Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, December 1, 2012

GALAKSI ACUAN KITA

GALAKSI ACUAN KITA

Galaksi bergerak pada paksi, aturan putaran perjalanannya
musim berlalu hari berganti tanpa lambat walau sesaat
siang berganti malam mengundang pembaharuan
ketamadunan perjalanan sebuah kehidupan
lingkaran cekerawala nasib manusia
peradaban budaya anak bangsa
dalam persaingan jagatraya
pembangunan mapan
berteraskan ilmu teknologi
komitmen dan keyakinan yang tinggi
mengekalkan warisan pusaka nenek moyang
bahasa budaya tidak sesekali tergadai dan tersadai
malah terus dibugar sesuai dengan perubahan dan kemahuan
anak bangsa mengekalkan kesantunan walau tercabar
kerana pembangunan kita dalam acuan tersendiri
bukan dengan menggadai maruah ke lembah
tetapi mampu bersaing setanding seiring
dalam bidang teknologi, ekonomi
korporat dan konglomerat
kuasa-kuasa hebat
yang pesat
agama diangkat
bangsa bahasa didaulat
dijulang tempat martabat
demi kesenangan kebahagiaan rakyat
tiada yang diketepi semua merasai
dan menikmati kemajuan ini
kenapa masih ragu
akan halatuju
bangsaku.

YHI
Segamat Johor
01121012

No comments:

Post a Comment