Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, August 23, 2012

DERU BAYU

Deru bayu berhembus lembut sepanjang siang,
Eratkan resah meluak sayang menggamit kenang,
Rajuk yang membuak meluat lurut murung,
Ulitkan sesal lambai memujuk berulang-ulang.

Bayu mendesir sepoi-sepoi bahas menderu,
Alirkan semilir keluh-kesah di tanjung sukma,
Yang terharu lalu memilu hati nan rindu,
Usaikan rajuk gerimis merata di bola mata.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing Johor.
230812@0952hra(Khamis).

No comments:

Post a Comment