bahagiamu sudah tidak engkau temui lagi
di dalam diriku
Cahaya laila
12 Feb 2013
8.36pm
Marcapada Pelaut.
Marcapada Pelaut.
Kepulangan tidak bersambut
setelah semalaman di badaian ribut
terumbang ambing berombak laut
hanya maut belum menyambut
berpaut ... ,
di dahan yang reput
menjerit tidak bersahut
berselimut
lautan berkabut.
Pautan rindu seorang pelaut.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Kepulangan tidak bersambut
setelah semalaman di badaian ribut
terumbang ambing berombak laut
hanya maut belum menyambut
berpaut ... ,
di dahan yang reput
menjerit tidak bersahut
berselimut
lautan berkabut.
Pautan rindu seorang pelaut.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Hiba
Hiba
pergi senja merangkak hiba
malam mengesot tiba
putaran alam terusan masa ke masa
dan kita makin ke hujung nyawa...
CNM
pergi senja merangkak hiba
malam mengesot tiba
putaran alam terusan masa ke masa
dan kita makin ke hujung nyawa...
CNM
MUSTAHIL UNTUKKU MENCINTAIMU SEMULA
MUSTAHIL UNTUKKU MENCINTAIMU SEMULA
Sendirian dalam mengenang
tidak akan pernah kukesali
kerana aku tahu
di setiap helaian kenangan itu
rinduku masih ada
kerana perpisahan
tidak pernah bisa menguburkan
rasa rindu ini
dan akan kubiarkan rindu ini
untuk terus bersamaku
kerana itu sahaja yang aku miliki
semoga dengan rindu yang ada
akan dapat kukenang kembali
kisah-kisah kita
biarpun tanpa cinta
kerana untuk mencintaimu semula
adalah yang termustahil bagiku
di dunia ini.
Qalam Bertinta
12022013
1909pm
Sendirian dalam mengenang
tidak akan pernah kukesali
kerana aku tahu
di setiap helaian kenangan itu
rinduku masih ada
kerana perpisahan
tidak pernah bisa menguburkan
rasa rindu ini
dan akan kubiarkan rindu ini
untuk terus bersamaku
kerana itu sahaja yang aku miliki
semoga dengan rindu yang ada
akan dapat kukenang kembali
kisah-kisah kita
biarpun tanpa cinta
kerana untuk mencintaimu semula
adalah yang termustahil bagiku
di dunia ini.
Qalam Bertinta
12022013
1909pm
Setitis
Setitis
...setitis kepastian
sudah cukup meredakan
kemarau setahun dalam penantian
penuh tanda tanya...
CNM
...setitis kepastian
sudah cukup meredakan
kemarau setahun dalam penantian
penuh tanda tanya...
CNM
JANJI
JANJI
Janji tidak menongkat langit
walau segunung harapan
lontaran lembut lidah
pantulan hati
manis bibir
sembunyi umpan
dasar tidak terselam
lubuk tenang berolak dalam
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
Janji tidak menongkat langit
walau segunung harapan
lontaran lembut lidah
pantulan hati
manis bibir
sembunyi umpan
dasar tidak terselam
lubuk tenang berolak dalam
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
Yang Bernama
Yang Bernama
Yang bernama cinta
walau pahit dikejar jua
cinta suci cinta bawa bahagia
cinta dusta cinta bawa nestapa
kenali yang bernama cinta.
Yang bernama rindu
sering kali mengusik kalbu
penantian yang pasti menguntum rindu
penantian yang kekaburan meracun rindu
hayati rindumu.
Yang bernama resah
seringkali mengundang gundah
teringatkan si dia yang tak sudah-sudah
terbayangkan si dia yang menambah parah
buang resah suburkan pasrah.
Yang bernama hati
mampu menyelami sanubari
mencari erti akan mimpi-mimpi
memujuk rintihan kalbi
menerima ketentuan Ilahi.
Yang bernama puisi
bait-bait kata berseni
dianyam menyata gelojak hati
diukir warna-warna emosi
pada kanvas maya mencatat memori.
CNM, FTS, 12/2/2013
Yang bernama cinta
walau pahit dikejar jua
cinta suci cinta bawa bahagia
cinta dusta cinta bawa nestapa
kenali yang bernama cinta.
Yang bernama rindu
sering kali mengusik kalbu
penantian yang pasti menguntum rindu
penantian yang kekaburan meracun rindu
hayati rindumu.
Yang bernama resah
seringkali mengundang gundah
teringatkan si dia yang tak sudah-sudah
terbayangkan si dia yang menambah parah
buang resah suburkan pasrah.
