Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI

UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI

Mengertilah wahai lelaki
lelaki yang bergelar suami
isterimu adalah anugerah illahi
yang tiada tolok bandingnya
dari semua anugerah yang kaupunya
kerana tanpa mereka
kesempurnaan hidupmu masih jauh

Mengertilah wahai lelaki
lelaki yang bergelar suami
usah kausakiti hati mereka
usah kausingkirkan mereka
usah kauasingkan mereka
usah kaubiarkan mereka
kerana mereka adalah anugerah terindah
yang pernah kaumiliki
dan biarkan kauterus memilikinya

Mengertilah wahai lelaki
lelaki yang bergelar suami
hargailah mereka
sepertimana engkau mahukan
mereka menghargaimu
sayangilah mereka
sepertimana engkau mahukan
mereka menyayangimu
hormatilah mereka
sepertimana engkau mahukan
mereka menghormatimu
dan mengertilah
wahai lelaki yang bergelar suami
tanpa mereka
engkau sebenarnya tak punya apa-apa!.

Qalam Bertinta
14102012
2031pm

No comments:

Post a Comment