Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 13, 2012

GAGALKU GAGAL YANG NYATA

Ramadhan ini semakin hampir ke penghujung
Meninggalkan kita dengan seribu keberkatan
Pada yang mengambil kesempatan
Menyempurnakan semua tuntutannya
Untuk kita bawa bersama
Di perjalanan kita ke sana

Kini syawal semakin menggamit
Bulan kemenangan…bulan kegembiraan
Disambut dengan penuh kesyukuran…penuh keriangan
Sedangkan aku di sini…termenung
Dengan perasaan yang kosong
Tanpa ada apa-apa

Kurenung satu persatu
Wajah-wajah kecintaanku
Dengan sebak yang terkumpul di dada
Dan aku pasti dan yakin kini
Kegagalanku amat nyata
Untuk menyempurnakan kegembiraan kalian
Di Aidilfitri yang penuh kemuliaan ini
Kerana gagalku menyuramkan kalian

Dan airmata ini pasti teriring bersama takbir Aidilfitri nanti…!

Qalam Bertinta
13082012
1831pm

No comments:

Post a Comment