Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

SUSU

SUSU

Pelbagai jenis dalam pasaran
Jenama impot atau tempatan
Penghilang haus untuk kesihatan
Perahan susu haiwan ternakan
Lemak soya juga sayuran

Susu ibu jadi pilihan
Rahmat terbaik Allah tentukan
Bahan asli tiada campuran
Khasiat lengkap tiada tandingan
Dijana hubungan sesame insan
Dibelai manja dalam pangkuan
Mengalir kasih jambatan sayang
Tidak gundah tercemar basi
Sentiasa segar sepanjang hari
Ketahanan badan bukan taruhan
Jimat belanja khasiat tinggi
Jangan ibu berdolak lagi
Bayi membesar sifat insani.

Nukilan
YHI
07102012.

No comments:

Post a Comment