AKU , MIMPI & CAHAYA
Semalam aku bermimpi
Aku si perempuan bersalut dosa
Bertemu cahaya terang dan putih suci
Berani aku hampiri dan ingin aku dekati
Semakin hampir ternyata cahaya itu luar biasa
Semalam dalam mimpiku
Cahaya luar biasa itu datang menghampiri
Dalam kaburku cahaya itu membentuk
sekujur tubuh lalu mengukir senyum padaku
Subhanallah sebegitu indah
Masyallah langsung kualih pandangan
Semalam hanya mimpiku
Ternyata ianya hanya mimpi
Perlukah terus bermimpi saat menjadi pasti
Realiti ianya tidaklah seindah mimpi
Maka kuputuskan hanya mahu terus bermimpi
Tanpa harapan menjadi pasti.
(Dedikasi khas buat Abdullah Abid wa Fayyadh)

No comments:
Post a Comment