Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 1, 2012

~ Teratak Hati ~

~ Teratak Hati ~

Sekilas senyuman terukir
pada seraut wajah mulus
pesona juwita pernah kaulafaz dulu
dalam syair dan madah puitis lakaranmu
hanya untukku

mendamba tulus kasih
tautan dua hati
lahirnya getar-getar cinta
bersemi rasa sayang
di jiwamu dan di jiwaku
ikrar janji setia
ungkapan nada seia sekata

kupohon padaMu
satukanlah hatiku dan hatinya
andai dia adalah jodohku
kerana sebahagian diriku adalah dirinya
dan sebahagian dirinya adalah diriku

bermukim dirimu
dalam teratak hatiku
bukan kerana madah pujangga
bukan jua manis bicara
kerana hati yang saling mencintai
tulus kasih keranaNya
ikatan sehati dan sejiwa
terpateri dalam rahmatNya, Yang Maha Esa

~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 011212 ~ 09.30 pm ~

No comments:

Post a Comment