Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

Kumencari Hujung Perjalananku

Masih jauh masih panjang perjalananku
masih banyak juga persiapan yang perlu aku lengkapi
di bumi sendiri yang begitu terasing buatku
sehari ke sehari mendesak kakiku melaluinya

masih aku pelajari masih aku selami
setiap ceruk ilmu yang meluas bak lautan tidak bertepi
kekerdilan diri ini amat terasa saban tika
berdiri aku di muka perjalanan yang menyulur panjang
melihat susur galur yang masih jauh
tersergam rencam menunggu terjahanku
liku-liku yang curam dan tajam
seriau aku dibuatnya

tumpaskah perjalananku menyembah di kaki daki dunia
tersembamkah aku di tebing jalan yang berkerikil tajam
namun selagi hayatku dikandung badan
akan kuheret tubuhku biar terseret di jalanan
bercalar bergesel tar namun henti tidak akan aku beralah
kerana aku tahu tujuan aku dilahirkan ke bumi ini
tiada ujian bukanlah insan namanya...
tabahlah cekallah menempuh perjalanan hidupmu.

Lafaz Kalbuku
Ogos 23 2012

No comments:

Post a Comment