Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, October 10, 2012

BUNGA SAKURA (III)

BUNGA SAKURA (III)

Tawa dan senyum yang aku kumandangkan kini kutangisi,
Bertaburan bersama bias salju di bahu fujiama cemerlang,
Di sana ada seberkas cinta yang telah aku dambakan abadi,
Aku sangka sejuk mendungnya salju sampai ke petang,
Rupanya panasnya tumpah di tengah hari,
Yang meragut rasa kasih dan sayang,
Selepas badai tsunami berlari,
Kelopak bunga sakura sudah tidak didendang,
Kerana luruhnya daun-daun hijau dibaluti kematian bersiri,
Akulah bunga sakura yang mati tidak disanjung.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Mersing,Johor.
26.03.2011@1535hrs(Sabtu).

No comments:

Post a Comment