Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 7, 2012

SIRRUN NUR QALBI

SIRRUN NUR QALBI

Aku hanya yang biasa-biasa
Tiada yang luar biasa
Mengenaliku tiada yang istimewa
Hanya biasa pada rasa

Aku hanya yang biasa-biasa
Tiada kaya juga sempurna
Hanya yang ada redha sahaja
Tanpa ragu juga terpaksa

Aku hanya yang biasa-biasa
Tiada jelita juga ayunya
Tapi peduli apa nak kata apa
Kerna engkau juga apa kurangnya

Aku hanya yang biasa-biasa
Silakan siapa yang berani mencuba
Memberi rasa dan juga cinta
Hanya pada mereka yang sudi dan suka
Bukan untuk yang hanya nak suka-suka

;P
— at JauH Di SuDut HaTi

1 comment: