~ Tiada Maaf Bagimu ~
Getar-getar rasa
seakan kabur di pandangan mata
terkesima menatap pelangi…seketika
akhirnya ia menghilang pergi
bersama debaran di hati
untuk apa lagi dirayu
untuk apa lagi lafaz rindu
untuk apa lagi diucap kata sayang
jika hanya kembalimu untuk menyakiti
jika hadirmu semata menambahkan rasa benci
apakah sesalan telah menguasai dirimu?
apakah penyesalanmu cukup buatku?
pernahkah engkau sedari
saat aku ditinggal pergi
pabila harapan sekadar mimpi
setelah terputusnya ikatan suci
yang kupertahankan selama ini
demi kerana maruah famili
cukuplah…
usahlah datang lagi
tak ingin lagi kulihat dirimu
hentikanlah bicara kisah dongeng itu
tertutup sudah segalanya
tiada kemaafan lagi buatmu
pergilah…
kejarlah sang pelangi
dan teruskanlah bermimpi
takkan mungkin lagi kita bersama
sehingga akhir nafasku
engkau tetap takkan kuterima
kemaafan darimu sudah tiada ertinya
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 021212 ~ 11.20 pm ~
bersama debaran di hati
untuk apa lagi dirayu
untuk apa lagi lafaz rindu
untuk apa lagi diucap kata sayang
jika hanya kembalimu untuk menyakiti
jika hadirmu semata menambahkan rasa benci
apakah sesalan telah menguasai dirimu?
apakah penyesalanmu cukup buatku?
pernahkah engkau sedari
saat aku ditinggal pergi
pabila harapan sekadar mimpi
setelah terputusnya ikatan suci
yang kupertahankan selama ini
demi kerana maruah famili
cukuplah…
usahlah datang lagi
tak ingin lagi kulihat dirimu
hentikanlah bicara kisah dongeng itu
tertutup sudah segalanya
tiada kemaafan lagi buatmu
pergilah…
kejarlah sang pelangi
dan teruskanlah bermimpi
takkan mungkin lagi kita bersama
sehingga akhir nafasku
engkau tetap takkan kuterima
kemaafan darimu sudah tiada ertinya
~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 021212 ~ 11.20 pm ~
No comments:
Post a Comment