Prosa: Apa salahku?
Berdiri aku di
sini di atas jemputan rakan penyairku yang memahami hasil karya dari
seorang penyair ke seorang penyair lainnya, membahaskan apa yang
terlahir dari rasa hati dizahirkan pula di atas pentas maya sunyi tiada
suara hanya sunyi dan sepi.
Namun terkilan rasa di benak
sanubari nukilan terhasil dipandang gampang, sepi ... mengundang curiga
dan sakit hati, bermerah mata sesama
ahli hanya kerana komen diterima ramah sekali dan kubalas kembali dengan
kejujuran yang ikhlas di hati agar tiada yang membenci mengatakan aku
sombong, tidak sedarkan diri.
Salahkah aku jikalau nukilan aku
dihargai dan yang pastinya nukilan aku mudah difahami, disukai tidak
dibenci oleh semua pembaca yang sudi mengaprisiasi.
Dikeji,
dihina, dimaki, dinista dan juga difitnah telah menjadi ruji tergalas di
belakang tulangku ini dan jika berterusan sebegini relalah aku
mengundur diri dan kupulangkan kembali wanita-wanita yang pastinya tidak
pernah aku cumbui ... mengurat mereka amatlah jauh sekali.
Aku
tahu di mana bumi yang kupijak ini dan maafkanlah aku jika kamu terasa
di hati bahawa diriku ini hanyalah seorang pencuri hati.
Sekali
lagi aku tegaskan di sini, aku bukannya seorang pencuri hati kalau ada
yang tercuri mungkin itulah rezeki tertulis di dalam diari, seorang
penyair hati.
ss/spl/pm ... 10/03/2013.
No comments:
Post a Comment