Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 9, 2012

~ Asaku Terpanggil Dalam Rindu Padamu ~

~ Asaku Terpanggil Dalam Rindu Padamu ~

Di lubuk hati yang pilu
terpanggil daku dalam
rindu, menggesa semu
di penghujung paluan
bernoktahkan sayu

Kala rimbunan kasih
menjalar bebulir cinta
pelayaran rindu
masih dalam genggaman
biarpun menggapai mimpi

Di dakapan damai terasa
saat terutus cinta
menghiasi hatiku yang
menanti rangkulan
rindu dalam hijabmu

Gelora syahdu bertitik-kan
sayu, tatkala rembulan
cinta terpasung kekal
dalam dada
kepastian terjawab jua

Desiran ombak rindu
mengusir resah gelisah
di kala jiwaku bergelumang
sepi, yang membungkam
diriku

Tika aku rebah di pangkuan
cinta, gemersik alunan
berlagu syahdu
membuai keasyikkan
terlena di ribamu...

'Asaku Terpanggil Dalam Rindu Padamu'...debaran hati kian memuncak...

08hb Oktober 2012 Isnin
3.37am
SNQ

No comments:

Post a Comment