Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, March 26, 2013

~♥ Tiada Lagi Airmata ♥~

~♥ Tiada Lagi Airmata ♥~

Tiada lagi suatu kepastian
ketirisan airmata jernih
menjadikan wilahar sepi
meniras setiap kepingan
potret bersejarah dihumban ke tepi
yang hitam kucoretkan warna putih
agar hilang segala kepiluan

Laguku melakurkan setiap warna
agar berpanca warna kehidupanku
tanpa menghiraukan semua
yang menyakitkan penuh dengan ikral tidak dipenuhi
biarkan masa berlalu
yang menentukan Alhadiat pencipta kita

Airmataku bukan untukmu
mengalir kehibaan kerana kealpaan
yang andun meninggalkan misteri
di bumi nyata aku berserah
pasrah setiap langkah
berpanji pada peganganku
agar pulih semula seperti dahulu kala

Tiada lagi airmata
yang ingin membanjiri tanpa sebabnya
biarkan berlalu ditiup sang bayu

~ Nagam Nukilan Pena Ilhamku - 09/03/2013 ~ Kota Singa

No comments:

Post a Comment