LANGIT DAN BUMI
Langit menangis hebat
menghembur semua lara yang terbendung
mencurah membanjiri dataran bumi
tanpa ada tanda untuk berhenti
dan bumi menyerap semua curahan
dengan setia tanpa bantah
kerana antara langit dan bumi
telah tercipta janji
antara mereka saling memerlukan
dan diperlukan.
Qalam Bertinta
13032013
1519pm
No comments:
Post a Comment