Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, February 17, 2013

~♥ Butiran bintang untukmu ♥~

~♥ Butiran bintang untukmu ♥~

Butiran bintang memecah di angkasa
berkilauan bak ratna
mengilapkan panca indera
memukau aku sementara
sungguh indah .....
sungguh mempersona .....

Hatiku pula berbicara
ingin aku mencapainya
ingin dijadikan sebuah hadiah
buat yang tersayang dan aku cinta

Dapatkah aku melaksanakannya
untuk Sang Puteri yang aku puja
yang melunsur di teja
menari-nari di taman cinta
berpancawarna berbunga indah

Mengelamun aku tanpa bicara
adakah aku berkhayal sahaja
untuk memiliki hasrat tersemat di dada
potretmu dilakar di atma
berkimbah dengan ukiran cinta
hanya untukmu sahaja ....

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - Kota Singa ~ 13/02/2013

No comments:

Post a Comment