Yang bernama hati
mampu menyelami sanubari
mencari erti akan mimpi-mimpi
memujuk rintihan kalbi
menerima ketentuan Ilahi.
Yang bernama puisi
bait-bait kata berseni
dianyam menyata gelojak hati
diukir warna-warna emosi
pada kanvas maya mencatat memori.
CNM, FTS, 12/2/2013
Luahan hati seorang yang bernama lelaki.
Luahan hati seorang yang bernama lelaki.
Bila disebut soal hati dan perasaan, apa yang dirasai seorang yang bernama lelaki selalu ditolak tepi hanya hati dan perasaan...wanita, yang diambil kira dan didengari bicara hatinya. Lelaki tidak pernah diberi peluang untuk meluahkan apa yang dirasai hatinya. Hanya mampu memendamkan sahaja tidak terluah tidak mampu terhadam, ada waktunya...hanya mampu memendam kelukaan di dada.
Pendam dan terus memendam...sampai bila-bila pun akan terpendam...tapi ingatlah peribahasa yang aku cipta ini...,
'Setebal-tebal muka buku akan menipis juga'
...bila saban hari, setiap hari, setiap saat dan ketika dikoyakkan sehelai demi sehelai setiap helaiannya.
Ingatlah!
...ada berapa hari dalam setahun...dan ada berapa hari dalam kehidupan bila kesabaran yang dipertahankan bertahun-tahun lamanya, semakin menipis dirasa...begitulah kuibaratkan tentang 'ketebalan buku' yang dikoyak sehelai setiap hari tanpa berhenti.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Bila disebut soal hati dan perasaan, apa yang dirasai seorang yang bernama lelaki selalu ditolak tepi hanya hati dan perasaan...wanita, yang diambil kira dan didengari bicara hatinya. Lelaki tidak pernah diberi peluang untuk meluahkan apa yang dirasai hatinya. Hanya mampu memendamkan sahaja tidak terluah tidak mampu terhadam, ada waktunya...hanya mampu memendam kelukaan di dada.
Pendam dan terus memendam...sampai bila-bila pun akan terpendam...tapi ingatlah peribahasa yang aku cipta ini...,
'Setebal-tebal muka buku akan menipis juga'
...bila saban hari, setiap hari, setiap saat dan ketika dikoyakkan sehelai demi sehelai setiap helaiannya.
Ingatlah!
...ada berapa hari dalam setahun...dan ada berapa hari dalam kehidupan bila kesabaran yang dipertahankan bertahun-tahun lamanya, semakin menipis dirasa...begitulah kuibaratkan tentang 'ketebalan buku' yang dikoyak sehelai setiap hari tanpa berhenti.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Jika Diuji
Jika Diuji
kita tak terlepas diuji
ucapkanlah syukur atas nikmat diberi
jangan sesekali berprasangka pada Ilahi
perancangan-Nya ada hikmah tersendiri
terima dengan meredhai...
CNM
kita tak terlepas diuji
ucapkanlah syukur atas nikmat diberi
jangan sesekali berprasangka pada Ilahi
perancangan-Nya ada hikmah tersendiri
terima dengan meredhai...
CNM
ESOK BELUM PASTI
ESOK BELUM PASTI
masa mengejar
senja hambat diri
waktu kudrat
pudar
esok belum pasti
senyum lagi
usir
ego diri
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
masa mengejar
senja hambat diri
waktu kudrat
pudar
esok belum pasti
senyum lagi
usir
ego diri
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
ATMA JIWA
ATMA JIWA
lewat senja berona jingga
aku meniti di denai kenangan
mengutip kembali titis-titis mimpi
bertaburan sepi di tiap langkah
... kucari bayangmu dalam siluet senja
cuba menawan tiap lentik pelangi
mengatur tiap rona warnanya
membingkaikannya di langit hati
di setiap puing-puing yang kuatur
aku menatang asa dalam nuansa rasa
lelah merenda sejuta ingin
goyah menatang sejuta peri
menyelusuri di tiap bait melodi rindu
mengelus hati dengan pesona
yang mengalir lesu di alur penuh harap
mencari samudera luas tak terjangkau
kupahatkan diam pada atma jiwa
aku ingin rasa ini terus hidup
di hati kita….
laila hanni
22/11/2011
1.20 tgh
lewat senja berona jingga
aku meniti di denai kenangan
mengutip kembali titis-titis mimpi
bertaburan sepi di tiap langkah
... kucari bayangmu dalam siluet senja
cuba menawan tiap lentik pelangi
mengatur tiap rona warnanya
membingkaikannya di langit hati
di setiap puing-puing yang kuatur
aku menatang asa dalam nuansa rasa
lelah merenda sejuta ingin
goyah menatang sejuta peri
menyelusuri di tiap bait melodi rindu
mengelus hati dengan pesona
yang mengalir lesu di alur penuh harap
mencari samudera luas tak terjangkau
kupahatkan diam pada atma jiwa
aku ingin rasa ini terus hidup
di hati kita….
