Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 14, 2012

HURUF-HURUF RINDU YANG HILANG

HURUF-HURUF RINDU YANG HILANG

Melakar rindu di dada langit
tika awan mengundang mendung
dan rinai hujan mula merembas
menemani rindu yang berwajah suram
pun aku masih memandang langit
melihat huruf-huruf rinduku
yang semakin hilang satu persatu.

Dan tangisan awan
semakin melebat
menyimbahi raut wajahku
hujan itu airmataku
mengalir lesu tanpa suara
tanpa dendam
cuma kesal
kesal yang kusembunyikan
di selarik senyum
yang kuukir dari walangnya hati
hati yang terluka
hanya kerana sebait kata.

Pun huruf-huruf rinduku
bertebaran di celah langking langit!.

Qalam Bertinta
14102012
1745pm

No comments:

Post a Comment