Demi sebuah persahabatan.
Alhamdulillah syukur,
sebagai sahabat aku bersyukur
kerana yang keruh
kembali menjadi jernih
dan yang menjauh
kembali semula rapat
seumpama aur dan tebing
tak mampu dipisahkan
dan silatulrahim,
tidak terputus ikatan
hanya dengan kesabaran
mampu mengharungi setiap dugaan.
Kukuh tautan tidak mampu dipisahkan.
Amin amin amin,
... amin Ya Rabal'alamin.
ss/spl/pm ... 19/03/2013.
No comments:
Post a Comment