laila hanni
22/11/2011
1.20 tgh
SUNGAI KASIHKU
SUNGAI KASIHKU
oleh Norsiah Kandar pada pada 12hb Februari 2013 pukul 7.27 pagi
di pesisir sungai ini
kau dan aku
melukis rindu
walau berliku
di sungai ini melepas rasa
walau semusim saja
air jernih menjadi coklat
bila rasa bertaut
sungai ini sungai kenangan
walau tetap bertahta
menebar setia tak bermusim
batu dan air sering bercumbu
menikmat rasa setia berpanjangan
dedaun rimbun
mengukir senyum
rasa kasih tak terucap
sungai ini telah terhapus
bagai ceritaku ceritamu
tak mungkin kutemui
sebening rasa seindah cinta
di sungai kasihku
PENA MUTIARA
NK Kulaijaya
oleh Norsiah Kandar pada pada 12hb Februari 2013 pukul 7.27 pagi
di pesisir sungai ini
kau dan aku
melukis rindu
walau berliku
di sungai ini melepas rasa
walau semusim saja
air jernih menjadi coklat
bila rasa bertaut
sungai ini sungai kenangan
walau tetap bertahta
menebar setia tak bermusim
batu dan air sering bercumbu
menikmat rasa setia berpanjangan
dedaun rimbun
mengukir senyum
rasa kasih tak terucap
sungai ini telah terhapus
bagai ceritaku ceritamu
tak mungkin kutemui
sebening rasa seindah cinta
di sungai kasihku
PENA MUTIARA
NK Kulaijaya
Bila kadang-kadang
Bila kadang-kadang
Kadang-kadang aku ingin
khabarkan pada dia
bahawa aku sangat merindui dia
ingin sekali melihat dia
merenung wajahku
dan khabarkan pada aku
bahawa dia juga sangat merinduiku
Kadang-kadang aku ingin
ucapkan bahawa aku
sangat mencintai dia
dan sesekali aku juga ingin
mendengar bisikan sayang dari dia
namun bagai menanti
buah yang tidak mungkin gugur
tidak mungkin akan berlaku
malah keinginanku ini disalah ertikan
begitu pun kebencian
tidak pernah ujud di hati ini
kerna kasih sayang
telah memenuhi segenap ruang
di lubuk hati dan segenap raga
hingga tiada tempat
kebencian menapak
Hanya bila kadang-kadang
rindu membias
aku tidak mampu tersenyum lagi
Cahaya laila
12 Feb 2013
8.21 am
Kadang-kadang aku ingin
khabarkan pada dia
bahawa aku sangat merindui dia
ingin sekali melihat dia
merenung wajahku
dan khabarkan pada aku
bahawa dia juga sangat merinduiku
Kadang-kadang aku ingin
ucapkan bahawa aku
sangat mencintai dia
dan sesekali aku juga ingin
mendengar bisikan sayang dari dia
namun bagai menanti
buah yang tidak mungkin gugur
tidak mungkin akan berlaku
malah keinginanku ini disalah ertikan
begitu pun kebencian
tidak pernah ujud di hati ini
kerna kasih sayang
telah memenuhi segenap ruang
di lubuk hati dan segenap raga
hingga tiada tempat
kebencian menapak
Hanya bila kadang-kadang
rindu membias
aku tidak mampu tersenyum lagi
Cahaya laila
12 Feb 2013
8.21 am
PENGABDIAN
PENGABDIAN
rindu dalam waktu
derita pintu bahagia
tunduk sembah
pengabdian
tenang abadi
dalam bicara jiwa
tanpa sangsi.
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
rindu dalam waktu
derita pintu bahagia
tunduk sembah
pengabdian
tenang abadi
dalam bicara jiwa
tanpa sangsi.
yahyaisa
Segamat Johor
12022013
GERAHAM TERKACIP
GERAHAM TERKACIP
Ayuhai tuan
lama nian gemalai pawana
harum berserak kemenyan lama
bermandi rempah akar beradat
terhunus budi manakah sifat
jenuh pula ruam berasak.
