Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, March 27, 2013

KENANGAN YANG BERLABUH

KENANGAN YANG BERLABUH

Menjejak musim-musim kenangan
dalam labuhan resah
menggamit tawar senyum terleret
airmata pun menemani sendu
berbicara pada kesedihan
mencalar segala rasa yang ada
cuba bangkit namun kembali tersungkur
dan cinta pun bersemadi
dalam kuburan janji.

Ingin kembali mencetak
jejak-jejak yang tertinggal
ketika langkahan semalam
mengusung harapan di pundak angan
membisik dalam suara yang jauh
di saat cinta cuba dilestarikan
seperti mula ia datang menyapa.

Di sudut sempit penjuru hati
kulabuhkan semua kenangan
bersama satu janji yang tergadai
dan tak akan kuanjakkannya
kerana walau di mana engkau berada
tempatmu sekadar di sudut itu
yang telah kupateri dengan bicara bisu
dan kututup semua pintu mencuba
buat selama-selamanya.

Qalam Bertinta
12032013
1457pm

No comments:

Post a Comment