Kita ini tidak pujangga hai tuan
harum kata moga harum juga dalam hakikat
langkara jangan tuanlah jangan
ditabuh berkali buana melintang
takut-takut hancur pula akal ditentang
demikianlah khabarnya
kita kecil orang gahara
mana tercampak santun terjaga
ilmu sejengkal tidaklah pula
menjadi nakhoda di laut kata
semoga tuan demikianlah juga
tidak jauhari bahtera maya
menunding hafaz persetua sengketa
asal bergendang hendak pula membuka pencaknya
lebur tuan janganlah lebur
jangan disindir anak menantu
tegur tuan boleh menegur
jangan hilanglah adab dan malu
itulah semak kata kita
kata bersulam akar ibunda
semoga menjadi ruah sentosa
buat berpijak di bumi nyata.
Ayuhai tuan
lama nian gemalai pawana
harum berserak kemenyan lama
bermandi rempah akar beradat
terhunus budi manakah sifat
jenuh pula ruam berasak.
Kita ini tidak pujangga hai tuan
harum kata moga harum juga dalam hakikat
langkara jangan tuanlah jangan
ditabuh berkali buana melintang
takut-takut hancur pula akal ditentang
demikianlah khabarnya
kita kecil orang gahara
mana tercampak santun terjaga
ilmu sejengkal tidaklah pula
menjadi nakhoda di laut kata
semoga tuan demikianlah juga
tidak jauhari bahtera maya
menunding hafaz persetua sengketa
asal bergendang hendak pula membuka pencaknya
lebur tuan janganlah lebur
jangan disindir anak menantu
tegur tuan boleh menegur
jangan hilanglah adab dan malu
itulah semak kata kita
kata bersulam akar ibunda
semoga menjadi ruah sentosa
buat berpijak di bumi nyata.
AKU WANITAMU
AKU WANITAMU
Bila aku wanitamu
yang punyai sejuta cerita
ruang fikirku sentiasa bergelora
terhempas badai perasaan
dilambung ombak kekalutan
takkan ada lagi seri terukir
takkan ada rona mesra terlahir
kemelut bagai mengikis
keremajaan jauh terpinggir
menjadi selaut peristiwa
di rangkai masa.
Aku ini
wanita di hujung senja
memiliki seberkas kudrat
tak mampu kuat mengikat
meski kasihku sentiasa tertambat
padamu insan tersayang
dan engkau hadir sebagai bayang
memburuku tiap detik
saat mula cinta berputik.
Semoga saja
kasihmu memalar segar
cinta hatimu sentiasa mekar
meskipun aroma kuntumku
tidak lagi sewangi dulu
dan kelopaknya gugur satu-satu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
12 FEB 2013
1.01 am
Bila aku wanitamu
yang punyai sejuta cerita
ruang fikirku sentiasa bergelora
terhempas badai perasaan
dilambung ombak kekalutan
takkan ada lagi seri terukir
takkan ada rona mesra terlahir
kemelut bagai mengikis
keremajaan jauh terpinggir
menjadi selaut peristiwa
di rangkai masa.
Aku ini
wanita di hujung senja
memiliki seberkas kudrat
tak mampu kuat mengikat
meski kasihku sentiasa tertambat
padamu insan tersayang
dan engkau hadir sebagai bayang
memburuku tiap detik
saat mula cinta berputik.
Semoga saja
kasihmu memalar segar
cinta hatimu sentiasa mekar
meskipun aroma kuntumku
tidak lagi sewangi dulu
dan kelopaknya gugur satu-satu.
SRI MAWAR
Kuala Kurau
Perak
12 FEB 2013
1.01 am
Puncak Rinduku.
Puncak Rinduku.
Dengarlah sayang
luahan hatiku di puncak kayangan
yang aku lakarkan
di dada impian
di kaki langit tidak berawan
menyimpul hasrat yang telah lama kupendam
berkabutkan debu hati kelesuan
rindu semalam
membadai taufan ... ,
kerinduan.
Dengarlah sayang.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Dengarlah sayang
luahan hatiku di puncak kayangan
yang aku lakarkan
di dada impian
di kaki langit tidak berawan
menyimpul hasrat yang telah lama kupendam
berkabutkan debu hati kelesuan
rindu semalam
membadai taufan ... ,
kerinduan.
Dengarlah sayang.
ss/spl/pm ... 12/02/2013.
Kupendam sebuah perasaan.
Kupendamkan sebuah perasaan
memuncak di benak impian
ingin memiliki hati seorang insan
kujadikan suri di istana idaman,
kasih dan sayang yang aku impikan
berhiaskan penyatuan berkekalan
namun kabut di sepanjang perjalanan
menjadi penghalang kecelaruan,
sekali lagi terpaksa aku pendamkan
terpaksa aku kuburkan
di dalam hati berbatukan nisan
sebuah impian yang tidak kesampaian.
Demi dirimu insan kesayangan
relalah aku pendamkan.
ss/spl/pm ... 11/02/2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)